Anda di halaman 1dari 9

TEMA : ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU TAJUK : PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR/GOTONG-ROYONG

FOKUS UTAMA STANDARD KANDUNGAN 3.3 :

Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

STANDARD PEMBELAJARAN : 3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas.

FOKUS SAMPINGAN STANDARD KANDUNGAN 2.5 :

Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam

pelbagai bahan.

STANDARD PEMBELAJARAN : 2.5.1 Membaca dan memahami bahan grafik yang mempunyai perkataan dengan betul.

OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran, murid dapat ; i. ii. Membina dan menulis 5 frasa dengan cara yang betul dan kemas. Membaca dan memahami ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Kajian tempatan, Sains dan Pendidikan Moral Nilai : Menghargai, Bersyukur, Rasional. KBT : Pengabungjalinan, Kemahiran berfikir, Kemahiran Belajar Cara Belajar.

SISTEM BAHASA Tatabahasa : Kata Kerja

MEDIA Kad Gambar, Lembaran Kerja.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI

CATATAN

Set Induksi

Aktiviti pemuliharan alam sekitar-video

Guru memaparkan video berkaitan dengan pemuliharan alam sekitar melalui komputer dan meminta murid mengenal pasti aktiviti yang terdapat dalam video tersebut.

ABM : - video pemuliharaan alam sekitar. Ilmu : - Kajian tempatan Nilai : - Menghargai

1.Soalan lisan :

Apakah aktiviti yang dilakukan dalam video tersebut ? 2. Murid secara lisan menyebut perkataan yang ada kaitan dengan aktiviti yang terdapat dalam video .

Langkah 1

Kata Kerja : o Menanam o Memotong o Mencuci o Mengelap o Membuang

1.Guru menampalkan kad gambar berkaitan dengan aktiviti berdasarkan gambar yang ditunjukkan.

ABM : Kad gambar

Sistem bahasa : Tatabahasa Kosa kata

2. Guru meminta murid membaca kad gambar berserta perkataan yang

Kad Gambar

ditampalkan pada papan hitam dan guru menunjukkan m cara menulis perkataan dalam kotak yang disediakan dengan meniru perkataan
n a n a m e

Kad Gambar Menanam Menanam Menanam

yang diberikan.

3. Seterusnya guru meminta seorang murid menulis perkataan kembali perkataan yang dipaparkan dalam

m e

n a n a m e

ruangan kotak bergaris yang disediakan dan membaca perkataan tersebut.

Langkah 2

Melengkapkan frasa: ..pokok. rumput. ..sampah. longkang. tingkap.

1.Guru mengarahkan murid duduk secara pasangan. 2. Guru memberikan permainan dam ular dan menerangkan cara-cara bermain. 3. Guru mengarahkan salah seorang murid melemparkan buah dadu, manakala seorang lagi menyelesaikan dam ular. 4. Murid diminta memilih kad perkataan yang disediakan untuk melengkapkan frasa yang terdapat pada dam ular. 5. Murid bermain sehingga tamat dam ular tersebut. 5. Seterusnya, murid diminta menulis frasa yang terdapat pada dam ular dalam buku latihan. Sistem Bahasa : Frasa kerja KBT : Kemahiran berfikir Nilai : Kerjasama ABM : Dam Ular. Kad perkataan Buah dadu

Langkah 3

Lembaran kerja : Teka silang kata

1.Guru membahagikan murid dalam 3 kumpulan iaitu cerdas, sederhana, lemah.

ABM : Lembaran kerja

Ilmu :

2. Guru mengagihkan lembaran kerja yang mengandungi teka silang kata berserta dengan ayat majmuk untuk panduan bagi menulis frasa dalam kotak yang disediakan. 3. Guru memberikan bahan pengayaan iaitu kertas lembaran teka silang kata tanpa huruf dan gambar kepada murid cerdas. 4. Guru menetapkan masa iaitu 10 minit kepada murid cerdas. 5. Murid cerdas menyelesai kan teka silang kata secara bersendirian. 6. Guru hanya memantau dari jauh pergerakan dan pelakuan murid cerdas. 7. Manakala, bahan pengayaan murid sederhana diberikan lembaran kerja teka silang kata yang mengandungi huruf penunjuk/pembantu bagi menulis perkataan dalam kotak yang disediakan. 8.Untuk memantapkan kemahiran menulis dengan

Kajian tempatan

Nilai : Kerjasama Berdikari

Sistem bahasa : Kosa kata

KBT : Kemahiran belajaran cara belajar. Kecerdasan pelbagai. Kreatif dan inovasi.

kemas dan betul, murid sederhana diberikan teka silang kata yang mengandungi jawapan penuh dan murid diminta meniru huruf jawapan dengan kemas dalam kotak teka silang kata. 9. Guru memberikan bahan pengayaan lembaran teka silang kata yang mengandungi perkataan berserta gambar untuk murid lemah. 10. Untuk memantapkan tulisan dengan kemas dan betul, murid lemah dipandukan dengan huruf bertitik. Murid hanya menyambung titik sehingga membentuk perkataan.

Pentaksiran

Pemulihan

Guru membimbing murid melengkapkan frasa berpandukan gambar dengan perkataaan yang sesuai.

Nilai : Menghargai.

KBT : Menjana Idea

Murid membina frasa Pengayaan

Nilai :

menggunakan perkataan sendiri.

Berdikari

Cara mengelolakan aktiviti pengayaan 1. Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan iaitu A (cerdas), B (sederhana), dan C (lemah). 2. Sebelum memulakan aktiviti, guru memberikan arahan yang jelas, ringkas, dan tegas kepada kumpulan masing-masing. 3. Guru menetapkan peraturan untuk menjalankan aktiviti berkumpulan. 4. Guru melantik seorang ketua kumpulan untuk menolong guru menjaga disiplin, mengedar dan mengutip bahan-bahan pembelajaran serta memberikan arahan tentang cara menjalankan aktiviti kumpulan. 5. Masa selama 15 minit ditetapkan kepada murid-murid. 6. Guru mengedarkan satu bahan aktiviti pengayaan iaitu lembaran kerja yang mengandungi teka silang kata yang sama untuk semua murid. 7. Lembaran teka-silang kata mengandungi ayat penunjuk yang mengkehendaki murid melengkapkan perkataan dalam ayat yang dibaca dan seterusnya mengisikan secara bertulis perkataan tersebut dalam kotak teka silang kata. 8. Bagi kumpulan A iaitu murid yang cerdas, guru mengedarkan lembaran tekasilang kata tanpa gambar dan huruf.

9. Manakala, kumpulan B iaitu murid sederhana diberikan lembaran teka-silang kata yang diserta dengan huruf penbantu bagi mengisikan ruangan kotak. Guru membantu kumpulan B dengan bantuan huruf tanpa gambar agar dapat membantu murid tersebut menyelesaian teka silang kata dengan mudah.

m e m b m M e n a n a m m e e n g e m o t o n g c u c i l u a n g p

10. Bagi meningkatkan lagi cara penulisan yang kemas dan betul murid kumpulan B, guru memberikan satu teka silang kata yang mengandungi jawapan dan meminta murid meniru jawapan dalam kotak teka silang yang diberikan. 11. Guru membimbing dan memberikan tunjuk ajar yang ringkas untuk murid kumpulan ini agar mereka dapat menulis dengan kemas dan betul. 12. Seterusnya, guru memberikan teka silang kata yang mengandungi petunjuk huruf dan gambar agar dapat membina kemahiran berfikir murid-murid lemah iaitu kumpulan C.

m e m b m m e n a n a m m e e n g e m o t o n g c u c i l u a n g p

13. Murid ini diminta mengisikan ruangan silang kata yang disediakan. 14. Guru memantau hasil kerja murid kumpulan C dengan teliti. m e m b m m e n a n a m m e e n g e m o t o n g c u c i l u a n g p

Anda mungkin juga menyukai