Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR
NO KAD PENGENALAN
PROGRAM

: INTERNSHIP PISMP JAN 2012

NAMA SEKOLAH
NAMA PROJEK

: SPELL-IT-RIGHT

TEMPOH PELAKSANAAN

: 16 OKTOBER 2O15 (1 HARI)

1. OBJEKTIF
Murid-murid akan dapat:
1
2

Mengukuhkan sikap positif dalam pembelajaran Bahasa Inggeris.


Dapat meningkatkan penguasaan bacaan Bahasa Inggeris dari segi sebutan

dan intonasi
Dapat meningkatkan pengetahuan dari segi kemahiran Grammar dan kosa
kata Bahasa Inggeris.

2. STRATEGI PELAKSANAAN

Guru-guru pelatih berbincang dengan guru mentor untuk mendapatkan

cadangan aktiviti Spell-It-Right.

Menyiapkan kertas kerja dan memohon kebenaran daripada mentor dan

penyelaras program Tahun 6.

Menyediakan barangan keperluan seperti senarai perkataan, maksud

perkataan, borang-borang markah, peraturan dll.

Setelah segala persediaan telah disiapkan, pertandingan Spell-It Right

telah diadakan seperti yang dirancang.

Lampiran Bergambar

Murid-murid Tahun 6 berbaris

Pelaksanaan Spell-it-Right

untuk pembahagian kumpulan


dan penerangan peraturan
pertandingan.

Guru memberikan perkataan yang perlu dieja oleh murid

Peserta-peserta pusingan akhir pertandingan Spell-ItRight

3. REFLEKSI
a) Kekuatan Projek
Setelah menjalankan projek ini, terdapat banyak kekuatan atau kelebihan yang
telah saya perolehi. Antara kekuatan projek ini adalah, ini mampu membantu
saya untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan aktiviti sekolah
yang sering kali dijalankan di sekolah setiap tahun. Oleh yang demikian, program
ini telah membantu saya untuk menambah ilmu pengetahuan saya terutamanya
dalam mengendalikan sesuatu program dengan lebih baik.
Kekuatan lain bagi projek ini adalah ia dapat membantu guru-guru untuk
mencungkil bakat murid dalam mengingati sesuatu perkataan. Hal ini adalah
kerana

pertandingan

Spell-It-Right

ini

memerlukan

murid-murid

untuk

menggunakan memori ingatan mereka untuk menjawab dan mengeja perkataan


yang diberikan kepada mereka semasa pertandingan berlangsung. Selain itu,
projek ini juga mampu untuk melahirkan murid yang berani dan yakin pada diri
sendiri serta berdaya saing. Hal ini kerana, pertandingan seperti ini sudah tentu
akan memberi ruang kepada pelajar untuk menampilkan diri dan menyerlahkan

bakat mereka dalam bidang akademik secara tidak langsung akan membina
keyakinan murid tersebut.

b) Kelemahan Projek
Terdapat satu kelemahan pada projek yang telah dijalankan bersama murid tahun
6 pada 16 Oktober yang lalu.
Kelemahan yang pertama adalah mengenai senarai perkataan yang digunakan
semasa pertandingan. Senarai tersebut mengandungi lebih daripada 400 lebih
perkataan berserta maksud bagi setiap perkataan. Tetapi, ia menjadi masalah
dan kekurangan bagi projek ini kerana senarai perkataan tersebut tidak
dibahagikan mengikut tahap kesukaran. Oleh yang demikian, saya dan guru-guru
lain menghadapi sedikit kesukaran dalam pemilihan perkataan yang perlu
digunakan semasa pertandingan tersebut berlangsung.
4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan kelemahan projek yang telah dinyatakan di atas, penambahbaikan
yang perlu dijalankan adalah berkaitan dari segi penyediaan perkataan yang
diperlukan. Oleh kerana murid yang terlibat dalam pertandingan ini adalah
daripada pelbagai level, perkataan-perkataan yang dipilih perlulah di susun
mengikut susunan dari senang ke susah untuk menyesuaikan soalan perkataan
mengikut level kefahaman murid tersebut.
5. KESIMPULAN
Kesimpulannya, keseluruhan projek boleh dikatakan amat berjaya walaupun
terdapat serba sedikit kelemahan yang masih boleh dipertingkatkan lagi. Projek
ini telah banyak memberi manfaat kepada saya serta semua pelajar di sekolah ini
sama ada sebagai peserta atau pengelola. Program ini pastinya telah membuka
peluang kepada murid untuk membuka minda, dan memupuk budaya membaca
bahan bacaan Bahasa Inggeris dengan kreatif, efektif dan seronok. Tambahan
pula,

projek

ini

telah

dapat

membantu

meningkatkan

prestasi

dalam

matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah. Diharapkan penglibatan murid dapat


meningkatkan keyakinan mereka untuk memilih atau memperbanyakkan bahan
bacaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian dan secara tidak langsung
mempersiapkan mereka untuk menjadi murid yang serba boleh.

Anda mungkin juga menyukai