Anda di halaman 1dari 3

Lakaran Permainan Baling Tin

Rajah 1

Susunan
Tin

Rajah 2

Lakaran Gelanggang Permainan Baling Tin Yang Diubahsuai.


Garisan D

Kedudukan
Pemain Di Luar
Kawasan D

CARA/PERATURAN/SYARAT BERMAIN PERMAINAN BALING TIN INOVASI


Permainan ini dimulakan dengan menyusun tin-tin kosong dari bahagian bawahnya
dengan susunan empat, tiga, dua dan satu. Pemain pula dibahagikan kepada dua
kumpulan yang akan menyerang satu sama lain.
Kedua dua kumpulan akan memulakan permainan dengan kedua belah pasukan
menyerang ahli pasukan lawan masing masing. Sekiranya kumpulan penyerang
berjaya membaling bola ke arah anggota badan pasukan lawan, maka orang yang
terkena balingan itu akan dikira mati.
Matlamat ahli pasukan adalah memusnahkan tin pihak lawan untuk mendapatkan
mata yang banyak .
Jarak balingan terhadap tin mestilah dari luar garisan D.
Satu ahli lawan yang dibunuh dikira satu mata. Satu tin yang dijatuhkan dikira 10
mata.
Permainan berlangsung dalam tempoh 3 minit sahaja.
Kemenangan ditentukan dengan bilangan mata yang diperolehi.
Pemain akan dibuang sekiranya balingan mengenai kepala pihak lawan dibaling
dengan sengaja atau pemain dengan sengaja memegang , menyentuh tubuh pihak
lawan.
Strategi adalah bebas. Hanya Peraturan yang dinyatakan dikuatkuasakan.

FORMAT PERTANDINGAN
Satu kumpulan wajib ada 6orang pemain. Pertandingan akan menggunakan undi
yang dibuat penganjur untuk menentukan lawan.
Kiraan mata 1tin bersamaan 10 mata, dan satu pihak lawan yang mati dikira 1
mata.

LANGKAH LANGKAH KESELAMATAN


Sebelum
1.Taklimat akan dilaksanakan agar peserta faham akan keselamatan adalah
diutamakan.
2.Permainan dilaksanakan dalam masa yang singkat sahaja.
3.Peralatan yang digunakan adalah lembut dan tidak mencederakan.
4. Pasukan yang bermain akan diminta untuk melakukan pemanasan badan terlebih
dahulu.

Semasa
1.Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya timbul hal yang berbahaya
2. Pemain yang bermain dengan cara boleh mencederakan pemain lain akan
dibuang.
3. Peti Keselamatan disediakan untuk menghadapi kecederaan yang tidak diingini.
Selepas
1. Pemain diminta melakukan sedikit regangan untuk mengelakkan kekejangan dan
kecederaan.

Anda mungkin juga menyukai