Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA BENGKEL CATUR

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


SEKOLAH KEBANGSAAN BAYAN BARU

1. PENGENALAN
Bengkel catur Kelas Mawar ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran murid - murid dalam menguasai teknik-teknik permainan catur di samping menjana
minat mereka terhadap sukan ini.

2. MATLAMAT
 Untuk memberi pendedahan kepada murid tentang teknik permainan catur di samping dapat
mengisi masa lapang.

3.OBJEKTIF

 Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid dalam menguasai teknik - teknik
permainan catur.
 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang situasi perlawanan catur seperti mana
yang diadakan di luar peringkat sekolah.
 Mencungkil bakat dan minat murid bagi mencari calon mewakili sekolah.
 Membina jati diri di kalangan murid .
 Membantu meningkatkan program akademik.
 Membina sahsiah diri membentuk disiplin murid.

4. KUMPULAN SASARAN

67 orang murid Kelas Mawar


5. TARIKH PELAKSANAAN

29 September 2022 ( Khamis )

6. TEMPAT PELAKSANAAN PERTANDINGAN

Makmal Komputer Sk Bayan Baru

7. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk lampiran 1

8. SUMBER KEWANGAN

Rujuk lampiran 2

9. PENUTUP

Adalah diharapkan agar program pertandingan ini mendapat sokongan dan kerjasama
sepenuhnya daripada semua pihak yang terlibat demi mempastikan matlamat dan objektif
bengkel catur ini tercapai.
Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

Anda mungkin juga menyukai