Anda di halaman 1dari 3

TAKLIMAT PENGADIL-PENGADIL BOLA BALING MSSD LMS 2015 (pada 23 JANUARI 2015, di SMK Sri Kota)

Peraturan 1
GELANGGANG PERMAINAN
Segiempat tepat berukuran 40 20m. Garisan 6 m. Garisan 9 m. Garisan 7 m. Garisan 4 m. Garisan tengah. Garisan pertukaran 4.5 m
dari tengah kiri dan kanan 15 cm ke dalam dan ke luar. Tebal garisan 5 cm, garisan di antara dua tiang 8 cm. Gol berukuran 3m 2 m
Peraturan 2
MASA PERMAINAN, ISYARAT TAMAT DAN MASA HENTIAN
* LIGA dan *Pusingan KALAH SINGKIR (7 7 minit tanpa rehat dan TANPA Kad HIJAU). Suku Akhir/Akhir (10-2-10 MINIT).
Untuk Pusingan Kalah Singkir, jika seri, maka sistem BALINGAN 7 meter, 1 pembaling (sudden death) sehingga ada keputusan dan
boleh diambil oleh pemain yang sama (*Pemain yang masih digantung, tidak dibenarkan mengambil balingan 7 meter ini). Jika masih
seri dan keadaan/situasi yang tidak mengizinkan, maka undian peting syiling diadakan ATAU pindaan yang dipersetujui oleh
jawatankuasa pengelola. (*Sebarang perubahan tempoh masa permainan akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pengelola)
Masa permainan bermula dengan tiupan wisel pengadil untuk balingan permulaan. Penjaga masa menamatkan masa permainan dengan
isyarat tamat masa (satu tiupan panjang @ bunyi siren) bermakna masa permainan telah tamat kecuali bagi kes balingan 7m/ b.percuma
sedang diambil, pengadil gelanggang akan menamatkan permainan dengan isyarat wisel tamat (tiupan 2 pendek, satu panjang).
Masa Hentian dimestikan untuk hukuman/masa hentian pasukan (team time-out) diberikan/isyarat wisel dari penjaga masa(kesalahan
pertukaran/tingkahlaku pemain/pegawai)/perbincangan kedua-dua pengadil. Masa hentian biasa juga diberikan mengikut situasi lain
bergantung kepada keadaan (bola jauh). Salah laku semasa masa hentian juga mesti dihukum.
Gangguan masa akan dimaklumkan kepada penjaga masa oleh pengadil gelanggang (3 tiupan pendek dan isyarat tangan). Wisel mesti
dibunyikan oleh pengadil gelanggang untuk menandakan masa permainan dimulakan selepas masa hentian tamat.
Setiap pasukan akan diberi sekali masa hentian pasukan (team time out) setiap separuh masa selama 1 minit. Tiada team time out
untuk masa tambahan. Pengurus menyerahkan kad hijau kepada penjaga masa, dan penjaga masa akan memberikan isyarat wisel time
out (satu tiupan panjang serta mengangkat kad time out kepada pasukan meminta), (pastikan pasukan tersebut sedang menguasai bola).
Permainan telah dihentikan serta-merta. Pengadil gelanggang akan membalas isyarat wisel time out (tiga tiupan pendek). Semua
pemain dan pegawai pasukan boleh berada di mana-mana dalam kawasan permainan.
Peraturan 3
BOLA
Bola kulit. Saiz 3 untuk Lelaki B18, Saiz 2 untuk P18, L15 dan P15, Saiz 1 untuk L12 dan P12.
Bola tidak terlalu keras (boleh ditekan).
Peraturan 4
PASUKAN, PENGGANTIAN DAN PERALATAN
Sepasukan mengadungi 12 pemain. (* Mana-mana pemain yang telah didaftarkan boleh diganti dengan kebenaran Pihak Pengelola)
Salah seorang daripada 4 pegawai dikenali sebagai pengurus bertanggungjawab dan dibenarkan untuk berurusan dengan penjaga
masa, pencatat dan untuk keadaan tertentu dengan pengadil. Pegawai pasukan tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa permainan
berjalan kecuali ketika team time out atau arahan pengadil (kecederaan pemain).
Kedua-dua pasukan mesti memakai pakaian berlainan warna. Warna pakaian penjaga gol mesti berbeza dari pasukan dan lawannya.
Ketua pasukan tidak perlu memakai arm band. Semua pemain mesti berkasut dan berstokin. Tali kasut diikat kemas. Bagi pasukan
lelaki, baju dimasukkan ke dalam. Tidak dibenarkan memakai peralatan yang boleh membahayakan diri atau pemain lain. (Jam tangan,
cincin, gelang, rantai dan subang yang nampak). Skaf untuk lelaki tidak dibenarkan. Topi tidak dibenarkan pakai. Bagi pemain yang
memakai cermin mata, pengakuan lisan kedua-dua pengurus pasukan perlulah diperolehi, namun keputusan muktamad kebenaran
bermain dibuat oleh pengadil pertama. Kasut 6 stud atau stud aluminium tidak dibenarkan.
Dalam kes kecederaan, pengadil boleh memberi kebenaran 2 pegawai/pemain memasuki gelanggang semasa time out/masa hentian.

Semua penggantian pemain (termasuk penjaga gol) MESTI di tempat penggantian pemain. Pemain simpanan dan pegawai pasukan
dikehendaki duduk di bangku pemain. Hanya seorang pegawai sahaja dibenarkan berdiri di hadapan bangku pemain.
Peraturan 5
PENJAGA GOL
Penjaga gol dianggap keluar dari kawasan gol jika mana-mana anggota tubuhnya menyentuh gelanggang permainan yang terletak di
luar garisan 6 m. Penjaga gol boleh keluar kawasan gol dengan bola yang belum dikawal dan memainkannya semula di gelanggang
permainan (sebagai pemain gelanggang).
TIDAK DIBENARKAN
Sengaja membawa bola (yang dikawal) keluar dari kawasan golnya.
Membawa atau mengambil bola yang terhenti atau sedang bergolek di luar kawasan gol sedang dia berada dalam kawasan golnya.
Menyentuh bola yang terhenti dalam kawasan gol atau yang sedang bergolek ke arah kawasan gelanggang dengan tapak kaki
atau bahagian di bawah lutut.
Peraturan 6
KAWASAN GOL
Hanya penjaga gol dibenarkan masuk ke kawasan golnya. Kawasan gol termasuk garisan gol.
Pemain gelanggang masuk kawasan gol tidak dihukum, jika masuk selepas memainkan bola dan tidak menimbulkan
kerugian kepada pihak lawan. masuk kawasan gol tetapi tidak memberi keuntungan kepada pasukannya. pemain
gelanggang masuk kawasan gol kerana cuba bertahan dan tidak memberi kerugian kepada pasukan lawan.
Jika pemain penyerang memasuki kawasan gol sama ada dengan bola atau tanpa bola; denda: balingan gol kepada lawan.
Bola yang bergolek (di tanah) dalam kawasan gol adalah hak penjaga gol.
Bola yang melantun adalah bola hidup (boleh dimainkan oleh penjaga gol atau pemain gelanggang).
Peraturan 7
MEMAINKAN BOLA DAN PERMAINAN PASIF
Dibenarkan memainkan bola dengan apa cara yang sah dengan tangan, kepala, badan, peha dan lutut, (kaki bagi penjaga gol).
Memegang bola pada jangka masa 3 saat dan mengambil 3 langkah maksima bersama bola.

TIDAK DIBENARKAN : - double play/ membahayakan lawan dan kawan (diving)/menunjukkan tiada semangat kesukanan
secara lisan dan perbuatan (mengeluarkan kata-kata kesat / lucah) termasuk pegawai pasukan / permainan pasif.
Peraturan 8
KESALAHAN-KESALAHAN TIADA SEMANGAT KESUKANAN
Menarik, merampas atau memukul bola dari tangan lawan.
Merempuh, memeluk, memegang, menarik, menolak, berlari dan melompat ke arah pihak lawan (penyerang langgar benteng).
Menakut-nakutkan pihak lawan dengan apa cara sekalipun (lisan atau perbuatan) Kekasaran ditujukan terus kepada lawan dan bukan
kepada bola perlu dihukum (kad merah/penggantungan).
Bagi kes berat, pemain yang membahayakan pihak lawan semasa peluang menjaringkan gol (menolak penyerang yang sedang
melompat), mesti dikenakan Kad Merah/Penggantungan.
Peraturan 9
JARINGAN
Gol dikira apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh pembaling atau
rakannya sebelum atau semasa balingan dibuat atau tanpa gangguan wisel referi.
Referi mesti memastikan jaringan yang dibuat dengan mengesahkan jaringan itu sebelum balingan permulaan dibuat.
(Setelah balingan permulaan diambil, gol tidak boleh dibatalkan).
Peraturan 10
BALINGAN PERMULAAN
Kaki pembaling mesti kekal pihak garisan tengah sehingga bola dilepaskan setelah wisel permulaan dibunyikan. Semua pemain
pasukan pembaling mesti berada di gelanggang sendiri sehingga bola dilepaskan dari tangan pembaling. Bagi kes setelah gol
dijaringkan, pasukan yang telah menjaringkan gol tadi bebas berada di mana-mana dalam gelanggang, pasukan yang akan membuat
balingan permulaan mesti berada di gelanggang sendiri sehingga wisel dibunyikan. Gol tidak boleh dibatalkan selepas balingan
permulaan diambil.
Peraturan 11
BALINGAN KE DALAM
Kaki pembaling mesti kekal pihak garisan tepi / garisan sudut gelanggang sehingga bola dilepaskan. Pengadil akan membetulkan
kesalahan itu sekali sahaja setiap pasukan untuk setiap separuh masa.
Peraturan 12
BALINGAN GOL (bola mati) dan BALINGAN KELUAR (bola dalam kawalan p.gol)
Bagi kesalahan penyerang memasuki kawasan gol.
Penjaga gol tidak dibenarkan keluar dari kawasan gol (Referi arah balingan semula bagi bola mati atau hukum balingan percuma
kepada lawan bagi kes balingan keluar). Gol sendiri dikira (Kes balingan keluar sahaja).
Peraturan 13
BALINGAN PERCUMA
Bagi sebarang kesalahan / melanggar peraturan permainan.
Pemain pertahanan menghantar bola lalu disentuh oleh penjaga gol
Diambil tanpa tiupan wisel kecuali bagi kes pembetulan kedudukan pemain dilakukan. Bagi kes melengahkan permainan,
pengadil beri arahan main/tiupan wisel.
Rakan-rakan pembaling mesti keluar dari kawasan balingan percuma musuh. Pengadil akan membetulkan kesalahan itu sekali sahaja
setiap pasukan untuk setiap separuh masa.
Pengadil boleh meneruskan permainan (advantage rule) tanpa memberi balingan percuma bagi kes :Pasukan A mengawal bola selepas pasukan B buat kesalahan. Pengadil tidak akan memberhentikan perlawanan sehingga pasukan
menyerang tidak dapat meneruskan serangan disebabkan kesalahan pihak lawan. Kena kaki mesti dipersalahkan.
Peraturan 14
BALINGAN 7 - meter
Bagi kes memusnahkan peluang menjaringkan gol.
Pemain pertahanan bertahan (menutup pintu gol) di dalam kawasan gol dan melepaskan peluang penyerang menjaring.
Gangguan daripada luar.
Peraturan 15
BALINGAN-BALINGAN
Tidak dibenarkan melompat/ melantun bola/ meletak dan mengambil semula / sentuh bola ke tanah.
Kaki mesti kekal di tanah sehingga balingan dibuat. BALINGAN REFERI DIMANSUHKAN.
Peraturan 16
HUKUMAN-HUKUMAN
Amaran (Kad Kuning) Individu sekali sahaja, Pasukan (termasuk pegawai) 3 kali. (Catatan: Seboleh-bolehnya habiskan kad kuning).
Penggantungan (2 minit) Individu dua kali sahaja. Penggantungan kali ketiga bermakna singkir.
Penyingkiran (Kad merah). Selepas 2 minit, penggantian boleh dilakukan oleh pemain lain. Pemain digantung 1 perlawanan
berikutnya. *Bagi kes kad merah mandatori, pemain akan digantung sepanjang kejohanan berlangsung.
Peraturan 17
PENGADIL
Pakaian rasmi warna hitam. Dua pengadil dibantu oleh penjaga masa dan pencatat.
Pastikan kad jaringan digunakan. Sentiasa peka kepada papan skor jaringan (jika ada).
Peraturan 18
PENJAGA MASA DAN PENCATAT
Bersama-sama membantu pengadil gelanggang mengawasi pemain dan pegawai, permintaan time-out dan masa permainan.
Pencatat mengendalikan borang catatan (masa penggantungan pemain/pegawai ikut stopwatch). Masa tamat mesti dicatatkan.
Isyarat Referi / Isyarat Tangan

Nota : Peraturan di atas adalah diselaraskan mengikut peraturan permainan bola baling MSSM dan sebarang pindaan adalah
tertakluk kepada undang-undang kecil yang dipersetujui oleh jawatankuasa pengelola.

Anda mungkin juga menyukai