Anda di halaman 1dari 3

TEMPLATE KAJIAN TINDAKAN

Tajuk: Contoh:
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELUKIS CARTA PAI BERBANDING DALAM
KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM ATAS MENGGUNAKAN “MAGIC PIE”

Abstrak:

Dalam penulisan abstrak perlu dinyatakan: Tujuan Kajian, Kumpulan Sasaran, Isu
Keprihatinan/Fokus Kajian dan Pelaksanaan Kajian.

1.0 Refleksi P&P Lalu (Refleksi, muhasabah diri dan menilai kembali pengajaran yang
lalu)

Analisa keputusan peperiksaan untuk kelas xx ditatap dengan perasaan yang berbaur. Ada rasa
kecewa, marah, sedih dan seribu satu macam perasaan yang Tuhan sahaja mengetahuinya.
Hanya dua orang sahaja murid yang lulus, itu pun dengan gred 8E. Antara sebab gagal ialah
murid tidak membaca buku, tidak membuat ulangkaji, tidak ingat rumus/fakta/konsep penting
serta tidak faham kehendak soalan.

2.0 Isu Keprihatinan/Fokus Kajian (Apakah yang menjadi masalah atau isunya?)

Setelah menganalisa soalan tahun lepas, didapati bahawa item mengenai tajuk berkaitan
merupakan item wajib bagi kertas m/p tersebut. Jika murid dapat menguasai topik tersebut dan
beberapa topik lain yang mudah, peluang untuk mereka lulus adalah sangat tinggi. Masalah
utama yang dihadapi oleh murid ialah mereka gagal mengingati perkara-perkara penting dalam
tajuk tersebut.

3.0 Objektif Kajian (Pernyataan objektif kajian yang melibatkan peserta kajian perlu
mengandungi tiga perkara berikut i. Pencapaian tindakan (misalnya “menguasai,
meningkatkan….......”) ii. Fokus (misalnya, “kemahiran ...............”) dan iii. Tindakan
(misalnya, “Kaedah”)

3.1 Objektif Umum


Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam kalangan murid dengan
menggunakan Kaedah.

3.2 Objektif Khusus


i. Meningkatkan pembelajaran dalam kalangan murid dengan menggunakan Kaedah
(kepada peserta kajian).
ii. Meningkatkan amalan pedagogi guru dengan menggunakan Kaedah (kepada
pengamal).

4.0 Kumpulan Sasaran (Murid, Pelajar, Peserta Kajian)

Memerihalkan ciri-ciri peserta kajian secara terperinci merangkumi perkara berikut iaitu
bilangan, jantina, lokasi dan/atau nama sekolah dan kelas (elakkan daripada menggunakan
nama sebenar), prestasi akademik, ciri-ciri khusus kelas dan individu yang dikaji.
5.0 Pelaksanaan Kajian (Pemerhatian, Ujian, Soal Selidik)

5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian
Membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses PdPc.

5.1.2 Ujian
Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan kefahaman dan
ingatan mereka mengenai topik berkaitan. Melaksanakan kaedah tersebut. Setelah
itu, membut ujian pasca.

5.1.3 Soal Selidik


Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk
mendapatkan maklum balas berkenaan topik.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Analisis pemerhatian


Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran
didapati murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru
secara lisan. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tidak lagi
menundukkan muka apabila guru menyoal. Suasana pembelajaran lebih
memberangsangkan.

5.2.2 Analisis Ujian Pra dan Pasca


Jadual 5.1
Ujian Pra dan Pasca

Dapatan Ujian Pra dan Pasca menunjukkan terdapat peningkatan dari segi
pencapaian murid. Walaupun masih terdapat murid yang gagal tetapi tiada seorang
pun murid yang mendapat sifar berbanding dengan Ujian Pra.

5.2.3 Analisis Soal Selidik


Analisis soal selidik yang telah dijawab berdasarkan Skala Likert lima poin. Murid-
murid telah memberikan respons positif manakala guru-guru telah memberikan
komen yang membina.
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Melakukan penilaian yang menyeluruh berdasarkan analisis tinjauan masalah.
Setelah itu, menerangkan cara-cara menggunakan kaedah tersebut.

5.4 Pelaksanaan Tindakan


Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh beberapa minggu.
Memperuntukkan dua waktu PdPc untuk membimbing murid menggunakan
Kaedah ini. Murid telah menjalani Ujian Pasca. Murid juga diminta menjawab
borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang Kaedah yang
digunakan. Berdasarkan pemerhatian pula, Kaedah ini berjaya membantu murid
meningkatkan pencapaian dalam topik berkaitan.

5.5 Refleksi Kajian


Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Pasca menunjukkan peningkatan yang agak
ketara dengan menggunakan Kaedah ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
Kaedah ini banyak membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan
kefahaman terhadap apa yang telah dipelajari di samping menjadikan suasana PdPc
lebih ceria dan menyeronokkan.
6.0 Cadangan Kajian Seterusnya (Anda boleh meneruskan kajian tindakan dengan
mengambil tindakan susulan (gelungan kedua) jika anda berminat).

1. Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-


a. Mengguna pakai teknik/kaedah ini sebaik sahaja guru mengajar topik berkaitan.
b. Guru boleh menyediakan satu modul penggunaan teknik/kaedah ini dalam PdPc secara lebih
terancang/teratur.

2. Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati terdapat perubahan yang positif dari segi
amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid/pelajar/peserta kajian. Semoga hasil
kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses PdPc lebih menarik, berkesan dan
menyeronokkan.

Anda mungkin juga menyukai