Anda di halaman 1dari 25

TEKNIK PENGAJARAN

KEMAHIRAN MEMBACA
Disediakan oleh : Mohammad Fadzrin Bin Abdul Karim
Ahmad Zharif

TEKNIK-TEKNIK KHUSUS BACAAN DAN


PEMAHAMAN
Terdapat beberapa teknik membaca dan tujuan membaca.
Teknik-teknik ini boleh dijalankan dalam bilik
darjah. Penggunaan teknik ini bergantung kepada situasi,
kecerdasan pelajar, dan tujuan pembelajaran membaca.
Berikut beberapa teknik membaca:

Teknik Membaca SQ3R


Teknik Membaca KWLH
Teknik Directed Reading Thingking
Activity (DR-TA) (Aktiviti Membaca Berfikir
Terarah)
Teater cerita

TEKNIK MEMBACA SQ3R


Teknik ini digunakan pada tahap pelajar berpencapaian baik dan
mahir membaca. Tujuan menggunakan teknik ini untuk menguji
pemahaman pelajar berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk
menyelesaikan tugasan. SQ3R bacaan secara kritis yang dipelopori
Robinson (1941).
S-SURVEY (Tinjau)
Pelajar membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran
awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri. Pelajar
bebas dalam erti kata menanggap apa yang dibaca. Pelajar hanya
memfokuskan/menumpukan bahan/teks kepada tajuk
umum/besar, sub-tajuk, gambar, simbol, ilustrasi, grafik,
pemenggalan teks.
Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan
scanning.

Q-QUESTION (penyoalan / pertanyaan)


Pelajar menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati)
yang terkandung dalam teks.
Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh
pelajar tentang topik/isu dalam teks.
Soalan juga berupa penyenaraian siri soalan yang
berkaitan dengan tugasan yang diberi.
Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang
sebenar.
Dalam masa yang sama pelajar sendiri mencari
jawapan peramalan jawapan yang paling relavan.

R-READ (Baca)
Pelajar dikehendaki membaca secara serius dan
memberi tumpuan kepada teks yang dibaca.
Dalam masa yang sama pelajar cuba mencari
jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi.
Dalam masa yang sama juga, pelajar boleh
menyenaraikan soalan tambahan.
Sepanjang masa membaca, pelajar boleh
menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan
teks/bahan bacaan.
Di samping itu pelajar boleh bertukar-tukar fikiran
dengan sama ada menerima atau menolak konsep
maklumat yang dibaca. Hal ini bererti pelajar tidak
semestinya menerima semua maklumat yang
terdapat dalam teks.

R-RECITE (Imbas kembali)


Setelah pelajar membaca keseluruhan teks/bahan,
pada peringkat ini pelajar dikehendaki mengingat
kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat
dalam teks.
Pelajar menyenaraikan maklumat yang berkaitan
dengan soalan atau tugasan. Seterusnya pelajar
dapatlah menjawab semua soalan tugasan berdasarkan
maklumat dalam teks.
Di samping itu pelajar juga boleh memberikan jawapan
kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang
terdapat teks. Pelajar boleh membandingkan ketepatan
jawapan mereka.

R-REVIEW (Baca semula)


Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki membaca
semula soalan dan jawapan yang ditulis/dicatat.
Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan
yang ada pada peringkat recite (imbas kembali) di atas.
Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan
fakta dan maklumat dalam teks.
Pelajar jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam
tugasan pada peringkat question / pertanyaan.
Melalui proses teknik SQ3R, pelajar memperoleh
maklumat yang tepat, cepat, dan dapat
menyelesaikaan tugasan secara berkesan.

TEKNIK MEMBACA KWLH


Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh
mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang
dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan
sedia ada, mengimput pengetahuan baharu selepas
proses pembacaannya. Dalam proses pembelajaran,
pengetahuan sedia ada (PSA) amat penting untuk
meningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan
dan maklumat bahan / teks yang dibaca.
Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang
diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya
menentukan apakah sumber bahan yang perlu dibaca
lagi.

K W L H bermaksud:
K (know) Apa yang sudah diketahui (sebelum
membaca)- catat pengetahuan sedia tentang tajuk
atau topik bahan bacaan.
W (what) Apa yang hendak diketahui (sebelum
membaca) catat apa yang ingin diketahui
tentang tajuk atau topik bahan bacan.
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas
membaca) catat isi penting daripada tajuk atau
topik yang dibaca.
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat
tambahan (untuk bacaan seterusnya) catat
bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan
selepas membaca teks/tajuk tersebut.

Apakah tujuan teknik KWLH diterapkan dalam pengajaran?


Tujuannya ialah:
Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada
dengan bahan atau teks yang beri untuk proses
pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh
daripada bahan atau teks yang sediakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang
perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang
telah sediakan.
Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada
bahan yang sedang berikan (semasa).

LINGKARAN SOALAN
Lingkaran soalan ialah soalan yang
memberikan tumpuan kepada skop-skop
tertentu.
Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (187:160)
telah mencadangkan beberapa pendekatan
yang sesuai dijalankan dalam KBSR dan
mempunyai lingkaran soalan yang boleh
digunakan oleh guru ketika pengajaran dan
pembelajaran kemahiran membaca.

PENDEKATAN 1
TUNJUK GAMBAR DAN BERBUAL
TENTANG GAMBAR

TUNJUK KAD PERKATAAN KEPADA


MURID DAN SURUH MURID SEBUT

LEKAT KAD PERKATAAN PADA


GAMBAR YANG SESUAI DAN SEBUT
GURU MENUNJUKKAN KAD SUKU
KATA : BA + JU

BAHAGIKAN SUKU KATA KEPADA HURUF :


B (BEH) + A (A) + J (JEH) + U (U) = BAJU

PENDEKATAN 2
GURU MEPERKENALKAN DUA HURUF
KEPADA MURID (S DAN M)

GURU MENYEBUT BUNYI HURUF


TERSEBUT DAN MURID IKUT SEBUT

TUNJUK KAD HURUF DAN SURUH


MURID BUNYIKAN BERULANG KALI

TUNJUK KAD KEPADA MURID DAN


SEBUT BERULANG KALI SEHINGGA
MURID DAPAT SEBUT DENGAN
BETUL.

GURU MINTA MURID MEMBACA BUNYI


HURUF-HURUF SECARA KUMPULAN
ATAU INDIVIDU

Tatacerita
Tatacerita merupakan aturan cerita.
Aturan cerita dapat membantu murid
untukmeningkatkan kemahiran membaca.
Ada sepuluh peringkat tatacerita

PERINGKAT 1
Guru dan murid
berkongsi pengalaman.
PERINGKAT 2

PERINGKAT 3
Murid menceritakan
semula pengalaman
mereka.

PERINGKAT 5
Guru membina ayat
gramatis berdasarkan
cerita (pengalaman) murid.

Melakukan aktiviti
berdasarkan
pengalaman.

PERINGKAT 4
Melukis gambar berkaitan
dengan pengalaman
murid.

PERINGKAT 6
Guru menulis cerita
lengkap berdasarkan
pengalaman murid.

PERINGKAT 8
Guru kemukakan soalan
kepada murid-murid.

PERINGKAT 10
Murid boleh membaca
cerita mereka di dalam
kumpulan masingmasing.

PERINGKAT 7
Guru membacakan cerita
tersebut secara
perlahan-lahan kepada
murid.

PERINGKAT 9
Perkataan-perkataan
baharu dimasukkan ke
dalam bank perkataan.

BIMBINGAN MENJANGKA
Bimbingan menjangka adalah bimbingan yang
diberi oleh guru khususnya untuk membantu
murid membaca dan memahami.
Aktiviti bimbingan menjangka digunakan
untuk membimbing murid membaca dan
memahami petikan, rencana dan karya
sastera.

LANGKAH 1
Guru perlu melakukan tinjauan terhadap pengetahuan dan
pengalaman sedia ada murid berkaitan petikan yang akan dibaca.
Sekiranya pengetahuan dan pengalaman murid kurang mencukupi
maka, guru perlu menjalankan beberapa aktiviti awal, iaitu :
(i) membaca petikan sepintas lalu,
(ii) menyampaikan isi utama petikan kepada murid,
(iii) menyenaraikan perkataan dan konsep baharu dan menghuraikan
maknanya dan
(iv) menggunakan gambar, foto, tayangan slaid atau filem sebagai
pengukuhan pengetahuan dan pengalaman murid tentang isi
petikan.

LANGKAH 2
Sebelum pembacaan yang sebenarnya dijalankan, guru
menjelaskan kepada murid tentang tujuan pembacaan itu.
Penyataan tujuan pembacaan dapat ditunjukkan melalui
empat aktiviti, iaitu :
(i) mendapatkan isi-isi utama petikan
(ii) memberi makna perkataan tertentu mengikut konteks,
(iii) mengemukakan pendapat tentang kesesuaian tajuk
dan
(i) menghuraikan gerak balas afektif terhadap petikan.

LANGKAH 3
Guru menentukan had masa untuk murid membaca
petikan khususnya berdasarkan pembacaan senyap.
Pembacaan kuat pula dijalankan hanya untuk interpretasi
terhadap sesuatu persoalan atau penghayatan keindahan
bahasa dalam petikan.
Teknik pengajaran bacaan kuat tidak digalakkan untuk
pengajaran dan pembelajaran dalam peringkat ini.

LANGKAH 4
Perbincangan isi petikan dijalankan secara bersoal jawab seperti yang
dijalankan ketika aktiviti mengenal pasti tujuan pembacaan.
Perbincangan juga boleh dijalankan berdasarkan pengalaman baharu
yang dialami oleh murid.
Perbincangan boleh dijalankan di peringkat kelas dan dijalankan oleh
guru dengan melibatkan murid secara aktif.
Guru boleh berperanan sebagai penasihat dan pemudah cara jika
perbincangan dijalankan dalam kumpulan kecil.

LANGKAH 5
Langkah ini merupakan aktiviti pengayaan yang boleh
dijalankan berdasarkan aktiviti dalam keempat-empat
langkah sebelum ini. Aktiviti pengayaan boleh dijalankan
dalam kelas atau sebagai kerja rumah berdasarkan tiga
kaedah, iaitu :
(i) melakukan ilustrasi peristiwa dalam petikan,
(ii) menulis cerita berdasarkan tema yang sama dan
(iii) melakukan bacaan luas tentang tajuk yang dibaca.

TEATER PEMBACA
Teater pembaca melibatkan pembaca
membaca secara individu daripada skrip
pendek. Teater pembaca dikenali sebagai
teater minda kerana audiens dibiar untuk
membayangkan babak dan aksi daripada suara
dan gerak isyarat yang simbolik daripada
pembaca.

Skrip bentuk prosa naratif atau puisi.


Suara-suara dalam teks ditugaskan kepada
pembaca yang berbeza.
Penekanan dilakukan pada suara, nada,
intonasi, kadar, hentian dan tekanan. Ketika
murid-murid membaca, wujud interaksi antara
bahasa dengan pemikiran dalam dimensi yang
luas.
Melalui teknik teater pembaca, murid-murid
membaca cerita dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai