Anda di halaman 1dari 5

AKTIVITI KEMAHIRAN

MENDENGAR DAN
BERTUTUR TAHUN 2
Tema: Kebudayaan
Standard Kandungan: 1.4 Bertutur, berbual
dan menyatakan permintaan tentang sesuatu
perkara dalam pelbagai sumber dalam situasi
formal dan tidak formal secara bertatasusila.
Standard Pembelajaran: 1.4.1 Berbual
dengan sesuatu ayat perkara menggunakan
ayat tunggal dan majmuk yang betul dalam
situasi tidak formal secara bertatasusila.
Objektif: Pada akhir pengajaran, murid dapat
menyatakan permintaan dengan intonasi yang
betul dalam situasi tidak formal dengan
bertatasusila.
Aktiviti: 1. Guru memperdengarkan petikan
dialog pelanggan dan pembeli di dalam situasi
jual beli di kedai atau gerai.
2. Guru bersoal jawab cara penjual dan
pelanggan membuat urusan jual beli dan meminta
murid memberi contoh dialog yang biasa didengar
oleh mereka semasa pelanggan menyatakan
permintaan ketika membeli.


3. Guru meminta salah seorang
murid mencatat pada papan tulis dialog
pelanggan menyatakan permintaan untuk
memesan barang.
4. Guru meminta murid membaca
dialog yang telah dicatat pada papan tulis.
5. Guru membimbing murid cara
membuat permintaan yang betul ketika
berurusan dengan orang lain dengan memberi
penekanan terhadap intonasi dan
bertatasusila.

Anda mungkin juga menyukai