Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PENYERTAAN KEJOHANAN
BOLA BALING
MSS SABAH
2019

TARIKH : 5 MAC 2019 – 11 MAC 2019

HARI : SELASA - ISNIN

TEMPAT : DEWAN DATUK SALLEH SULONG, PAPAR

ANJURAN : MSS SABAH


1.0 PENGENALAN
Bola Baling merupakan salah satu jenis sukan yang berpotensi untuk
dibangunkan sebagai sukan teras negara. Namun, negara kita agak
ketandusan bakat muda bagi sukan ini. Menyedari akan hakikat ini, Kelab Bola
Baling bersama Unit Kokurikulum SK KG Simunul telah mengambil inisiatif
untuk mencungkil bakat-bakat muda dengan meLIbatkan diri dalam
Pertandingan Bola Baling MSS Tenggara 2019. Hal ini berkesinambungan
daripada matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan
sempurna supaya dapat menjadi warga negara Malaysia yang seimbang
daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dengan perkataan
lain, Kejohanan Pertandingan Bola Baling ini dapat memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan seimbang.

2.0 RASIONAL

Penglibatan pertandingan ini diadakan untuk menyediakan murid-murid


supaya mendapat pengalaman dan ilmu pengetahuan terutamanya dalam
permainan bola baling. Melalui penganjuran ini, para guru pelatih dapat
memperkayakan diri dengan perkongsian ilmu dan kemahiran dalam
meningkatkan sahsiah dan etika sukan. Justeru, penyertaan ini adalah
bertujuan untuk menjadikan murid lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai
cabaran dan rintangan baru pada masa akan dating disamping mengharumkan
nama sekolah diperingkat daerah.
3.0 MATLAMAT

Matlamat bagi penyertaan pertandingan ini ialah bagi memenuhi


kehendak takwim kokurikulum daerah dalam usaha untuk melahirkan bakal-
bakal pemain yang baik dan kemenjadian murid yang berjaya.

4.0 OBJEKTIF

Selepas mengikuti pertandingan ini, murid dan pemain akan dapat:

4.1 Menambah pengalaman dalam penglibatan sukan peringkat Negeri.

4.2 Mengembangkan sahsiah dan potensi diri melalui sukan.

4.3 Menaikkan nama sekolah diperingkat Negeri.

4.4 Menyediakan pasukan pelapis di masa akan datang.

5.0 TARIKH DAN MASA

5.1 Tarikh : 5 Mac 2019 – 11 Mac 2019


5.2 Hari : Selasa hingga Isnin
5.3 Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
5.4 Tempat : Dewan Datuk Salleh Sulong, Papar.
5.5 Anjuran : MSS SABAH
5.6 Bentuk Pertandingan : Liga - kalah mati
6.0 PENYERTAAN
Sekolah akan menghantar 3 orang lelaki bawah 12 dan 1 orang guru
pengiring. Berikut adalah nama pelajar dan guru terlibat.

SENARAI PELAJAR
BIL NAMA NO KAD PENGENALAN
1 MUHD ZAIMI BIN ABDULLAH 070222-12-1611
2 SYA’ADI TAWAKAL BIN ARMANSHAH 070623-12-0943
3 ABDUL ZAIDI BIN SAIDIL 071008-12-1607

NAMA GURU PENGIRING


BIL NAMA TUGAS
PENGURUS PASUKAN
1. CHOK LEI FONG
L12 DAERAH

7.0 KEWANGAN
7.1 ANGGARAN PEMBELANJAAN

PERKARA KUANTITI JUMLAH


MAKANAN PEMAIN RM20 x 3 ORANG x 7 HARI RM 420.00
YURAN
RM 150 x 3 ORANG RM 450.00
PENGINAPAN
JUMLAH RM 870.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 870.00 SAHAJA


8.0 PENUTUP
Semoga apa yang dirancangkan akan dapat direalisasikan dengan
menepati segala objektif yang digariskan dan seterusnya dapat memberikan
pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid dengan penglibatan sukan
peringkat daerah. Diharapkan agar segala aktiviti yang telah dirancang dapat
dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga
pertandingan bola baling ini juga dapat memberi manfaat dan pengalaman
kepada murid-murid tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam
melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan luas.

Disediakan Oleh : Diluluskan Oleh :

……………………………………………………………….. ………………………………………….
(CHOK LEI FONG)
USTAZ HASSAN BIN MAT
PENGURUS PASUKAN
GURU BESAR
KELAB BOLA BALING,
SEKOLAH KEBANGSAAN BANGAU-
SK BANGAU-BANGAU, SEMPORNA BANGAU

Anda mungkin juga menyukai