Anda di halaman 1dari 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TUANKU BAINUN


14000, BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG
TEL : 04-5215227 / 229/230 / 272
FAX : 04-5214955

Tarikh : 08 Mac 2016.

Kepada :

Pejabat Penyelia Asrama

RAYUAN MEMOHON PENUKARAN BILIK KEDIAMAN ASRAMA KE BILIK B


BUDIMAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya dengan ini ingin memaklumkan dan merayu, agar permohonan saya
diluluskan.

3. Hal ini disebabkan sepanjang saya menduduki bilik lama, saya mengalami
masalah tahap ketercapaian internet yang terlalu lambat di dalam bilik.

4. Saya telah mencuba untuk mengatasi masalah ketiadaan wifi dengan melanggan
yes yang bernilai ratusan ringgit. Walaubagaimanapun signal internet di bilik asal terlalu
lemah. Hal ini menyebabkan gangguan kepada keadaan saya untuk melaksanankan
sebarang tugasan. Saya juga sering menumpang bilik rakan-rakan untuk menumpang
signal. Hal ini menimbulkan rasa tidak selesa pada mereka kerana kadangkala tugasan
akan mengambil masa sehingga lewat pagi. Tugasan pula sering diberikan oleh
pensyarah.

5. Oleh itu, saya dengan ini saya amat berharap agar pihak Tuan/Puan dapat
menerima rayuan saya ini. Saya dengan ini komited akan mematuhi syarat yang
dikenakan agar saya dapat bertukar bilik.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(AHMAD KHOBIR BIN MUSLIM BUHARI)

Pelajar
Semester 7
IPGKTB

Anda mungkin juga menyukai