Anda di halaman 1dari 3

Peraturan Bola Jaring

7:13 AM

Mat King

No comments

1.3 Peraturan/Undang-Undang Asas Permainan Bola Jaring


Setiap permainan mempunyai peraturan ataupun undang-undang yang
perlu dipatuhi semasa bermain. Bola jaring juga mempunyai beberapa
peraturan asas yang telah ditetapkan, iaitu:
1. Satu pasukan diwakili oleh 7 orang pemain semasa permainan.
2. Berlari dengan bola, mengelecek (memantul) bola dan menumbuk bola
tidak dibenarkan.
3. Pemain hendaklah menghantar atau menjaring bola dalam masa 3 saat.
4. Jaringan hanya boleh dilakukan oleh penjaring GS dan penyerang GA
sahaja.
5. Sesuatu bilangan itu tidak boleh melintasi 2 garisan gelanggang.
6. Bola yang melantun dari tiang jaring boleh disambut semula dan
permainan diteruskan.
7. Lemparan ke dalam hanya dilakukan apabila diisyaratkan oleh pengadil.
8. 2 orang pengadil mengawasi permainan.
9. Jika pasukan kurang daripada 5 orang pemain, permainan tidak boleh
diteruskan
10. Pemain tengah yang akan membuat hantaran tengah untuk memulakan
permainan mesti berdiri dalam bulatan tengah sebelum wisel berbunyi.
1.3.1 Penalti
Penalti akan dikenakan kepada pemain yang melanggar peraturan.
Terdapat dua jenis penalti, iaitu:
1) Lontaran percuma
2) Lontaran penalti
Lontaran Percuma
Jika pemain melakukan kesalahan yang kecil, pihak lawan akan menerima
lontaran percuma. Antara kesalahan yang mengakibatkan lontaran
percuma ialah:
a) Memegang bola
Pelepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan memegang bola
selama tiga saat. Sekiranya melebihi tiga saat, wisel akan dibunyikan oleh
pengadil. Ini menandakan pemain telah melanggar peraturan memegang
bola
b) Gerak kaki
Selepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan membuat satu
langkah. Jika semasa menangkap bola kaki kanan berada di atas tanah,

satu langkahan boleh dilakukan dengan kaki kiri. Jika kedua-dua belah kaki
berada di atas tanah, satu langkahan boleh dibuat dengan mana-mana
kaki yang dipilih.
c) Memainkan bola
pemain yang memegang bola boleh melantun bola kepada orang lain,
tetapi tidak boleh mengambilnya semula. Bola tidak boleh digelecek seperti
dalam permainan bola keranjang. Bola yang telah dipegang dan terlepas
daripada pegangan tidak boleh diambil semula oleh pemain tersebut,
sebelum bola disentuh oleh pemain lain.
d) Melebihi kawasan
Apabila bola yang dilontar melebihi satu pertiga dari kawasan permainan,
tanpa disentuh oleh mana-mana pemain perbuatan ini menjadi satu
kesalahan. Pengadil akan meniup wisel.
e) Ofsaid
Setiap pemain hanya boleh bergerak dalam kawasan tertentu sahaja.
Pemain tidak dibenarkan melampaui kawasan yang telah ditetapkan sama
ada dengan bola ataupun tanpa bola. Pelanggaran peraturan ini
menjadikan pemain itu berkeadaan ofsaid.
Lontaran Penalti
Sekiranya pemain melakukan kesalahan-kesalahan seperti bermain secara
kasar, mengau melonjak pemain lawan, lontaran penalti akan diberikan
kepada pihak lawan. Pemain yang melakukan kesalahan dikehendaki
berdiri ditepi. Pemain tersebut boleh bermain semula hanya selepas bola
dilontar atau dimainkaan semula.

Rajah 1: kesalahan melebihi kawasan: bola dihantar satu pertiga kawasan


permainan tanpa disentuh oleh mana-mana pemain lain.
a) Melanggar

Pemain dilarang melanggar pemain lawan. Lontaran penalty akan


diberikan kepada pihak lawan walaupun melanggar secara tidak sengaja.
b) Menghalang
Kamu tidak dibenarkan menghalang pemain lawan membuat lontaran atau
menangkap bola. Jika pemain lawan memegang bola, kamu hanya
dibenarkkan berdiri dalam jarak 0.9 meter di hadapannya. Pada jarak ini
kamu boleh mendepakan tangan. Pemain boleh berdiri pada jarak lebih
hampir daripada 0.9 meter dengan pemain lawan tanpa bola tetapi kamu
tidak boleh mendepakan tangan.
1.3.2 Lontaran penalti ke arah gol
Jika pasukan yang bertahan melakukan kesalahan menghalang atau
melanggar pemain lawan dalam pasukan gol, pasukan penyerang akan
diberi lontaran penalti ke arah gol. Pasukan penyerang akan diberi peluang
menjaringkan bola tanpa halangan.
1.3.3 Lontaran lambung
Lontaran lambung akan dilakukan oleh pengadil dalam keadaan-keadaan
seperti yang berikut:
a) Dua orang pemain dari kedua-dua pasukan merebut bola dan pengadil
tidak dapat menentukan pemain yang menguasai bola.
b) Dua orang pemain dari kedua-dua pasukan mengeluarkan bola serentak
dari kawasan permainan.
Permainan akan diberhentikan sekiranya kejadian ini berlaku. Dua orang
pemain yang terlibat akan berdiri dalam jarak 0.9 meter antara satu sama
lain. Kedua-dua pemain akan menghadap kawasan gol masing-masing dan
kedua-dua belah tangan berada di sisi tubuh. Pengadil akan berdiri antara
kedua-dua pemain. Apabila wisel dibunyikan, bola akan dilambung ke atas
dan kedua-dua pemain melonjak untuk menangkap atau menepis bola ke
arah rakannya.

Anda mungkin juga menyukai