Anda di halaman 1dari 9

Siti Hajar Abdul Aziz(2009) dalam buku Bahasa Melayu II: keupayaan untuk mengamati, mengingat, mendengar dan

membezakan bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan bunyi untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibaca itu kepada sistem kognitif untuk difahami dan ditafsirkan.

Niles(1963)- 3 kemahiran membaca - (1) kemahiran mencari dan memahami perhubungan antara idea dalam ayat-ayat tunggal, perenggan dan petikan yang berbeza panjangnya. - (2) menetapkan tujuan-tujuan dalam bacaan. - (3) menggunakan sepenuhnya segala pengalaman lampau apabila mempelajari bahan-bahan baharu.

(Harris dan Sipay, 1980): Membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambanglambang bercetakdan bertulis. Bagi Smith dan Johnson (1980) pula, membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis denga tanggapan yangdibuat oleh pembaca.

Kemahiran membaca aktif kemahiran membaca dengan tujuan tertentu sebelum membaca, pembaca telah pun mempunyai idea dalam usaha untuk memperoleh maklumat yang dicari melibatkan aktiviti berikut: (a)menumpukan perhatian kepada soalan dan mengenal pasti hujah yang relevan

(b) menggunakan jadual atau senarai kandungan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan cepat (c) membuat imbasan atau melihat sepintas lalu bab atau artikel dengan merujuk kepada senarai objektif, tajuk, subtajuk, pengenalan dan kesimpulan (d) mengelompokkan maklumat yang khusus dan spesifik secara bersama.

(e) mengambil nota daripada bahan yang dibaca (bijak memilih maklumat yang berkaitan, mengenal pasti hujah utama, bertindak balas terhadap bacaan, sama ada bersetuju atau menolak serta mengemukakan soalan)

Kemahiran membaca kritikal tujuan: memperoleh pemahaman mendalam tentang bahan yang dibaca. jenis kemahiran: (a) membaca perlahan:

- merujuk kepada latihan meningkatkan kefasihan atau kefahaman dan untuk hiburan
- tidak mementingkan jumlah bahan yang dibaca

- dalam kritikan kesusasteraan, dirujuk sebagai bacaan tertutup atau membaca secara mendalam (b) membaca pantas: - teknik membaca untuk mendapatkan maklumat dengan cepat daripada bahan yang dibaca - skimming merupakan proses membaca pantas untuk memfokuskan mata pada ayat-ayat dalam teks atau idea-idea pokok sebagai gagasan utama yang memberikan makna bagi mendapatkan idea keseluruhan teks

(c) membaca tanpa suara: - juga dikenali sebagai bacaan senyap atau bacaan dalaman - dapat membantu pembaca mengurangkan bebanan kognitif di samping membantu minda mengakses makna untuk pemahaman dan mengingati teks yang dibaca - untuk tujuan santai seperti membaca akhbar, majalah, jurnal dan novel

Anda mungkin juga menyukai