Anda di halaman 1dari 3

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SENI BAHASA TAHUN 5

TEMA : KESELAMATAN

TAJUK : KESELAMATAN DI JALAN RAYA

STANDARD KANDUNGAN :

4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian
secara didik hibur.

STANDARD PEMBELAJARAN :

4.1.2 Memahami dan mengubah suai seni kata lagu secara berpandu
dan mempersembahkannya melalui nyanyian secara didik hibur.

OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid akan dapat

i. menjelaskan maksud seni kata lagu yang telah diubahsuai dalam


persembahan secara nyanyian

ii. menulis bagi melengkapkan lirik lagu yang telah didengari ke dalam
buku latihan

AKTIVITI :

1. Murid dipaparkan dengan video keselamatan jalan raya. (sumber internet)

2. Guru mengedarkan dan memaparkan teks lirik lagu Air Pasang Pagi.

3. Murid membaca petikan lirik lagu dan cuba menyanyikan lagu tersebut secara
berkumpulan.

4. Murid diminta mencipta lirik lagu yang bersesuaian dengan tema keselamatan
di jalan raya.

5. Murid cuba melagukan lirik yang telah dihasilkan dalam kumpulan.

6. Murid menjawab soalan berkaitan dengan keselamatan di jalan raya.

7. Murid menyanyikan lagu keselamatan jalan raya yang telah diubahsuai secara
beramai-ramai.

PENTAKSIRAN :

Murid diminta mencipta atau mengubahsuai lagu yang bersesuaian dengan tema
dan mempersembahkannya melalui nyayian secara didik hibur.
Tema : Bersatu Pasti Berjaya

Tajuk : Jiran Sepakat

STANDARD KANDUNGAN :

4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan


secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur.

STANDARD PEMBELAJARAN :

4.2.1 Mengujarkan cerita yang mengandungi simpulan bahasa


menggunakan sebutan jelas, dan intonasi yang betul, serta bahasa badan
dan gaya yang sesuai melalui penceritaan yang dipersembahkan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat

i. Mengujarkan cerita dengan sebutan dan intonasi yang betul.


ii. Menyatakan pandangan secara lisan berdasarkan cerita.

Aktiviti :
1. Guru memberi arahan kepada murid untuk menonton klip video
Kejiranan 1 Malaysia yang ditayangkan dan mengenal pasti isi
kandungan klip video tersebut.

2. Guru bersoal jawab tentang klip video tersebut dan mengaitkannya


dengan isi pelajaran.

3. Guru membaca petikan cerita Jiran Sepakat.

4. Murid mengikut guru mengujarkan cerita dengan intonasi yang betul.

5. Murid memberikan pendapat secara lisan berdasarkan petikan cerita.


6. Guru meminta murid membaca perkataan yang bergaris di dalam
petikan cerita Jiran Sepakat

7. Guru membimbing murid memahami maksud simpulan bahasa yang


terdapat dalam petikan.

8. Murid diminta menyatakan simpulan bahasa yang telah dipelajari


dengan sebutan yang jelas.

Anda mungkin juga menyukai