Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN C

1. Tulis lima nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang kamu mestilah tidak melebihi daripada 80 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Menemui sahabatku Alif yang berada di Pahang. Syukur, kepada Tuhan saya sentiasa dalam keadaan sihat. Surat saudara selamat saya terima dua hari lalu. Saya sangat menghargainya kerana saudara masih lagi menjalin hubungan walaupun kita berjauhan. Saudara, Buat pengetahuan saudara, pada cuti sekolah yang lalu, saya sekeluarga telah berkunjung ke Kuala Terengganu dengan menaiki kereta, saya mengisi masa dengan membaca buku. Saya juga dapat melihat pemandangan yang indah di sepanjang kiri dan kanan jalan. Persekitarannya masih terpelihara dengan flora dan fauna tanpa pencemaran. Setibanya di sana, kami dilayan begitu mesra oleh penduduk. Keramahan mereka menjadikan saya begitu seronok berkunjung di sana. Saya telah membeli beberapa cenderamata untuk kakak saya yang tidak dapat ikut serta mengikut kursus. Sekianlah sahaja untuk kali ini, saya harap kita akan berutus surat lagi. Sentiasalah mengulangkaji pelajaran. Sampaikan salam saya buat keluarga saudara. Sekian terima kasih.

2. Tulis lima nilai murni/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Wahai anak yang bijak bestari, Dengarlah sini bonda berperi, Janganlah lupa kepada diri, Nasihat dan teladan yang bonda beri.

Usia muda anakanda miliki, Ilmu di dada harus dibaiki, Menara gading pasti dijejaki, Senang nanti mencari rezeki.

Membuat kerja janganlah malas, Zahir dan batin perlulah ikhlas, Rajin dan usaha tanpa culas, Itulah tanda bukannya pemalas.

Kata yang manis anakanda tuturkan, Perangai yang lembut anakanda tunjukkan, Hati yang sabar anakanda amalkan Perasaan orang anakanda fikirkan.

3. Tulis lima nilai murni/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Setiap hari Zahara akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, zahara akan ke dapur menolong ibunya menyiapkan sarapan pagi.Zahara dan ahli keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Zahara akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas Zahara membaca buku. Tiba di sekolah, Zahara terus masuk kelas. Dia akan menyapu dan atau membersihkan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.

Skema jawapan

1. 5 nilai murni :

Sering berhubung dan menjalinkan pesrsahabatan walaupun jauh Mengisi masa lapang dengan membaca buku Keramahan penduduk/seseorang penting Layanan mesra kepada seseorang atau tetamu Pemurah kerana membeli hadiah kepada adik-beradik

2. 5 nilai murni/pengajaran :

Jangan mudah lupa diri Membaiki ilmu dan menambah ilmu Janganlah malas/berat tulang untu membuat sesuatu Perlu redha dan ikhlas melakukan sesuatu Hendaklah rajin dan gigih berusaha Bertutur kata dengan baik Bersikap baik

3. Nilai murni/pengajaran : 1. Bangun awal pagi. Disiplin diri 2. Membantu ibu di dapur 3. Bersarapan bersama kasih sayang 4. Bersalaman Menghormati orang tua 5. Rajin tidak membuang masa. 6. Suka kepada kebersihan

Anda mungkin juga menyukai