Anda di halaman 1dari 6

HANTARAN LANTUN

Digunakan dalam situasi tertentu Hantaran boleh dilakukan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Pegang bola dengan kemas menggunakan jari kedua-dua belah tangan. Sekiranya pemain ingin melepaskan hantaran lantun ke hadapan, kedudukan tangan mestilah di atas bahagian bola. Untuk hantaran lantun ke sisi, letakkan ibu jari di bahagian belakang bola sehingga ia hampir bertemu di tengah-tengah bola. Kuiskan pergelangan tangan dan jari-jari untuk melepaskan bola. Sasarkan bola sehingga hampir, lebih kurang satu meter dihadapan penerima. Pemain perlu memastikan penerima menerima bola pada aras pinggang atau lebih rendah. Bola yang melantun tinggi akan memudahkan pihak lawan untuk memintas. Ikut lajak dengan lengan, jari-jari dan pergelangan tangan, dan pada masa yang sama bahu kendur dan lutut dibengkokkan sedikit untuk mengekalkan keseimbangan badan. Hantaran lantunan memberikan elemen kejutan, terutama jika dilakukan dengan kedua-dua belah tangan kerana pemain boleh menyambar hantaran tersebut dengan baik. Ia sering kali digunakan di dalam serta dipersekitaran bulatan gol di mana penyerang cuba membuat helah agar bola dapat dihantar dengan selamat kepada penjaring.

DRILL 1 ( statik) Hantaran Lantun Berbentuk Kipas = arah lantunan Bola. D C B E F

CARA BERMAIN 1. Guru membahagikan enam orang murid dalam satu kumpulan. 2. Murid membuat separa bulatan seperti bentuk kipas. 3. Seorang murid akan berada dihadapan dan membuat hantaran lantun statik kepada semua ahli kumpulan. 4. A lantun kepada B, B lantun semula kepada A, dan seterusnya hingga murid terakhir melantun bola kepada A. 5. Aktiviti dilakukan berulang kali sehingga semua murid mengambil tempat A.

DRILL 2 ( dinamik) Melantun Bola Melalui Skital = arah lantunan bola

XXXXXX

XXXXXX B

CARA BERMAIN 1. Murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan kecil. 2. Murid A akan melantun bola melalui skital kepada murid B dan berlari ke barisan belakang kumpulan B. 3. Murid B juga melantun bola kepada murid A dan berlari ke barisan belakang kumpulan A. 4. Aktiviti dimulakan dengan menggunakan tangan kanan dan ulang aktiviti yang sama dengan tangan kiri.

DRILL 3 ( dinamik ) Hantaran Lantun Segi Tiga X X = arah lantunan C bola.

X X A

B X X

CARA BERMAIN 1. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan dan membuat bentuk segi tiga iaitu A, B dan C.
2. Murid A melantun bola melalui skital, dan berlari ke barisan belakang

kumpulan B. 3. Murid B yang menerima bola dari murid A akan melantun bola kepada murid C dan berlari ke barisan belakang kumpulan C. 4. Murid C pula melantun bola kepada murid A dan berlari ke barisan belakang murid A. 5. Aktiviti ini dimulakan dengan tangan kanan dan ulang aktiviti yang sama dengan tangan kiri.

DRILL 4 ( dinamik ) Melantun Bola Dalam Bulatan

= arah lantunan bola.

A CARA BERMAIN

1. Murid berada dalam kumpulan berlima dan membentuk satu bulatan besar. 2. Murid A melantun bola sambil bergerak kearah murid B, B ke C, C ke E dan E ke F. 3. Apabila murid A menerima lantunan bola dari murid F, murid A akan melantun bola kepada murid F dan seterusnya.(arah bertentangan)

DISEDIAKAN OLEH, NURUL AIN AZMI

Anda mungkin juga menyukai