Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

INTEGRASI
KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KEM TERENDAK 2
KEM TERENDAK , 76200 MELAKA
No.Tel: 06-3572052 . FAX: 06-3572898
Email : skkt2melaka@yahoo.com

KERTAS KERJA
PROGRAM PENGURUSAN WANG SAKU
DI PASARAYA MYDIN
TAHUN 2018

ANJURAN :
KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN
SK KEM TERENDAK 2

TARIKH :

10 JULAI 2018
(SELASA )

PROGRAM PENGURUSAN WANG SAKU DI MYDIN MELAKA

1
1.0 PENDAHULUAN

Pembelajaran berlaku apabila ransangan yang diproses oleh otak individu menjadi
pengalaman. Pembelajaran juga membawa maksud sebagai satu proses memperolehi ilmu
pengetahuan, kemahiran sikap dan nilai yang baru secara berterusan yang mengakibatkan
perubahan tingkah laku individu.

Program membeli belah merupakan satu aktiviti untuk membawa murid ke tempat
awam bagi tujuan pendedahan minda dan memantapkan proses pembelajaran ke arah skop
yang lebih luas. Sepanjang program ini, murid akan didedahkan dengan pengetahuan dan
pengalaman sosial semasa urusan jual beli dijalankan. Program ini bertujuan untuk melatih,
mendidik dan menanam kemahiran urus diri serta berdikari dalam diri murid-murid pendidikan
khas serta belajar menghadapi situasi sebenar yang akan mereka tempuhi setelah
dewasa nanti.

Program ini juga mampu memupuk sikap positif dalam kalangan murid-murid
berkeperluan khas (insan istimewa) dengan mengenepikan perasaan rendah diri, rasa cemas
dan was-was sehingga mereka berani mengatasi segala masalah dan kesulitan, akhirnya
mereka boleh berdikari. Menyedari bahawa aktiviti ini berupaya membentuk sahsiah murid-
murid berkeperluan khas, maka satu jawatankuasa telah dibentuk untuk merancang,
mengurus dan mengelola aktiviti membeli belah ini. Semoga program yang dirancang ini akan
mencapai hasrat dan objektif, selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 MATLAMAT

Aktiviti bermatlamat untuk memberikan peluang kepada murid-murid untuk menguruskan


kewangan apabila berada di sesuatu tempat membeli belah. Selain itu, aktiviti ini juga dapat
menyedarkan mereka tentang kepentingan dalam menguruskan kewangan dalam kehidupan
seharian.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Merasai pengalaman membeli belah di Pasaraya Mydin, Melaka


3.2 Mencari barangan keperluan, membayar di kaunter dan mengira sendiri kewangan
untuk membeli belah.
3.3 Lebih berkeyakinan dalam melakukan aktiviti-aktiviti membeli belah.
3.4 Mendedahkan murid untuk merasai pengalaman membeli belah di Pasaraya Mydin,
Melaka.
3.5 Menggalakkan murid mencari pengetahuan melalui kaedah inkuiri penemuan.
3.6 Mewujudkan hubungan mesra dalam kalangan pelajar dengan komuniti luar.
3.7 Menanam kemahiran berdikari dalam diri murid-murid ketika menghadapi situasi di
persekitaran luar.
3.8 Memupuk semangat kerjasama secara berpasukan dan bertanggungjawab terhadap
ahli dalam kumpulan.
3.9 Menambahkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan urusan jual beli.

4.0 SASARAN

2
Program membeli belah ini terbuka kepada semua murid Kelas Pendidikan Khas
Pembelajaran SK Kem Terendak, Melaka.

5.0 MODULAR PROGRAM PENGURUSAN WANG SAKU

MATA
PELAJARAN/ STANDARD KANDUNGAN (SK) STANDARD PEMBELAJARAN (SP)
NO.
KOMPONEN
1 BAHASA 1.1 Mendengar dan memberi respons 1.1.1 Mendengar dan memberi respons
MELAYU dalam pelbagai situasi terhadap ayat perintah

2 PENDIDIKAN 5.1 Beradab sopan dalam komunikasi 5.1.4 Menunjuk cara adab sopan dalam cara
MORAL berkomunikasi

3 PENDIDIKAN 5.1 Mematuhi dan 5.1.1 Mengamalkan kaedah persediaan diri


JASMANI mengamalkan pengurusan sebelum, semasa dan selepas
dan keselamatan melakukan aktiviti
4 BAHASA 1.1 Mendengar dan memberi 1.1.1 Mendengar dan memberi respons
MELAYU respons dalam pelbagai situasi terhadap ayat perintah

5 PENDIDIKAN 5.4 Membentuk kumpulan dan saling 5.4.3 Bekerjasama dalam kumpulan
JASMANI bekerjasama dalam kumpulan
6 PENDIDIKAN 10.1 Bersikap jujur terhadap rakan. 10.1.4 Menunjuk cara
MORAL bersikap jujur
terhadap rakan dalam pergaulan.

7 MATEMATIK 1.1 Mengenal nombor 1.1.1 Mengenal nombor


1.5 Nombor dalam kehidupan harian 1.5.2 Membilang objek di persekitaran
4.4 Menyelesaikan masalah dalam 4.4.1 Menyelesaikan masalah tambah dan
situasi harian melibatkan nilai tolak nilai wang yang melibatkan situasi
wang harian
8 KEMAHIRAN 3.2 Pengamatan penglihatan 3.2.2 Menyalin semula sesuatubentuk, huruf,
MANIPULATIF nombor, perkataan atau ayat.

9 BAHASA 1.3 Participate in daily conversation 1.3.1 Listen and participate appropriately in
INGGERIS daily conversation in a variety of
contexts:
(i) exchange greetings
10 BAHASA 1.1 Mendengar dan memberi 1.1.1 Mendengar dan memberi
MELAYU respons dalam pelbagai situasi respons terhadap ayat
perintah.

** RPH MODULAR PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR – rujuk Lampiran 4

6.0 BUTIRAN LAWATAN (CONTOH)

Jangkamasa Aktiviti : 1 hari


Tarikh Aktiviti : 10 Julai 2018
Hari Aktiviti : Selasa
Bilangan murid : 20 orang
Bilangan guru dan PPM : 15 orang
Bilangan Ahli Keluarga : 6
Jumlah : 41 orang
7.0 AHLI JAWATANKUASA (CONTOH)

Pengerusi : Pn Janna Bt Daud (Guru Besar)

3
Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Siti Hamidah Bt Selamat (GPK PK)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Veronica De Mello (GPK 1)
Naib Pengerusi 3 : Pn Almiah pakiah binti Hj. Jusoh (GPK HEM)
Naib Pengerusi 4 : Pn Norhamizah Bt Daud (GPK KOKU)
Penyelaras Program : En Rahimin bin Ibrahim
Penolong Penyelaras : En Ahmad Yunus bin Selim
Setiausaha Program : Pn Norainie Bt Abu Bakar
Naib Setiausaha : Pn Nurul Huda Bt Saat
Bendahari : Cik Nur Natijah Zaihariahmah Bt Zainurrashid

Jawatankuasa :

Makanan : Pn Amirah Bt Abdul Rahman


Pn Nurul Huda Bt Saat
Penajaan : Pn. Siti Zairin binti Hj. Ismail
Pn Saniah binti Abd Rahim
Pengangkutan : En. Mahathir bin Mohamad
Kebajikan : Cik Nur Natijah Zaihariahmah binti Zainurrashid
Dokumentasi : En Mahathir bin Mohamad
Pn Norhaniza binti Kamarudin

8.0 TENTATIF PROGRAM

Lihat Borang BP57

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Lihat Borang BP57, Lampiran 2

10.0 SENARAI NAMA GURU DAN MURID

Lihat Borang BP57, Lampiran 3

11.0 PENUTUP

Mudah-mudahan usaha kami yang murni untuk memberikan pengalaman baru serta
membina sahsiah diri murid-murid pendidikan khas dalam program ini akan terlaksana
dengan jayanya. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat sangat diharapkan. Sekian,
terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disokong oleh,

………………………………… ……………………………………. ………………………


(SETIAUSAHA PROGRAM) (GPK PENDIDIKAN KHAS) (GURU BESAR)

Anda mungkin juga menyukai