Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK SEAFIELD Kod Sekolah: BEA8618

CIKGU NG SHWU LENG


1. Nama Guru
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN
2. Judul TINGKAH LAKU 3. Bidang: PENDIDIKAN

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6 JAM

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Keupayaan guru untuk mengurus bilik darjah dan tingkah laku murid merupakan perkara yang
penting dan kritikal untuk mencapai PdPc yang baik. Kecekapan pengurusan bilik darjah dan
tingkah laku murid yang baik juga dapat memotivasikan guru untuk terus cemerlang. Guru yang
menghadapi masalah dalam pengurusan bilik darjah dan tingkah laku seringkali dianggap gagal
dan kurang berkesan sebagi guru dan cetuskan stress dan keletihan dalam pengajaran.
Buku berjudul Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku ini mempunyai 8 topik utama
dan berjumlah sebanyak 306 muka surat yang bertujuan membantu bakal guru mencari
pendekatan mengurus bilik darjah dan tingkah laku murid apabila mereka masuk ke alam
penguruan di sekolah sebagai bahan perbincangan untuk meningkatkan keberkesanaan PdPc
seterusnya meningkatkan pencapaian pretasi akademik dan pembentukan tingkah laku murid
yang lebih bertanggunjawab dan berakhlak baik.
Antara topik yang memang merangsangkan adalah mengaplikasi 5 S (sisih, susun, sapu,
seragam dan sentiasa amal) dalam pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid. Peranan guru
dalam pengurusan bilik darjah yang mewujudkan persekitaran fizikal, persekitaran psikososial,
peraturan, rutin harian dan pentaksiran bilik darjah.
Dengan bacaan buku ini, saya juga memahami kepentingan membina hubungan positif
antara guru dan murid melalui budaya penyayang.
Pelbagai model disiplin dan aplikasi juga dapat dikongsi dalam buku ini untuk membantu
saya mengurus disiplin bilik darjah antaranya model modifikasi tingkat laku Skinner yang
menegaskan peneguhan positif diberikan kepada murid keberangkalian murid sesuatu tingkah
laku itu akan diulangi. Model disiplin Asertif Canter yang menegaskan guru yang tegas diri lebih
berkesan dalam pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid. Model Akibat Longikal Dreikurs
yang menegaskan punca salah laku murid disebabkan mereka ingin mendapat perhatian dan
status dalam kelompok , berasa dendam atau kekurangan. Model Pengurusan kelopok Kounin
yang diperkenalkan oleh Jacob Kounin yang menegaskan dalam pengurusan bilik darjah, guru
perlu bertukar pendekatan daripada mod mengawal kepada mod kolaborasi dan motivasi
semasa mengurus bilik darjah dan tingkah laku murid.
Selain daripada itu, bacaan buku ini juga banyak membantu saya dengan mengenali
pelbagai intervensi dalam menangani masalah disiplin murid melalui pelbagai kajian seperti
postoral care, bagaimana guru menangani isu-isu kontemporari seperti perkembangan
kurikulum, pengecualian sekolah, kes membuli, perkembangan emosional dan rawatan untuk
membantu murid yang bermasalah.
Buku ini juga banyak memberi pengetahuan mengenai pengurusan bilik darjah yang
menglibatkan murid berkeperluan khas seperti kes Disleksia. Murid disleksia dapat dibantu
dengan menggunakan pita rakaman bersama bahan bercetak, arahan bertulis, tutup rangsangan
visual tambahan, guna pen penanda berwarna semasa dalam PdPc. Bagi masalah Attention
Deficit Disorder (ADD) iaitu murid yang bermasalah memberi tumpuan. Mereka dapat dibantu
dengan memberi arahan jelas, bahan atau BBM visual, kekalan kontak mata semasa memberi
arahan, dan elakan rangsangan luaran dalam waktu PdpC.
Secara keseluruhan, buku ini memang memberi banyak pengetahuan untuk guru supaya
dapat mengurus bili darjah dan tingkah laku murid waktu PdPc dengan berkesan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Nilai pengetahuan dan pengajaran yang dipaparkan dalam naskah ini adalah memberi
pendedahan mengenai pendekatan-pendekatan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid
yang sesuai dijadikan bahan rujukan untuk membantu bakal guru dalam proses PdPc harian.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guku ini dapat memberi gambaran dan pengetahuan mengenai cara mengurus mengurus bilik
darjah dan tingkah laku yang berkesan dan patut diamalkan dalam organisiasi pendidikan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(Cikgu Ng Shwu Leng ) ( )

Anda mungkin juga menyukai