Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Hoki merupakan antara permainan yang popular di seluruh dunia. Permainan ini mula dikenali
di peringkat antarabangsa sekitar tahun 1890-an dan telah menjadi satu sukan demonstrasi di
sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris. Sukan Hoki telah dipertandingkan di sukan Olimpik
secara tetap sejak tahun 1928 yang diadakan di Amsterdam. Kini selepas 100 tahun permainan
hoki diperkenalkan sebagai satu permainan antarabangsa, terdapat banyak perubahan dalam
peraturan, gaya permainan, alatan dan permukaan permainan hoki itu sendiri. Permainan itu
semakin popular tanpa menukar bentuk asal atau ciri permainannya. Pada masa kini, lebih
kurang 112 buah negara memainkan permainan ini.

Kemahiran asas permainan Hoki

1. Tips asas memegang kayu hoki

a) Tepuk, permukaan ‘V’ tangan haruslah selari dengan permukaan bucu kayu hoki. Ia
digunakan untuk teknik pukul iaitu ‘hitting’ dan ‘slapping’.

b) Jam tangan, permukaan ‘V’ tangan selari dengan permukaan belakang kayu. Ia digunakan
untuk teknik menggelecek iaitu ‘Dribbling’.

c) Kuali, permukaan tangan ‘V’ selari dengan permukaan rata hadapan kayu. Ia digunakan
untuk teknik ‘Reverse Stick’, ‘3D Skills’.
2. Kemahiran asas memukul bola hoki

Tips ketika memukul bola hoki :

 Bola selari di hadapan kaki kiri


 Genggaman tangan kiri&kanan rapat
 Hayunan dari belakang
 Mata fokus kepada bola
 Pemindahan berat badan dari kaki kanan ke kiri
 Hayunan akhir mengikut lajak
 Bagi“reverse” guna sebelah yang bertentangan

Jenis-jenis pukulan dalam sukan Hoki:

a) Pukulan genggaman ‘Long Grip’

b) Pukulan genggaman ‘Short Grip’

c) Pukulan ‘Slap’

d) Pukulan ‘High Reverse’


e) Pukulan ‘Low Reverse’

3. kemahiran menahan bola

Tips ketika menahan bola:

1. Tangan kiri di hujung kayu,siku dan pergelangan tangan menghala ke hadapan.

2. Tangan kanan sedikit rendah,pergelangan tangan kanan bersedia untuk'kusyen'bola.

3. Mata fokus hanya kepada bola.

4. Kayu hoki mengikut arah bola untuk menahan dengan tepat.

5. Kepala kayu berada di turf berhampiran kaki kanan.

6. Badan menghadap arah bola dan membongkok ke hadapan serta lutut dibengkokkan sedikit.

7. Tangan kanan 'kusyen' bola apabila ia bersentuh dengan kepala kayu.

“ Bagi menahan bola “Reverse” guna sebelah bertentangan,dan kayu menunggu lebih ke kiri.
Teknik menahan bola:

a) Forehand

b) Reverse

c) Menahan bola lantun ‘Forehand’

d) Menahan bola lantun ‘reverse’

e) Overhead

f) Leading Forehand

g) Leading reverse
4. Kemahiran Menolak bola

Teknik menolak bola:

a) Tolakan

Penekanan-

1. Tangan kiri memegang hujung atas kayu, sementara kedudukan tangan kanan adalah lebih
rendah. Kayu digenggam erat untuk kemahiran ini.

2. Bahu kiri menghala ke arah halatuju bola. Kedudukan kaki adalah lebih kurang luas bahu
untuk memberi keseimbangan.

3. Lutut dan badan dibengkokkan sedikit supaya kayu dapat diletak hampir dengan bola.

4. Kedudukan bola adalah dihadapan kaki kanan.

5. Mata sentiasa fokus kepada bola.

6. Bola ditolak dengan tangan kanan sambil tangan kiri menarik sedikit ke belakang.

7. Pergerakan kayu mengikut hala tuju bola. Penting supaya kayu menyentuh bola seberapa
lama yang mungkin.
8. Berat badan dipindahkan dari kaki kanan ke kaki kiri.

9. Ikut lajak adalah selari dengan halatuju bola.

b) Overhead

Penekanan-

1. Sama seperti kemahiran menolak, tetapi posisi awal kayu dan kedudukan badan adalah lebih
rendah.

2. Kepala kayu cuba dimasukkan ke bawah bola supaya lebih mudah untuk kuis bola keatas

3. Halatuju bola dan ikut lajak adalah sedikit keatas.

c) Drag Push

Penekanan-

1. Posisi awal dan akhir kayu dan badan adalah sama seperti menolak

2. Tetapi bagi drag, perlu membawa bola dua atau tiga langkah sebelum melepaskan tolakan.
la memberikan lebih masa untuk memecutkan bola sebelum ia dilepaskan.

Anda mungkin juga menyukai