Anda di halaman 1dari 26

KOMPAS 2017

KOMPAS (ORIENTEERING)

1. Pengenalan

1.1 Definisi kompas

- Kompas ialah alat pengemudian


yang digunakan untuk mencari arah tuju.
- Mengandungi jarum magnetik berwarna merah/hitam
- Diukur dalam kiraan darjah atau mil.
- Kompas adalah elemen bantu kedua terpenting dalam sukan orienteering

1.2 Tujuan
Tujuan kompas digunakan adalah untuk:
a. Melaraskan peta.
b. Membantu dalam navigasi
c. Menentukan kedudukan
d. Membuat peta.
e. Mengukur jarak di atas peta.

1.3 Pelaksanaan / Aktiviti

1.3.1 Pengenalan peralatan:


i) Jenis-jenis Kompas
Kompas terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk.
Jenis-jenis kompas adalah seperti :
ii) kompas tentera Military compass (prismatic & lensatic)
iii) kompas orienteering. Orienteering compass (baseplate &
thumb)
iv) kompas lautan. Marine compass.
v) Kompas kiblat Prayer compass

1
KOMPAS 2017
vi) Kompas digital. Digital compass

II Bahagian-bahagian kompas

1.3.2 Pengurusan Peralatan


I Cara-cara Melaras kompas
i) letakkan kompas di tapak tangan separas dada dengan petunjuk
arah pergerakan menghadap ke hadapan
ii) laraskan perumah kompas sehingga jarum kompas masuk ke
rumahnya dengan petunjuk arah pergerakan yang menghala
kehadapan . Bacaan tersebut merupakan arah bearing yang sebenar.

2
KOMPAS 2017

II Cara-cara menentukan arah kiblat.


i) Laraskan kompas 298 .
ii) Gerakkan arah kompas sehingga jarum merah masuk ke dalam
perumahnya. Maka arah yang ditunjukan oleh petunjuk arah
pergerakan adalah arah kiblat yang dicari.

1.3.3 Mengenal Arah Mata Angin


Terdapat 8 arah mata angin yang biasa digunakan iaitu, Utara,
Timur, Barat, Selatan, Timur Laut, Tenggara, Barat Daya dan Barat
Laut.

a. Penunjuk Arah Utara


i) Utara sebenar
Utara sebenar bermaksud arah sebenar ke kutub Utara

ii) Utara magnetik

3
KOMPAS 2017
Utara magnetik bermaksud arah yang ditunjukkan oleh
jarum magnetik

iii) Utara Grid


Utara grid bermaksud garisan lurus yang dibuat oleh
pembuat peta sebagai asas ke arah utara

b. Bearing
i) Bearing adalah sudut yang dinyatakan dalam ukuran darjah
atau mil melalui bacaan di antara garisan pandangan
dengan arah utara benar.
ii) Bearing dibuat mengikut arah pusingan jam.

2. Aktiviti
2.1 Aktiviti berkaitan
I Praktikal mencari bearing :
Guru menentukan beberapa bearing yang perlu ahli kadet cari .
Contohnya : 1) mencari bearing : a. 100
b. 240
c. 380
II Latihan di kawasan sekolah
i) Guru menyediakan peta lakaran sekolah.
ii) Pelajar perlu memahami peta lakaran tersebut dan mencari
petunjuk.
iii) Pelajar mencari bearing yang telah ditentukan oleh guru
mereka.
2.2 Menggunakan peta
I Definisi

4
KOMPAS 2017
Peta adalah sebuah lukisan bagi gambaran bentuk muka bumi bagi
sesuatu kawasan yang dilihat dari udara. Peta juga merupakan bahan
untuk komunikasi, data dan maklumat sains bumi secara terbaik.

II Jenis-jenis peta
i. Peta topografi
ii. Peta planimetri
iii. Peta lakaran
iv. Peta imejan satelit
v. Pelan
vi. Atlas
vii. Peta khusus
III kegunaan peta
i) bank maklumat
ii) perhubungan
iii) merancang pembangunan
iv) menentukan jarak

IV Ciri-ciri peta
i) ciri yang membantu - jalan, rintis, trek dsb.
ii) Ciri yang menghalang sungai, tebing, ceruk dsb
iii) Ciri garisan saluran paiap, pagar dsb
iv) Ciri titik knol, batu tongkol, tangki air, tunggul dsb
v) Bentuk muka bumi garisan kontor

V) Butiran dalam peta


i) nama tempat / tajuk peta
ii) skala
iii) petunjuk

5
KOMPAS 2017
iv) arah utara peta
v) garisan melaras
vi) sela kontor
vii) kredit (juruukur dan kartografi)
viii) Permit dan penaja

Contoh Peta Taman Sri Keliru


2.3 Melaras kompas dengan peta :
Penggunaan kompas di dalam orienteering amat mudah , ringkas dan anda
tidak perlu mengetahui bearing pergerakan anda . Memandangkan masa
merupakan antara faktor yang penting dan ianya dipengaruhi oleh
kecekapan anda dalam memilih laluan yang terbaik, maka adalah penting
untuk mengetahui dan memahirkan diri cara penggunaan kompas yang
efektif.

6
KOMPAS 2017

3 langkah melaras peta dengan kompas:

Rajah 1
Langkah 1: - Letak
Letakkan tepi kompas pada garisan landasan dari 1 ke 2 (rujuk rajah 1)

7
KOMPAS 2017
Rajah 2.1

Rajah 2.2
Langkah 2: - Laras
Laraskan perumah kompas sehingga garisan melaras kompas selari dengan
garisan pelaras yang terdapat pada peta. (Rujuk rajah 2.1 dan rajah 2.2)

Rajah 3.1

8
KOMPAS 2017

Rajah 3.2
Langkah 3: - Pusing
Pusingkan badan anda sehingga jarum magnetik kompas masuk ke dalam
petak rumahnya. (Rujuk rajah 3.1 dan rajah 3.2)

3. Orienteering
I) Definisi Orienteering.
Orienteering ialah suatu sukan di mana peserta dengan berpandukan peta
dan kompas dikehendaki mengemudikan dirinya ke titik-titik kawalan yang di
tandakan di atas peta dan telah ditempatkan di atas muka bumi mengikut susunan
yang tertentu.

II) Tujuan Orienteering.


i) Sukan untuk semua.
ii) Meningkatkan kecergasan fizikal mental dan daya tumpuan.
iii) Memberi cabaran dan keseronokan.
iv) Membina keyakinan diri dan sikap positif.
v) Persekitaran yang sihat.
vi) Meningkatkan kemahian membaca peta dan kompas.
vii) Memupuk sifat keberanian dan ketenangan di dalam keadaan cemas.

9
KOMPAS 2017

3.2 Terminologi dan peralatan


I Titik kawalan
i) suatu kedudukan yang tetap yang perlu dilawati oleh peserta
ii) berbentuk semula jadi seperti puncak bukit, batu atau busut
iii) buatan manusia seperti bangunan, pagar, tangki air (tidak
berubah-ubah
II Penanda kawalan
i) suatu objek yang diperbuat dari kain berwarna putih/ oren yang
akan diletakkan pada titik kawalan
ii) mempunyai kod nombor tersendiri atau puncher yang tersendiri
iii) diletakkan dalam lingkungan10 meter
iv) mempunyai 3 saiz iaitu 30 cm x 30 cm, 15cm x 15cm
dan 6 cm x 6 cm
III Kad kawalan
i) sekeping kertas yang mengandungi butiran nama, tarikh, landasan,
masa mula/ tamat dan petak-petak untuk menebuk.
ii) kad kawalan sebagai bukti pengesahan anda sampai ke titik
kawalan
iii) teknologi baru, e-card menggantikan kad kawalan

IV Landasan
i) sekumpulan titik-titik kawalan yang akan dilawati oleh peserta
mengikut susunan tertentu
ii) mempunyai simbol maklumat, tempat mula/tamat, kemudahan
yang disediakan dan nombor titik-titik kawalan

10
KOMPAS 2017

V Peta utama
i) Peta yang menunjukkan landasan yang akan digunakan oleh
peserta. Landasan tersebut perlu disalin ke atas peta sebaik sahaja
peserta tiba untuk memulakan acara.
ii) Sekeping peta yang mempunyai landasan yang disediakan oleh
pihak penganjur. Landasan ini akan disalin oleh peserta di garisan
permulaan.
iii) Masa dikira bermula dari anda menyalin peta.
iv) Elakkan daripada kesilapan semasa menyalin.

VI Keterangan kawalan
i) sekeping kertas yang mengandungi senarai titik-titik kawalan bagi
sesuatu landasan dalam bentuk simbol.
ii) Mengandungi siri nombor, kod jarak, arah, ketinggian dan
kedudukan titik kawalan.

11
KOMPAS 2017

3.3 Aplikasi
3.3.1 Pengurusan Acara
Aspek yang penting dalam penyelenggaraan sukan orientering akan
berjaya adalah susunan tempat yang sesuai di samping peranan yang
dimainkan oleh perancang landasan. Pengetahuan yang luas dalam sukan
orienteering, penyediaan tempat dan kesediaan untuk mengendalikan acara
akan menentukan kejayaan sukan ini. Pengurusan acara yang baik akan
mengelakkan kebimbangan serta boleh memberikan keseronokan kepada
peserta yang bertanding.
I Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah:-
i) Pemilihan tempat
Mempunyai peta kawasan berskala 1:5000, 1:10,000
atau 1:15000.
Kawasan yang tidak terlalu berbukit dan tidak terlalu
mendatar.
Mempunyai pelbagai ciri yang membantu atau
menghalang.
Kawasan yang mudah untuk berlari seperti
ladang kelapa sawit.
Tidak mempunyai terlalu banyak pembangunan.
Ada kemudahan pengangkutan.
Kebenaran menggunakan kawasan.
iii) Perancang landasan

12
KOMPAS 2017
Orang yang berpengalaman luas dalam orienteering dan
tahu tentang selok belok kawasan berkenaan.
Landasan yang sesuai dan menyeronokkan.
Selamat dan tidak menyusahkan
Kedudukan yang tepat.
iii) Kedudukan Penanda Kawalan
Mudah dicari
Selamat dari sebarang gangguan

iv) Pemilihan Laluan


Mempunyai laluan alternatif
Tidak terlalu rumit atau menyusahkan.

II Peranan dan Tugas


i) Pengarah projek
Menentukan kelancaran perjalanan projek sama ada dari segi
perancangan dan pelaksanaan.
Membuat keputusan.
ii) Perancang landasan
Menentukan kedudukan titik-titik kawalan yang terdapat di
atas peta
Melakukan tinjauan tempat di lokasi yang sebenar
Memastikan kesesuaian kedudukan titik kawalan dan tiada
penghalang bagi sebuah landasan.
Menentukan jarak landasan
Membuat master kad kawalan
Menyediakan keterangan kawalan.
iii) Setter & vetter
Menyusun semua penanda kawalan yang akan digunakan
mengikut urutan tertentu

13
KOMPAS 2017
Memasang penanda kawalan sebelum pertandingan bermula
Bersedia semaasa pertandingan jika berlaku kehilangan atau
kerosakan penanda kawalan
Mengutip semula penanda kawalan setelah tamat pertandingan
iv) Pegawai-pegawai teknikal
Pendaftaran / tempat permulaan untuk menguruskan masa
permulaan
Pelepas- untuk melepaskan peserta mengikut masa.
Penjaga lorong menyedia dan menjaga lorong semasa
pertandingan.
Penamat mencatat masa tamat bagi semua peserta.
Runner untuk membantu petugas bergerak bila diperlukan
Pengira markah bertindak sebagai hakim pertandingan
v) Panel hakim / juri rayuan
Menerima sebarang bantahan yang berkaitan.
Membuat keputusan muktamad
III Alatan dan keperluan acara
i) alatan utama
peta utama
peta
penanda kawalan
kad kawalan
kompas orienteering
ii) tempat permulaan
meja/ kerusi pendaftaran
lorong-lorong mengikut kategori.
Jam digital- (00:00:00)
Alat tulis ball pen merah, pembaris.
Beg plastik
P.A. System, Loud-hailer
14
KOMPAS 2017
Banner MULA
Nombor peserta
Air horn, wisel, stapler, Masking tape

Rajah 4
iii) Tempat penamat
meja/ kerusi pendaftaran
15
KOMPAS 2017
lorong-lorong mengikut kategori
jam digital- (00:00:00)
minuman
alat bantu kecemasan
kalkulator, stapler
hadiah pertandingan (jika perlu)
iv) Lain-lain persediaan
Borang keputusan
Syarat & peraturan
Check-list peserta
iv) Susun letak dan persediaan padang
( sila rujuk rajah 4)

IV Persediaan Teknikal
i) Pelantikan dan pembahagian petugas acara
Pengarah projek
Perancang landasan
Setter
Pendaftaran mula
Pelepas
Runner
Pencatat masa / penamat
Pengira masa / markah
Panel hakim / juri rayuan
Bantuan kecemasan
ii) Merancang landasan
Penyediaan peta kawasan
Menentukan titik-titik kawalan
Meninjau lokasi titik kawalan
Menyediakan keterangan kawalan
16
KOMPAS 2017
Menentukan tempat permulaan dan penemat
Mengukur jarak
Penyediaan peta utama
iii) Menyusun penanda kawalan
Susun kod kawalan mengikut siri
Membuat master kad kawalan
Menyediakan peta untuk setter
Memasang penanda kawalan
iv) Menetapkan masa berlepas
Pengedaran kad kawalan untuk diisi untuk peserta
Masukkan masa mula / nombor siri
Memisahkan kad kawalan
v) Pelepasan peserta
Taklimat akhir
Persiapan padang
Panggilan ke garisan permulaan
Edaran peta dan kompas
Pra-masa mula
vi) Pengiraan masa / markah
Mencatat masa tamat
Mengira masa / markah
Membuat semakan `check-list peserta
v) Penentuan pemenang
Memilih peserta terbaik untuk menjadi pemenang
Classic-O peserta yang paling pantas masanya
Score-O peserta yang paling tinggi markahnya dalam tempoh
masa

V Taklimat Am dan Arahan

17
KOMPAS 2017
Peserta yang menyertai acara / pertandingan hendaklah diberikan taklimat awal
merangkumi perkara berikut:-
Peraturan-peraturan pertandingan
Had masa yang ditetapkan
Kawasan-kawasan larangan jika ada
Keselamatan diri peserta
Kehilangan kad / peta semasa pertandingan
Kerosakan dan kehilangan penanda kawalan
Pelan kecederaan
Pelan sesat
DNF (Did not finish)
Hujan

Dalam acara orienteering, peserta akan dilepaskan seorang demi seorang


mengikut selang masa yang ditentukan semasa pendaftaran. Selang masa
boleh ditentukan mengikut kesesuaian berdasarkan kepada jumlah
penyertaan dalam acara berkenaan.

Nota - Sila rujuk lampiran 1 untuk contoh pelaksanaan aktiviti


orienteering di sekolah.

18
KOMPAS 2017

LAMPIRAN 1.
CONTOH PELAKSANAAN AKTIVITI ORIENTEERING

Tarikh : 08/11/2006
Masa : 8.30 pagi 10.30 pagi
Lokasi : SMK Seri Selayang
Nama Guru / Jurulatih : Kapt. Hanafiah b.Baharudin (ketua)
6 guru pemimpin KRS
8 pembantu jurulatih (di kalangan pelajar)
Bilangan ahli kadet : 30 peserta
Tajuk : Orienteering
Kemahiran : Mencari bearing.
Objektif : Pada akhir P&P kadet dapat :
1. Menyebut definisi bearing dengan betul.
2. Membina landasan orienteering.
3. Mencari check point yang diberikan dengan betul.
Nilai murni : Semangat kerjasama dikalangan ahli kadet
Pengetahuan sedia ada : Kadet mengetahui kaedah penggunaan kompas
dengan baik.
Alatan : Kompas, pen, kad, pelan kawasan sekolah, puncher (jika ada),
penanda kawalan dan jam randik.
Nota : Puncher dan penanda kawalan boleh disesuaikan dengan alatan lain
yang mudah didapati.

Aktiviti : Langkah 1 (Sebelum aktiviti)


1. Membuat tinjauan kawasan.
2. Mengenalpasti pusat kawalan/tempat berkumpul.
3. Taklimat awal tentang pelaksanaan aktiviti yang akan dijalankan.
4. Mengambil langkah-langkah keselamatan contoh peti pertolongan
cemas yang lengkap.

19
KOMPAS 2017
5. Pastikan alatan mencukupi.
Langkah 2 (Semasa aktiviti)
1. Ketua kumpulan melapor kepada jurulatih yang bertugas.
2. Membaca surah al-fatihah dan doa.
3. Pembahagian kumpulan kecil dan taklimat ringkas
4. Pembahagian tugasan.
5. Peserta dilepaskan mengikut masa.
6. Peserta menamatkan tugasan/mengambil catatan masa

Langkah 3 (selepas aktiviti)


1. Jurulatih memberi ulasan tentang aktiviti yang dijalankan sebentar
tadi.
2. Memastikan bilangan kadet mencukupi dan tiada kecederaan. (jika
ada, ambil tindakan yang bersesuaian).
3. Memastikan alatan mencukupi dan disimpan dengan baik.
4. Penutup ........diakhiri dengan tasbih kaffarah dan surah al-`asr

CONTOH PELAN KAWASAN SEKOLAH SMK SERI SELAYANG

U
CP4

Tangki air

Pokok Sertang

CP5
CP
Surau

CP2

Kantin

20
KOMPAS 2017
Pondok jaga

21
KOMPAS 2017

Contoh Keputusan

LAMPIRAN 1
KEPUTUSAN PERTANDINGAN ORIENTEERING
ACARA : SCORE ORIENTEERING
KATEGORI: PEREMPUAN.

TAMAN PERTANIAN, BUKIT CAHAYA, SRI ALAM.

KEPUTUSAN OREINTEERING BERTARIKH 2 OKT 2004


MASA MASA TEMPO
BIL NAMA PESERTA KAT TAMAT MULA H MASA SCORE G/B KED
1. FATIMAH BT RAMLI P 3:30 4:26:06 0:56:06 535 G
2. NUR MARDHIAH HAYATI AINILLAH P 3:34 4:46:45 1:02:45 745 G
3. AZIZAH BT IDRIS @ OTHMAN P 3:36 4:30:19 0:54:19 715 G
4. ZURAIHAN BT SAHARUDIN P 3:38 4:31:40 0:53:40 580 G
5. ROSMINAH BT MUSLIMAN P 3:40 4:31:06 0:51:06 260 G
6. NOR FAZLINDA BT HAMDAN P 3:42 4:33:33 0:51:33 460 G
7. JAMILAH BT MD ZAIN P 3:44 4:47:10 1:03:10 730 G
8. NOORNADIA BT JAAFAR P 4:04 4:59:41 0:55:41 700 G
1) SHAHRULRIZAN B ZAINAL ABIDIN L 3:32 4:50:09 1:08:09 655 G
2) SHARUL NIZAM B ABU JUHARI L 3:36 4:25:20 0:49:20 490 G
3) MOHD IZZUDDIN B YOOP L 3:39 4:25:20 0:27:20 550 G
4) MUZISHAM HALIMY L 3:40 4:29:21 0:49:21 890 G
5) MUHAMMAD ASIFF B ROMLI L 3:50 4:33:19 0:23:19 550 G
6) MUHD HAFIZULNIZAM L 35:57:00 4:14 4:49:57 1000 G
7) M. SHAHRIDUWAN L 4:19:00 4:58:50 0:39:50 1000 G

22
KOMPAS 2017

LAMPIRAN 2
KEPUTUSAN PERTANDINGAN ORIENTEERING
ACARA : KLASIK
KATEGORI: PEREMPUAN.

TAMAN PERTANIAN, BUKIT CAHAYA, SRI ALAM.

BIL NAMA PESERTA KAT MASA TAMAT MASA MULA TEMPOH MASA G/B KED

1 NORHAYATI EMBONG P 10:33:43 9:32:00 1:01:43 G 1

2 RABITAH MOHD MOKHTAR P 10:33:46 9:26:00 1:07:46 G 2

3 ROZITA MANJA BT MANSOR P 10:29:20 9:12:00 1:17:20 G 3

4 NOOR AINA BT ISMAIL P 10:29:16 9:08:00 1:21:16 G 4

5 FARIDAH BT ABDUL RAHMAN P 10:31:10 9:04:00 1:27:10 G 5


WAN MAIMON BT MOHD
6 YASSIN P 11:33:28 9:34:00 1:59:28 G 6

7 HARJIT KAUR P 11:37:59 9:30:00 2:07:59 G 7

8 LAW BEE HUI P 11:33:25 9:22:00 2:11:25 G 8

9 TUNG MEEI JIUN P 11:33:20 9:18:00 2:15:20 G 9

10 JAMILAH BT MOHD DAUD P 11:35:12 9:14:00 2:21:12 G 10

11 SUMIAH BT SAMSI P 11:38:02 9:00:00 2:38:02 G 11

23
KOMPAS 2017

CONTOH SEMASA AKTIVITI ORIENTEERING

GPRS teknologi terkini

Cara mencari bearing

24
KOMPAS 2017

CADANGAN PEMBAHAGIAN AKTIVITI ORIENTEERING MENGIKUT TAHAP

SEKOLAH RENDAH
TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6
1. Pengenalan 1. Bahagian Kompas Orienteering - Praktikal cari bearing
-Definisi - Cara-cara melaras kompas - Latihan kawasan sekolah / peta
-Tujuan
-Peralatan
-Lukisan

SEKOLAH MENENGAH
TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5
1. Pengenalan 2. Bahagian Kompas - Praktikal cari - Praktikal - Mengelola
-Definisi Orienteering bearing - Ulangkaji pertandingan

25
KOMPAS 2017

-Tujuan - Cara-cara melaras - Latihan kawasan Tingkatan 3


-Peralatan kompas sekolah / peta - Pertandingan
-Lukisan - Borang Pandu Arah
-Cara tentu arah kiblat
- Arah mata angin

26

Anda mungkin juga menyukai