Anda di halaman 1dari 11

Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur di Sekolah Saya: Satu Tinjauan

Kurikulum Pendidikan Malaysia telah mengalami perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu
semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) yang telah dilaksanakan
sejak 1993. Kurikulum Pendidikan Malaysia seterusnya berubah Ke Kurikulum Standard
Sekolah Rendah(KSSR) yang lebih menyeluruh yang telah dilaksanakan pada 2010. Dalam
KBSR, murid-murid diberi penekanan untuk menguasai kemahiran 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira. Walaupun begitu, KSSR lebih kepada 4M iaitu Membaca, Menulis,
Mengira dan Menaakul. Kemahiran-kemahiran ini sangat penting untuk murid-murid
menguasai sepenuhnya. Di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, antara
kemahiran yang diberikan tumpuan adalah Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran
Membaca, dan Kemahiran Menulis. Huraian sukatan pelajaran sekolah rendah ini disediakan
adalah untuk mencapai matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang memberi
penekanan kepada penguasaan konsep 3M di sekolah.

Pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran yang penting perlu
dikuasai oleh kanak-kanak sejak dari bangku sekolah lagi. Hal ini kerana, kemahiran
mendengar dan bertutur digunakan dalam kehidupan seharian kanak-kanak setiap hari.
Menurut Kamarudin Husin (1999), kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid
mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar
dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan respons. Manakala kemahiran
bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan,
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan
sebutan yang betul secara sopan dan bertatasusila. Perkembangan kanak-kanak menunjukkan
bahawa kanak-kanak mula mendengar, selepas itu mengajuk dan seterusnya bercakap. Proses
penguasaan bahasa ini perlu diutamakan dalam pengajaran bahasa. Kanak-kanak menguasai
bahasa daripada apa yang di dengar dan di alaminya, dan dia cuba meniru dan menuturnya
berulang kali apa yang di dengar daripada orang yang berada di sekelilingnya.

Terdapat pelbagai langkah dan tindakan yang boleh dilakukan bagi membantu
mengembangkan kemahiran mendengar dan membaca murid-murid di sekolah. Diantara
tindakan tersebut adalah menjalankan aktiviti-aktiviti lisan yang mengalakkan untuk muridmurid bertutur di hadapan khalayak ramai seperti pidato, perbahasan, sajak, pantun dan lainlain lagi. Aktiviti-aktiviti ini sememangnya dijalankan setiap tahun pada bulan bahasa oleh

guru-guru bahasa melayu. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran


mendengar dan bertutur murid malah memberikan keyakinan kepada murid untuk bercakap
di hadapan dan berkongsi pendapat mereka dengan rakan-rakan mereka. Menurut Abdul Aziz
Abdul Talib (2000), aktiviti-aktiviti seperti pidato, debat, pantun dan lain-lain bukan sahaja
memberikan keyakinan kendiri malah meransang pemikiran kreatif dan membantu
mempertingkatkan kemahiran mendengar dan bertutur murid di sekolah. Pendapat Abdul
Aziz Abdul Talib (2000), disokong oleh G1 dan G2 yang melakukan tindakan yang sama
dalam memperkembangakan kemahiran mendengar dan bertutur murid di sekolah mereka.
Berbeza dengan G3, dalam meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur murid di
sekolahnya beliau sering mengalakkan murid di sekolah untuk berkomunikasi. Beliau
berpendapat demikian kerana setiap murid mempunyai kemahiran bahasa yang berbeza. Oleh
itu, sentiasa komunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat akan menambahkah kemahiran
berbahasa dan keyakinan individu dalam berinteraksi. Berdasarkan Buku Panduan Am
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM, 2003), bahawa setiap murid adalah berbeza
antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan
kebolehan. Oleh itu guru yang diamanahkan untuk mendidik harus menyedari kelebihan dan
kekurangan murid dari segi latar belakang sosial dan kekuatan yang ada dalam diri murid.

Mendengar dan bertutur merupakan satu daripada unsur komunikasi yang tertua, terpenting
dan paling kerap digunakan. Hal ini kerana, Mendengar dan bertutur merupakan kemahiran
yang utama dan pertama yang dikuasai oleh kanak-kanak. Bayi telah terdedah lebih dahulu
kepada bunyi bahasa sebelum perkataan atau bunyi pertama keluar dari mulut bayi dalam
proses pemerolehan bahasa. Sehubungan dengan itu, kemahiran mendengar dan bertutur
adalah dua kemahiran yang sangat penting yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sejak di
bangku sekolah lagi.
Menurut Roselan Baki (2006), individu akan mengucapkan sesuatu jika hendak membuat
perhubungan atau interaksi dengan orang lain. Oleh itu, jelaslah bahasa tujuan kita
mempelajari lisan bukan hanya setakat mempelajari bahasa itu tetapi untuk mencapai tahap
kompetensi dalam komunikasi. Kemahiran mendengar secara berkesan akan dapat
mewujudkan suasana berkomunikasi yang baik dengan penyaluran mesej secara dua hala dan
menghasilkan persefahaman secara optimum. Ini disokong oleh G1 yang mengatakan
kemahiran mendengar dan bertutur membantu kemahiran lisan untuk kanak-kanak
berkomunikasi dan memberikan pendapat. Hal ini kerana, kemahiran mendengar akan

membantu mengumpulkan dan memahami maklumat yang diterima. Kemahiran bertutur pula
membantu dalam menyampaikan mesej dan perasaan agar difahami oleh pihak lain. Dengan
kemahiran mendengar dan bertutur yang baik akan membantu kanak-kanak berkomunikasi,
menyatakan perasaan dan menerima maklumat dari pihak lain. Menurut G2, kemahiran
mendengar dan bertutur membantu menyatakan maklumat, menerima maklumat, menyatakan
perasaan dan memperkembangkan pemikiran kanak-kanak. Ini disokong dengan kajian
kemahiran mendengar dan bertutur penting untuk ditekankan agar dapat melahirkan generasi
yang mampu menyampaikan idea, pendapat atau pandangan yang bernas, kreatif dan kritis
dengan memuaskan. Dalam pada itu, S. Fritz (2005) dalam Mahzan Arshad (2008), pula
mengenal pasti bahawa kebolehan berkomunikasi yang baik adalah kemahiran yang
bermanfaat dalam menjalin hubungan antara manusia, selain membentuk gaya kepimpinan
yang tinggi.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid perlu menguasai kemahiran
mendengar supaya membolehkan mereka menguasai kandungan mata pelajaran bahasa
melayu yang disampaikan oleh guru. Keupayaan mendengar yang baik juga satu kelebihan
terutamanya bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung dengan
lancar. Manakala kemahiran bertutur pula membantu mempercepatkan pemahaman pelajar,
terutama yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal. Pengajaran dan pembelajaran
kemahiran ini memerlukan pendekatan yang sesuai terutama apabila berhadapan dengan
kumpulan pelajar yang berlainan, seperti keperluan bagi mempelajari bahasa pertama ataupun
bahasa kedua.

Bedasarkan temubual yang dijalankan, ketiga-tiga guru bahasa melayu iaitu G1, G2 dan G3
sangat bersetuju mengatakan bahawa kemahiran mendengar dan bertutur adalah kemahiran
yang sangat penting perlu dikuasai setiap kanak-kanak. G1, G2 dan G3 berpendapat bahawa
kemahiran mendengar dan bertutur membantu perkembangan bahasa, kemahiran komunikasi
dan menyatakan pendapat kepada pihak lain. Pendapat G1, G2 dan G3 ini disokong oleh
kajian yang dijalankan oleh W.M. Rivers (1983) dan MalamahThomas (1987) dalam
Mahzan Arshad (2008), yang mendapati unsur interaksi iaitu mendengar dan bertutur amat
penting dalam aktiviti lisan. Unsur interaksi antara penutur dengan pendengar, dan antara
penutur dengan penutur, akan menghidupkan situasi dan akan menjadikan simulasi lebih
realistik seperti keadaan yang sebenarnya.

Kemahiran mendengar dan bertutur tidak memerlukan masa yang lama untuk dikuasai oleh
kanak-kanak. Mereka tidak memerlukan masa yang lama kerana kemahiran mendengar dan
bertutur adalah kemahiran yang digunakan sepanjang masa di mana mereka berada tanpa
sedar. Walaubagaimanapun, kemahiran mendengar dan bertutur akan menjadi sukar untuk
dikuasai oleh kanak-kanak bukan daripada kaum melayu. Masalah ini terjadi kerana
penggunaan bahasa ibunda yang berlainan sejak daripada kecil. Kelemahan dalam kemahiran
bertutur dalam bahasa melayu ini akan membuatkan mereka malu dan memilih untuk
berinteraksi dengan rakan di sekeliling mereka. Sehubungan dengan itu, guru bahasa melayu
harus memperuntukkan masa yang bertepatan dalam memperkembangkan kemahiran
mendengar dan bertutur murid di sekolah. Bedasarkan temubual yang dijalankan, setiap guru
memperuntukkan masa yang berlainan dalam mengajar kemahiran mendengar dan bertutur
murid di sekolah. G1 berpendapat bahawa beliau bergantung kepada tahap pencapaian
prestasi murid dalam memperuntukkan setiap kemahiran berbahasa melayu di sekolah.
Namun begitu, berbeza dengan G2 dan G3 yang lebih gemar mengajar kemahiran bahasa
melayu mengikut sukatan dan rancangan pengajaran tahunan namun masih memberikan
penekanan berbeza mengikut tahap murid.

Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran berbahasa.


Sehubungan dengan itu, kaedah dan aktiviti pengajaran yang sesuai harus dilaksanakan agar
pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dapat dilaksanakan dengan berkesan. Antara
kaedah yang boleh digunakan dalam mengajar kemahiran mendengar dan bertutur adalah
seperti memberi peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif dengan memberi tumpuan
kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan tatabahasa. Dalam hal ini, guru hendaklah sentiasa
mendidik murid untuk bertutur dengan betul agar penggunaan bahasa dapat digunakan
dengan baik setiap masa.

Menurut Yahya Othman (2005), diantara contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru
bahasa melayu di dalam kelas adalah seperti meminta murid bercerita tentang sesuatu
perkara, berbincang di dalam kumpulan, mengemukan pendapat dan lain-lain. Kenyataan
Yahya Othman (2005) disokong oleh G2 dan G3 yang mengatakan aktiviti seperti aktiviti
lisan seperti perbincangan, menyatakan pendapat, sumbang saran, berlakon, dan lain-lain
dapat meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur murid di dalam kelas mereka.
Walaubagaimanpun, G3 berpendapat aktiviti yang dicadangkan dalam HSP mencukupi dalam
mengajar kemahiran membaca di sekolah. G1 pula mencadangkan agar aktiviti perbincangan

dalam kumpulan dan sesi soal jawab di jalankan di sekolah. Dalam hal ini, guru haruslah
bertutur dengan mengunakan bahasa yang mudah, tepat dan jelas dalam percakapan lisan di
dalam kelas agar mudah diikuti oleh murid-murid. Malah, laras bahasa yang digunakan mesti
bersesuaian dengan tahap dan konsep yang disampaikan. Selain itu, guru juga boleh
mengunakan bahan ransangan yang menarik agar murid berasa minat untuk melibatkan diri
dalam aktiviti pengajaran mendengar dan bertutur yang dilaksanakan. Diantara bahan bantu
mengajar tersebut adalah pita rakaman, video animasi, kad bergambar dan lain-lain. Menurut
Muhamad Hassan Abdul Rahman (2000), bahan ransangan yang menarik dan bersesuai
dengan tahap murid dalam pengajaran bahasa akan meningkatkan kemahiran berbahasa
murid.

Pengajaran merupakan profesion yang memerlukan ilmu pengetahuan dan latihan dalam
pengetahuan psikologi kerana kerjaya sebagai guru berhubungkait rapat dengan manusia.
Keupayaan yang berbeza dalam kalangan kanak-kanak menuntut guru-guru mendidik dan
memotivasikan diri dalam meningkatkan kemahiran pedagogi dalam pengajaran dan cuba
untuk memahami pelbagai sifat murid yang lemah dan cemerlang. Kepelbagaian minat dan
latar belakang murid akan memberi penanda aras kepada guru untuk mengenal pasti
keperluan dan keupayaan murid khasnya dalam menguasai kemahiran mendengar dan
bertutur. Bagi menilai kemahiran mendengar dan bertutur telah dikuasai oleh murid, tindakan
yang bersesuaian haruslah dijalankan oleh para guru. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib
(2000), penilaian adalah penting bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pengajaran
bahasa yang dijalankan. Aktiviti penilaian adalah sangat penting bagi mengenalpasti murid
yang mempunyai msalah dalam kemahiran mendengar dan bertutur di dalam kelas. Bagi G1
dan G3, mereka mencadangkan agar penilaian secara sumatif seperti kuiz dan soal jawab
dijalankan. Namun begitu, G2 mempunyai pandangan yang berbeza dalam menilai kemahiran
mendengar dan bertutur murid dalam kelasnya. Menurut G2, beliau menilai muridnya melalui
pandangan dan struktur ayat yang digunakan semasa berkomunikasi dengan rakan mereka.
Hal ini kerana, apabila murid berkomunikasi mereka sedang mengunakan kemahiran
mendengar dan bertutur tanpa sedar. Sehubungan dengan itu, guru harus peka terhadap
perbualan lisan murid di dalam kelasnya dari semasa ke semasa.

Mendengar merupakan suatu kemahiran yang paling awal muncul berbanding dengan
kemahiran-kemahiran yang lain. Dari segi urutannya dapat dikatakan bahawa kanak-kanak
akan mendengar lebih dahulu daripada bertutur, bertutur lebih dahulu daripada membaca dan

membaca lebih dahulu daripada menulis (Asmah Haji Omar, 2004). Tetapi dalam konteks
pengajaran bahasa pada dekad ini, pengajaran kemahiran sering diabaikan. Kemahiran ini
perlu diajar secara sistematis supaya pelajar akan berkebolehan mendengar secara berkualiti
dan seterusnya dapat menggunakan hasil pendengaran untuk berinteraksi dengan anggota
masyarakatnya (Yahya Othman, 2005).

Terdapat beberapa punca mengapa kemahiran mendengar dan bertutur ini diabaikan di
sekolah. Bedasarkan kajian yang dijalankan Mazlan Rais (2000), antara punca utama
kemahiran mendengar dan bertutur tidak ditekan di sekolah adalah kerana ramai pelajar tidak
suka memberi pendapat secara lisan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung di
dalam kelas. Kemahiran mendengar dan bertutur kurang mendapat respons positif daripada
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hasil dapatan kajian Che
Zanariah Che Hassan & Fadzillah Abd Rahman(2011) mendapati bahawa guru-guru sering
menganggap para pelajar menjadi pasif kerana tidak mempunyai keyakinan diri dalam
berbahasa. Berikutan itu, kebanyakan guru lebih gemar mengemukakan soalan kepada
pelajar-pelajar yang fasih berbahasa melayu untuk memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa melayu dalam kelas. Sikap ini sudah tentu akan menyebabkan bukan
penutur jati seperti cina dan india tidak dapat menguasai kosa kata Bahasa Melayu dengan
luas. Dapatan kajian tersebut jelas menunjukkan punca utama pengabaian kemahiran ini
berlaku disebabkan oleh faktor pelajar itu sendiri yang gagal atau tidak berusaha
mempertingkat kemahiran mendengar dan bertutur mereka. Dapatan kajian Che Zanariah Che
Hassan & Fadzillah Abd Rahman(2011) bersamaan dengan pendapat G1 yang mengatakan
bahawa kemahiran mendengar dan bertutur sukar untuk dilaksanakan sekiranya terdapat
kaum selain melayu dan murid yang malu bersuara.
Selain itu, kebanyakan guru kurang memperuntukan masa yang mencukupi dalam mengajar
kemahiran bahasa di sekolah. Kebanyakan guru lebih gemar memberi tumpuan lebih dalam
aspek penulisan dan bacaan dibandingkan dengan aspek- aspek lain. Kemahiran mendengar
dan bertutur yang langsung tidak diuji dalam peperiksaan awam telah mencetuskan pemikiran
kepada guru-guru untuk meminggirkan kemahiran tersebut dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sistem pendidikan negara yang berorientasikan peperiksaan menyebabkan
guru-guru mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. G2 berpendapat bahawa terdapat
sekolah yang terlalu mementingkan peperiksaan sehingga menyebabkan hanya beberapa
kemahiran sahaja ditekankan. Dua kemahiran ini dianggap boleh dikuasai secara semula jadi

dan telah dikuasai sejak kecil lagi, oleh itu tidak perlu diberi penekanan langsung. Berikutan
itu kemahiran bahasa yang lain seperti menulis dan membaca, dianggap lebih penting
daripada kemahiran mendengar dan bertutur di sekolah menengah. Sikap guru yang
mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran dalam bilik darjah akan
menyebabkan pelajar tidak yakin untuk memberi pendapat secara lisan.

Untuk mencapai penguasaan bahasa pada tahap yang paling tinggi guru harus memberi
penekanan yang sama rata terhadap keempat-empat kemahiran berbahasa, iaitu mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Dari segi amalannya, guru lebih menitikberatkan pengajaran
dan latihan pembacaan dan penulisan, pada hal aspek ini tidak begitu banyak dilakukan oleh
pelajar berbanding aspek mendengar dan bertutur. Amalan sedemikian tidak wajar kerana
pengajaran dan latihan pendengaran diutamakan dan diberikan asas yang kukuh sebelum
pelajar-pelajar diajar bertutur, membaca dan menulis.
Kemahiran mendengar dan bertutur jarang-jarang ditekankan di dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana guru lebih mementingkan kemahiran menulis dan membaca. Jika
kemahiran tersebut diajarkan pun, guru tidak menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai.
Menurut G3, terdapat guru bahasa yang tidak memainkan peranan. Tambah beliau lagi,
Terdapat segelintir guru bukan opsyen bahasa ajar kemahiran bahasa tidak mengikut
kemahiran murid. Kebanyakan guru mengajarkan kemahiran tersebut dengan cara menyuruh
pelajar-pelajar mendengar penerangan guru atau bacaan rakan di dalam kelas. Selain itu
kesemua guru kurang menampakkan usaha untuk mengadakan sesi kemahiran mendengar
dan bertutur kerana menghadapi masalah kawalan kelas. Apabila dua kemahiran itu diajar,
biasanya keadaan dan suasana dalam bilik darjah akan menjadi bising kerana komunikasi dan
interaksi guru-pelajar berlangsung. Untuk mengelakkan masalah tersebut, guru mengambil
jalan mudah untuk tidak mengadakan aktiviti berkenaan.
Terdapat beberapa kesan sekirannya kemahiran mendengar dan bertutur ini tidak ditekankan
dan diperkembangkan dalam diri kanak-kanak sejak dibangku sekolah lagi. Salah satu
daripada kesannya adalah akan melahirkan pelajar tidak suka memberi pendapat secara lisan
dan gemar menjadi pendengar pasif. Hal ini timbul kerana mereka tidak yakin dengan
kemampuan mereka menggunakan Bahasa Melayu dengan baik. Sekiranya murid tidak yakin
dengan kemampuan mereka untuk bertutur dalam bahasa melayu, ini sudah pasti akan
menyukarkan murid berkomunikasi dengan individu di sekelilingnya. Murid akan

menghadapi masalah yang besar apabila dewasa kelak sekirannya tidak mampu
berkomunikasi dengan baik.
Menurut Zulkifley Hamid (2005), murid akan menjadi pasif disebabkan tiada keyakinan diri
dan tidak mampu menggunakan kemampuan berfikir dengan baik. Masalah ini paling banyak
dialami oleh kaum bukan melayu kerana pengaruh kuat bahasa ibunda mereka. Mereka lebih
gemar dan lebih selesa bertutur dalam bahasa ibunda, sama ada di rumah mahupun di
sekolah. Keadaan itu menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk menyampaikan idea
atau pendapat dalam bilik darjah. Lazimnya, pelajar-pelajar Melayu tidak menghadapi
banyak masalah dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur kerana mereka sudah
biasa menggunakannya dalam pertuturan harian. Namun, mereka sering menghadapi
kesukaran dalam menuturkan wacana ataupun tajuk perbincangan yang memerlukan
pengorganisasian idea supaya kelihatan tersusun dan mudah difahami. Ini disokong dengan
pendapat Raminah Sabran (1991), yang mengatakan bahawa kurangnya penekanan guru
terhadap aspek- aspek kemahiran mendengar dan bertutur akan melahirkan pelajar yang tidak
mampu mengeluarkan pendapat secara spontan dan tidak suka menjawab soalan pemikiran
kreatif dan kritis
Akibat pengabaian pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, para pelajar tidak mampu
memberi pendapat secara lisan, tidak boleh berfikir secara kreatif dan tidak menguasai
kebolehan bertutur secara spontan. Mereka lebih suka menjadi pendengar pasif dalam bilik
darjah. Keadaan ini turut menjejaskan kemahiran berfikir dan interpersonal para pelajar
sehingga potensi, bakat dan kebolehan mereka tidak dapat dikembangkan kerana gagal
menguasai kemahiran bertutur yang berkesan ( Roselan Baki, 2003).
Badan Perancang Kurikulum di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sebenarnya telah
merangka pelbagai kemahiran serta kaedah yang bertepatan dalam sukatan pelajaran untuk
merealisasikan aspirasi negara. Oleh itu, guru bahasa haruslah peka dan prihatin dengan
peranan masing-masing. Mereka sepatutnya bertindak sebagai fasilitator yang membimbing,
mengasah dan menajamkan kemahiran mendengar dan bertutur para pelajar. Rasionalnya,
pengajaran mendengar dan bertutur dapat membentuk serta membina keterampilan para
pelajar dalam berkomunikasi, malahan memupuk pemikiran kritis mereka dalam membuat
penilaian atau kesimpulan tentang sesuatu perkara yang didengar. Kemahiran ini amat
penting bagi menyediakan para pelajar dalam hubungan sosial dengan individu dan
interaksinya dalam masyarakat.

Untuk mengatasi masalah ini, pihak pentadbir selain guru haruslah memainkan peranannya.
Usaha pemantauan serta tindakan susulan haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar
pengajaran komponen ini tidak terus diabaikan. Pihak pentadbir juga boleh menyediakan
modul-modul yang lengkap tentang perkaedahan serta teknik pengaplikasian untuk
menjanakan kemahiran mendengar dan bertutur ini dalam bilik darjah. Kursus-kursus berupa
inhouse training dengan menjemput tenaga profesional dari luar boleh diadakan. Dengan cara
ini guru-guru akan mendapat motivasi dan pendedahan yang secukupnya, seterusnya tiada
alasan untuk mengabaikan komponen penting ini dalam pengajaran bahasa. Kajian tindakan
atau kajian kes boleh dilakukan oleh guru untuk membuat refleksi diri tentang pengajaran
kemahiran ini di dalam kelas. Selepas sesuatu kajian kes dilakukan, seseorang guru itu lebih
sedar tentang keperluan dan minat mereka untuk menguasai kemahiran ini. Guru juga akan
lebih prihatin akan kehendak pelajarnya dan sedar akan kelemahan dirinya dan menggunakan
Sebagai kesimpulan, kemahiran mendengar dan bertutur adalah dua aspek paling asas dan
penting dalam kehidupan seharian kita. Dua kemahiran ini perlu dipelajari secara sistematik
dan beterusan di sekolah-sekolah. Justeru kesedaran dan kerjasama semua pihak sangat
penting untuk memandu arah pendidikan negara kita ke landasan Falsafah Pendidikan
Negara, iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Rujukan
Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Asmah Haji Omar. (2004). Penyelidikan, Pengajaran dan Pemupukan Bahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Che Zanariah Che Hassan, & Fadzillah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
67.
Kamarudin Husin. (1999). Pengajaran Lisan: Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Strategi perancangan dan
pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
Mazlan Rais. (2000). Kemahiran Mendengar: Asas Kemahiran Berbahasa dalam Jurnal
Bahasa, 44(6), ms.701-714.
Muhamad Hassan Abdul Rahman. (2000). Media pengajaran: Penghasilan bahan
pengajaran berkesan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma.
Roselan Baki. (2006). Interaksi Lisan Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa
Melayu: Potensi yang Terabai. Kertas Kerja dalam Seminar Memperkasakan Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Sistem Persekolahan, anjuran Dewan Bahasa dan
Pustaka di Kuala Lumpur pada 19-21 Disember.

Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuantan: PTS Profesional.
Persekolahan, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur pada 19-21 Disember.
Zulkifley Hamid. (2005). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai