Anda di halaman 1dari 3

1

Peraturan Bola Jaring 3 Lawan 3 Terbaru

Berikut adalah peraturan bola jaring 3 lawan 3 mengikut Undang Undang Gabungan Persekutuan
Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) dan dicadangkan ke Kementerian Belia dan Sukan untuk
pembangunan sukan baru 2015.

Pelbagai kategori dan peringkat umur sesuai untuk permainan bola jaring 3 lawan 3.

PENDAFTARAN PEMAIN

Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 3 orang pemain, 1 orang pemain simpanan.

Seorang pemain hanya berdaftar dengan satu (1) pasukan sahaja.

Setiap pasukan hanya terdiri daripada 3 orang pemain semasa permainan dan 1 orang pemain
simpanan berada diluar padang.

Setiap pasukan dikehendaki memakai pakaian/jersey yang sama warna atau bib bola jaring yang
sama warna untuk mudah dikenali sebagai satu pasukan tetapi berlainan atau kontra daripada
pasukan lawan.

MASA BERMAIN

Masa bermain adalah selama 10 minit. Masa bagi separuh masa pertama ialah 5 minit dengan
masa rehat tidak lebih daripada 1 minit selepasnya untuk sesi separuh masa kedua. Masa bagi
separuh masa kedua ialah 5 minit.

Selain dari 10 minit , pihak penganjur juga boleh mengubah masa kepada 7 minit bagi setiap
perlawanan tanpa ada separuh masa kedua mengikut keadaan dan budi bicara pihak penganjur.

PERLAKSANAAN PERMAINAN.

Hantaran Tengah
 Hantaran tengah akan diambil bergilir-gilir.
 Lambungan duit syiling akan dilakukan oleh ketua pasukan untuk menentukan hantaran
tengah pertama.
 Bola hantaran tengah tidak boleh dihantar terus ke dalam kawasan gol.
Bola Keluar
 Bola yang keluar dari garisan tepi (sideline) hendaklah diambil dari tempat bola keluar.
 Bola yang keluar dari garisan tepi dan garisan gol (backline) tidak boleh di hantar terus
ke dalam kawasan gol.
2

Memainkan bola
 Kedua-dua pemain lawan yang berada di dalam bulatan gol (goal circle) atau kawasan
“D” mestilah mendapatkan bola dari hantaran pasukanya sendiri sahaja. Sekiranya bola yang
diterima / dipintas dari pasukan lawan, hantaran keluar pada pasukan sendiri hendaklah
dilakukan sebelum dihantar semula kedalam bulatan gol untuk menjaringkan gol.
 Hanya seorang sahaja dari ahli pasukan lawan dibenarkan berada di dalam bulatan gol
atau kawasan “D” pada satu-satu masa samada untuk menjaringkan gol atau sebagai pertahanan.
 Sekiranya terdapat 2 ahli pasukan lawan berada didalam bulatan gol atau kawasan “D”
pada satu-satu masa, balingan percuma akan diberikan kepada pasukan satu lagi. Balingan
percuma hendaklah dihantar keluar kawasan “D” kepada ahli pasukan sendiri dan menghantar
semula untuk jaringan gol.
 Bola yang terkena tiang gol atau melantun hasil dari percubaan jaringan yang tidak
berjaya (rebounce) mestilah terlebih dahulu dihantar semula ke luar bulatan gol kepada pemain
pasukanya sebelum sebelum dihantar semula untuk menjaringkan gol.
PERTUKARAN / PENGGANTIAN.

Pertukaran / penggantian pemain boleh dilakukan semasa permainan berjalan dan boleh
dilakukan pada bila-bila masa tanpa perlu memberhentikan permainan.

Tiada had pertukaran / penggantian pemain.

CARA MEMBUAT KEPUTUSAN

Cara memberi mata :


 Menang : 3 mata
 Seri : 1 mata
 Kalah : 0 mata
Jika dua ( 2 ) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan seperti
berikut:
 Secara PURATA GOL , iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan
jumlah gol yang kena
 Jika Purata Gol masih seri maka keputusan akan ditentukan secara perbezaan gol ialtu
jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena.

GELANGGANG DAN PERALATAN.

Bola
 Pertandingan bola jaring 3 lawan 3 menggunakan bola bersaiz 5 mengikut
piawaian Gabungan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA).
Tiang Gol
 Tiang gol 10 kaki bagi pertandingan sekolah menengah , 8 kaki bagi pertandingan
sekolah rendah bawah 12 tahun, dan 7 kaki bagi pertandingan bawah 10 tahun.
Gelanggang
3

 Luas kawasan bermain ialah 12.15m x 10.25

cadangan ukuran 'standard' bagi gelanggang 3 lawan 3 bola jaring

Anda mungkin juga menyukai