Anda di halaman 1dari 4

UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAK RAGA TUJU PETAK

1. GELANGGANG

1.1. Luas gelanggang adalah berukuran 30 kaki bulatan penuh atau berjejari 15 kaki dan di dalam bulatan ini mengandungi 6 petak (3 petak x 2 bahagian) saling berhadapan serta bebas dari sebarang rintangan. 1.2. Setiap petak berukuran 5 kaki x 5 kaki x 3.5 kaki dan lebar setiap garisan adalah 0.04m. Setiap petak mengandungi nombor iaitu nombor 1 (petak tengah), nombor 2 dan 3 (petak kiri/kanan). 1.3. Jarak antara petak disetiap gelanggang adalah 55 inci(4 7). 1.4. Garisan tengah adalah selebar 0.04m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar. 1.5. Bulatan tengah (antara 2 bahagian gelanggang) adalah seluas 2 kaki atau berjejari 1 kaki di ukur dari luar ke dalam. Bulatan ini adalah untuk pemain yang akan membuat lambungan/umpanan bola (menggunakan tangan) kepada pemain pasukannya semasa Sepak Mula. 1.6. Kawasan bebas rintangan adalah berukuran 3m dan tidak lebih 5m mengikut kesesuaian kawasan permainan dari garisan sempadan gelanggang. Kawasan ini hendaklah bebas dari sebarang rintangan bagi memudahkan Pengadil membuat pemantauan terhadap pemain. 2. BOLA TUJU Bola yang digunakan dalam kejohanan ini adalah HANYA Bola Tuju Hijau Kuning keluaran Syarikat Gajah Emas Industries Sdn Bhd. 3. PEMAIN-PEMAIN 3.1. Sukan ini dimainkan oleh 2 regu yang mengandungi 3 orang pemain (1 orang pemain simpanan) bagi setiap regu. 3.2. Ketiga-tiga pemain hendaklah berada didalam petak nombor 1, petak nombor 2 dan petak nombor 3. Kesemua pemain bebas melakukan sentuhan bola samada menggunakan kaki,paha,bahu dan kepala (semua jenis sepakan adalah dibenarkan C sepak sila, kekuda, badik, menggunakan tapak kaki. tumit dsb) KECUALI menggunakan tangan. Penggunaan tangan hanya dibenarkan semasa membuat balingan kepada pemain sepasukan apabila memulakan sesuatu permainan. 4. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN 4.1. Pemain hendaklah berpakaian sukan yang kemas C memakai Jersey/Tshirt (Bernombor), Seluar Pendek, Berstoking dan Kasut sukan bertapak getah yang tidak bertumit tinggi. Pemakaian seluar Track Bottom dibenarkan tetapi tidak boleh dilipat keatas. Jersey / Tshirt hendaklah dimasukkan kedalam seluar. Ketua regu hendaklah memakai Arm Band. Nombor di Jersey / Tshirt hanya dibenarkan dari nombor 1 hingga nombor 15 sahaja. 4.2. Topi / Cap yang mempunyai pelindung cahaya tidak dibenarkan. Lilitan kepala atau ketayap dibenarkan. Sebarang peralatan yang membantu melajukan bola adalah dilarang sama sekali. 5. GANTIAN PEMAIN 5.1. Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam mana-mana regu TIDAK dibenarkan bermain dalam regu yang lain dalam pertandingan yang sama. 5.2. Gantian pemain adalah dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan kepada Pengadil semasa bola tidaka dalam permainan. 5.3. Setiap regu boleh menamakan 1 orang pemain simpanan. Gantian hanya dibenarkan sekali sahaja dalam satu-satu pertandingan. Pemain yang telah digantikan tidak boleh masuk semula sehingga pertandingan tamat tetapi boleh bermain untuk pertandingan bagi pusingan seterusnya. 5.4. Pemain yang di perintah keluar gelanggang (Kad Merah) oleh Pengadil atau mendapat cedera (tidak mampu meneruskan permainan) boleh membuat gantian pemain asalkan gantian belum dilakukan. Mana-mana regu yang kurang dari 3 pemain TIDAK dibenarkan meneruskan permainan dan dianggap kalah. 6. PEGAWAI-PEGAWAI / PENGADIL 6.1. Pertandingan ini akan diuruskan oleh Pegawai-Pegawai berikut :a) 1 orang Pengadil Rasmi / Ketua Pengadil b) 2 Pengadil c) 2 Hakim Garis

6.2. Pegawai-Pegawai / Pengadil adalah bertanggungjawab sepenuhnya diatas tugas yang diberi dalam memastikan / menguatkuasakan Undang-Undang Permainan, Peraturan Pertandingan serta etika dipatuhi. 6.3. Pengadil Rasmi / Ketua Pengadil berhak menukar Pengadil / Hakim Garis sekiranya prestasi mereka tidak menetapi kehendak Undang-Undang Permainan, Peraturan Pertandingan serta melanggar etika sebagai seorang pegawai pertandingan. 6.4. Pengadil Rasmi boleh menangguh / memberhentikan pertandingan sekiranya berlaku hujan, gangguan penonton atau lain-lain keadaan yang boleh membahayakan pemain serta pegawai setelah berbincang dengan Jawatankuasa Pengelola. 6.5. Hakim Garis hendaklah memastikan bola takraw DALAM atau LUAR di garisan yang ditugaskan apabila ditanya oleh Pengadil dan juga hendaklah menunjukkan kedudukan bola sekiranya pandangan Pengadil tidak jelas. 6.6. Semua keputusan Pengadil Rasmi / Pengadil dan Hakim Garis adalah MUKTAMAD. 7. UNDIAN DAN WARM-UP 7.1. Sebelum permainan dimulakan,Pengadil akan membuat undian dan regu yang memenangi undian boleh memilih untuk Sepak Mula atau gelanggang. Regu yang memenangi undian juga dibolehkan menentu sendiri kedudukan pemain dalam petak-petak yang bernombor 1, 2 atau 3. Manakala regu yang kalah undian akan diundi semula oleh Pengadil untuk menentukan kedudukan pemain-pemain samada dalam petak bernombor 1, 2 atau 3. 7.2. Semua kedudukan pemain-pemain bagi kedua-dua regu MESTILAH kekal sehingga tamat sesuatu perlawanan. 7.3. Regu yang mendapat Sepak Mula hendaklah memulakan warm-up selama 2 minit dan di ikuti dengan regu yang satu lagi. Hanya 4 orang sahaja dibenarkan bergerak bebas didalam gelanggang semasa sesi warm-up ini. 8. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA 8.1. Regu yang memilih Sepak Mula hendaklah memulakan permainan pusingan pertama. Selepas tamat pusingan pertama kedua-dua regu hendaklah menukar petak gelanggang untuk memulakan pusingan kedua. Regu yang memenangi pusingan pertama tadi hendaklah memulakan Sepak Mula bagi pusingan kedua. Untuk pusingan ketiga atau Tie Break,Pengadil hendaklah membuat undian semula bagi menentukan regu yang akan membuat Sepak Mula tetapi gelanggang tetap seperti kedudukan semasa pusingan kedua tadi. 8.2. Kedudukan pemain dalam setiap petak mesti kekal dalam satu-satu perlawanan. Contoh, pada pusingan pertama pemain A berada dalam petak nombor 3,pada pusingan kedua dan pusingan Tie Break juga mesti berada dalam petak nombor 3 sehingga perlawanan tersebut tamat (untuk regu yang kalah undian Sepak Mula sahaja). 8.3. Campakan hendaklah dilakukan oleh pemain yang akan membuat campakan kepada rakannya setelah Pengadil mengumumkan mata. Sekiranya campakan dibuat sebelum Pengadil mengumumkan mata maka campakan semula hendaklah dilakukan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil (sekali sahaja). 8.4. Sebaik sahaja pemain melakukan Sepak Mula,semua pemain bebas bergerak didalam gelanggang masing-masing tetapi semasa membuat sepakan tuju pemain mesti berada dalam petak. Memijak garisan selepas melakukan sepakan tuju adalah dibenarkan. 8.5. Sepakan tuju hanya boleh dilakukan apabila pemain yang menerima campakan mengembalikan semula bola dengan menggunakan kaki, paha, kepala atau sebagainya KECUALI tangan (Tidak lebih dari 3 kali sentuhan) kepada pemain yang membuat campakan itu tadi. Pemain yang membuat campakan hendaklah mengumpan semula bola menggunakan menggunakan kaki, paha, kepala atau sebagainya KECUALI tangan (Tidak lebih 3 kali sentuhan) kepada kedua-dua pemain dihadapannya untuk membuat sepakan tuju kepada pihak lawan. 8.6. Seorang pemain dari setiap regu hanya dibenarkan membuat sepakan / menyentuh bola (kecuali tangan) selepas Sepak Mula dalam permainan TIDAK melebihi 3 kali sentuhan. Ketiga-tiga pemain dalam satu regu boleh menyepak / menyentuh bola (kecuali tangan) TIDAK melebihi 9 kali sentuhan semasa bola dalam permainan. 9. PERKARA-PERKARA BATAL 9.1. Pihak Sepak Mula 9.1.1. Pemain yang membuat campakan memain-mainkan bola (menghempas, melambung-lambung dan lain-lain cara) setelah Pengadil mengumumkan mata.

9.1.2. Pemain-pemain yang melakukan Sepak Mula memijak garisan di petak masing-masing dan bulatan untuk pemain yang membuat campakan semasa memulakan campakan (sebelum sentuhan bola yang pertama). 9.1.3. Pemain yang membuat campakan mengangkat sebelah kaki atau melompat semasa membuat campakan. 9.1.4. Pemain tidak membuat sepakan setelah campakan dibuat kepadanya. 9.1.5. Bola sepakan tuju kepada pihak lawan melebihi paras lutut atau membahayakan pemain lain. 9.1.6. Membuat hantaran tuju kepada pihak lawan tanpa menggunakan kaki seperti menggunakan paha, kepala atau lain-lain anggota badan. 9.1.7. Membuat sepakan tuju diluar kotak pemain (sebelah atau kedua-dua belah kaki berada diluar kotak). 9.1.8. Melakukan sepakan tuju pada sentuhan bola yang pertama (selepas mendapat bola yang dicampak dari rakan sepasukan menggunakan tangan). 9.1.9. Membuat hadangan semasa pemain regunya membuat sepakan tuju. 9.2. Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula 9.2.1. Melakukan tingkah laku yang boleh mengganggu atau membuat bising atau menengking pihak lawan. 9.3. Kedua-dua pihak semasa permainan 9.3.1. Mana-mana pemain yang memijak atau melepasi sebelah atau kedua-dua belah kaki ke gelanggang lawan. 9.3.2. Bola sepakan tuju terkena pemain regunya sebelum melepasi gelanggang lawan. 9.3.3. Bola sepakan tuju jatuh diluar gelanggang atau tidak sampai ke petak lawan (pendek). 9.3.4. Memainkan bola melebihi 3 kali sentuhan dan bola tidak melepasi gelanggang lawan selepas sentuhan bola ke 9 (sentuhan ketiga-tiga pemain dalam satu regu). 9.3.5. Bola terkena tangan. 9.3.6. Membuat sepakan tuju menggunakan sepak sila dan badik 9.3.7. Memberhentikan atau mengepit bola dibawah tangan / lengan, paha, kaki atau badan. 9.3.8. Bola tampanan (dari sepakan tuju) melantun semula ke petak lawan pada sentuhan pertama. 9.3.9. Sebarang peralatan seperti kasut, pelilit kepala jatuh ke gelanggang lawan. 9.3.10. Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda. 9.3.11. Pemain-pemain dengan sengaja melambat-lambatkan permainan. 10. SISTEM KIRAAN MATA 10.1. Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula,SATU mata akan diberi kepada pihak lawan dan sepak mula seterusnya dilakukan. 10.2. Mata kemenangan maksima untuk setiap pusingan ialah 21 mata dan termasuk juga pusingan Tie Break.Tidak ada deuce bagi setiap pusingan. 10.3. Pada pusingan Tie Break (15 mata), undian akan dilakukan semula untuk menentukan Sepak Mula. Gelanggang adalah kekal seperti pada pusingan kedua. Pada mata ke 8,tukar petak hendaklah dilakukan. 11. MASA REHAT 11.1. Pada mata yang ke 11 bagi setiap pusingan dan mata yang ke 8 bagi pusingan Tie Break,kedua-dua regu akan diberi Time Out selama 1 minit. 11.2. Setelah tamat pusingan pertama dan pusingan kedua (sekiranya perlawanan berlanjutan ke pusingan Tie Break), setiap regu akan diberi masa rehat selama 2 minit. Pemain tidak dibenarkan berkeliaran semasa masa rehat ini diberi dan hendaklah berada dalam lingkungan 2 meter dari gelanggang masing-masing. 12. PERMAINAN TERGENDALA 12.1. Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan, atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera tetapi tidak melebihi 5 minit. 12.2. Pemain yang tercedera dibenarkan mendapat rawatan dan berehat selama tidak melebihi 5 minit sahaja. Jika selepas melebihi 5 minit, pemain tersebut tidak dapat meneruskan permainan maka gantian hendaklah dilakukan sekiranya gantian belum dilakukan lagi. Apabila gantian telah dibuat sebelum ini maka regu tersebut diistiharkan kalah. 12.3. Semasa tempoh permainan dihentikan, semua pemain tidak dibenarkan keluar dari gelanggang untuk minum atau kemana sahaja. 13. TATATERTIB (DISIPLIN) PEMAIN

13.1. Semua pemain MESTI mematuhi Undang-Undang & Peraturan-Peraturan yang ditetapkan. 13.2. Hanya Ketua Regu sahaja dibenarkan berjumpa Ketua Pengadil / Pengadil jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai keputusan yang dibuat oleh Pengadil. 14. HUKUMAN 14.1. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemain dan diberi KAD KUNING iaitu : 14.1.1. Tidak menunjukkan semangat kesukanan dan melanggar etika bersukan yang boleh menjejaskan keseluruhan pertandingan. 14.1.2. Memaki atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai, pemain lain dan penonton. 14.1.3. Kerap melanggar Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan. 14.1.4. Melambat-lambatkan permainan setelah diberi amaran oleh lisan oleh Pengadil. 14.1.5. Masuk dan keluar gelanggang tanpa kebenaran Pengadil. 14.1.6. Sengaja menukar petak dengan pemain lain. 14.1.7. Sengaja meninggalkan gelanggang kerana membantah keputusan Pengadil. 14.2. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemain dan diberi KAD MERAH iaitu : 14.2.1. Masih berdegil dan berkelakuan buruk setelah diberi amaran oleh Pengadil. 14.2.2. Berkelakuan ganas dengan niat untuk mencederakan pegawai, pemain lawan dan penonton. 14.2.3. Meludah kepada pegawai, pemain lawan dan penonton. 14.2.4. Menerima KAD KUNING yang kedua dalam satu perlawanan. 14.3. Hukuman yang dikenakan atas kesalahan seperti diatas adalah seperti berikut : 14.3.1. Kad Kuning Pertama C Amaran Biasa 14.3.2. Kad Kuning Kedua (dalam kejohanan sama) C Digantung Satu perlawanan 14.3.3. Kad Kuning Ketiga (dalam kejohanan sama) C Digantung Dua perlawanan 14.3.4. Kad Kuning Keempat - setelah digantung Dua perlawanan dalam kejohanan yang sama C Digantung serta merta untuk perlawanan seterusnya sehingga Jawatankuasa Disiplin membuat keputusan. 14.3.5. Pemain menerima Dua Kad Kuning dalam perlawanan yang sama C Digantung Dua perlawanan dan didenda sebanyak RM300.00 14.3.6. Kad Merah C Digantung serta merta daripada bermain dalam mana-mana perlawanan yang seterusnya sehingga Jawatankuasa Disiplin membuat keputusan. 14.4. Pemain-pemain yang telah diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil samada kesalahan dilakukan didalam atau diluar gelanggang terhadap pihak lawan, rakan sepasukan, Pengadil, Pembantu Pengadil, Hakim Garis, penonton atau mana-mana pegawai maka KAD MERAH boleh diberikan atas kesalahannya itu. Semua yang terlibat dalam mana-mana kejohanan adalah termaktub dan tidak terkecuali dari Undand-Undang & Peraturan ini. 15. KELAKUAN BURUK OLEH PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN 15.1. Tindakan boleh juga diambil terhadap Pegawai-Pegawai pasukan yang berkelakuan buruk atau menimbulkan kekacauan semasa kejohanan berjalan samada didalam atau diluar gelanggang. 15.2. Mana-mana pegawai yang melakukan seperti perkara 15.1, Pengadil boleh memberhentikan perlawanan dan pelaku boleh diarahkan keluar dari kawasan gelanggang oleh Pegawai Pertandingan. Perlawanan boleh diteruskan setelah mendapat isyarat dari Pegawai Pertandingan. 16. PERKARA-PERKARA AM (UMUM) 16.1. Jika berlaku perselisihan atau pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak termasuk dalam Undang-Undang ini maka keputusan Pegawai Pertandingan atau Ketua Pengadil adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai