Anda di halaman 1dari 2

Kaedah Bahasa Komuniti

Kaedah ini diasaskan oleh Charles A.Curran. Kaedah ini menggunakan teknik psikologi dalam kaunseling dalam pengajaran bahasa. Kaedah ini juga berasaskan teori interaksi dan berpegang kepada prinsip pengajaran bahasa pertama dan pengajaran bahasa mestilah berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak. Oleh sebab proses pemerolehan bahasa kanak kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa,maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa ( tatabahasa ) serta kecekapan komuniti (ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya )

Andaian ini juga berasaskan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak,kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu.Oleh itu pengajaran bahasa pelajar mestilah menglibatkan aktiviti penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbangsaran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.

Struktur bahasa dapat dikuasai oleh murid-murid dengan cara yang lebih berkesan sekiranya mereka memberi perhatian terhadap makna. Murid juga dapat menguasai makna sesuatu bahasa yang diungkapkan dan dapat menguasai huraian unsur-unsur bahasa dalam teks dan wacana .

Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu semata-mata kepada aktiviti latih amal atau latih tubi unsur-unsur bahasa tetapi pengajaran perlu memasukkkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dilatih tubi..Teknik-teknik soal jawab dan latih tubi digunakan bagi melatih muridmurid menguasai unsur-unsur bahasa dalam pra akktiviti. Kaedah ini mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan bagi Bahasa Melayu di sekolah menengah.

Kelebihan kaedah Bahasa Komuniti 1. Sistem bahasa (tatabahasa) tidak dipelajari secara abstrak tetapi sebagai alat berkomunikasi. 2. Guru dapat menggabungjalin pelbagai kemahiran bahasa di dalam sesuatu aktiviti pengajaran. 3. Murid-murid diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam berkomunikasi mengikut tugas yang dirancangkan oleh guru 4. Membolehkan murid-murid menguasai kecekapan bahasa yang mudah

5. Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid daripada guru. Murid yang diajar supaya lebih berminat untuk belajar melalui kaedah ini. 6. Kaedah ini membolehkan murid- murid menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam berbagai konteks. 7. Memberi peluang kepada murid-murid untuk cuba menggunakan bahasa dalam situasi-situasi tertentu. 8. Kesilapan bahasa selalunya bukanlah kesalahan bahasa, dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kerana menganggap kesilapan itu merupakan satu ciri yang lumrah. 9. Struktur bahasa dapat dikuasai oleh murid-murid dengan cara yang lebih berkesan 10. Sekiranya mereka memberi perhatian terhadap makna,murid dapat menguasai makna sesuatu bahasa yang diungkapkan 11. Murid dapat menguasai huraian unsur-unsur bahasa dalam teks dan wacana .

Kelemahan Kaedah Bahasa Komuniti 1. Bagaimanapun kaedah ini tidak bergantung semata-mata kepada buku teks sebagai bahan pengajaran. 2. Memerlukan kemahiran murid memilih dan menggunakan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih dalam pra aktiviti untuk berinteraksi dalam kontkes sosial yang diberi. 3. Beberapa teknik pengajaran perlu digunakan untuk memastikan yang pelajar-pelajar dapat menguasai struktur tersebut dan konteks pewujudannya.

Anda mungkin juga menyukai