Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUATAN KEK DAN PASTRI

Butiran Aktiviti

TAJUK : Program Kemahiran Pembuatan Kek dan Pastri

TETAMU KEHORMAT : PN.HABSAH YUSOF

TARIKH : 27 Januari 2018 (SABTU)

TEMPAT : Rumah Aktiviti Pendidikan Khas IPGKRM

ANJURAN : Persatuan Pendidikan Khas, IPGKRM

DENGAN KERJASAMA :

Pengenalan
Persatuan Pendidikan Khas IPGKRM telah mengadakan kursus pembuatan kek dan pastri
bersama Pn. Habsah Bte Yusof, pensyarah pembimbing persatuan ini untuk mengkongsikan
ilmu kemahiran membuat kek dan pastri. Program ini bertujuan untuk mengajar kemahiran
pembuatan kek dan pastri kepada guru pelatih. Hal ini kerana, kemahiran tersebut amat
penting kepada golongan guru untuk mempersiapkan diri guru pelatih untuk menjadi seorang
guru pendidikan khas. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran terhadap mahasiswa/I tentang pengetahuan yang perlu diketahui selain daripada
akademik sekaligus mengharumkan nama Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
sebagai sebuah pusat latihan yang mampu melahirkan mahasiswa berkemahiran.

Penglibatan
Seramai 22 guru pelatih dengan seorang pensyarah bimbingan menyertai program tersebut.
Program ini telah dijalankan di bawah Persatuan Pendidikan Khas. Guru pelatih dihendaki
untuk membayar RM 4 seorang bagi bahan-bahan pembuatan kek dan pastri. Penglibatan
aktif peserta ini, menjayakan kursus kemahiran tersebut.
Kejayaan aktiviti
Kursus kemahiran tersebut memberikan peluang kepada setiap guru pelatih untuk
mempelajari kemahiran pembuatan kek dan pastri. Bimbingan pensyarah, merupakan
sokongan yang amat berguna untuk menguasai ilmu kemahiran ini. Bukan sahaja guru pelatih
yang mendapat manfaat malah pensyarah bimbingan juga berpeluang untuk menghasilkan
berkongsi ilmu. Pada akhir kursus tersebut, terdapat 1 jenis kek dan 3 jenis kuih yang telah
dihasilkan. Hasil tersebut menunjukkan kejayaan kursus kemahiran batik perspek.

Impak aktiviti kepada IPG, Pensyarah, Pelajar


 Memperlihatkan kerjasama yang erat antara pelajar, pensyarah IPGKRM dalam
pembuatan kek dan pastri.
 Pelajar mendapat pengalaman dan pendidikan secara hands on tentang pengalaman
membuat kek dan pastry.
 Aktiviti yang dapat membina hubungan baik dan mendapat peluang untuk berkongsi ilmu.

Gambar berkaitan

Aktviti pembuatan kek dan pastri dilakukan dengan bimbingan pensyarah, Pn. Habsah Bte Yusof.

Hasil kek dan kuih yang telah dibuat oleh guru pelatih IPGRM.

Anda mungkin juga menyukai