Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR:

1. LIM CHING YEE

2. LIM YI XIN

NAMA SEKOLAH : SJK(C) PEI HWA

NAMA PROJEK : PROGRAM TITISAN GEMILANG TAHUN


2017/KUMPULAN GALUS

TEMPOH PELAKSANAAN : 4 MINGGU

OBJEKTIF

Di akhir program ini diharapkan dapat:


1. Meminimumkan calon yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu UPSR.
2. Memberi bimbingan kepada murid tentang teknik menjawab soalan yang betul dan
menepati kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia.
3. Menyediakan murid dengan persiapan mental dan fizikal untuk menghadapi
peperiksaan UPSR
4. Membentuk peribadi murid yang berakhlak mulia dan terpuji melalui pendekatan
kerohanian dan motivas

STRATEGI PELAKSANAAN

SEBELUM PROGRAM
Dilantik oleh guru besar, Puan Lim Siok Hoon sebagai guru pembimbing Program Titisan
Gemilang Tahun 2017.
Mengenalpasti murid-murid Tahun 6 yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Membuat analisis gred pencapaian murid kumpulan galus dalam peperiksaan Bahasa
Melayu sebelum program dilaksanakan.
Menulis kertas kerja dan pembentukan ahli jawatankuasa
Menyediakan soalan-soalan format UPSR

SEMASA PROGRAM
Program dilaksanakan dengan murid dibahagikan kepada 4 kumpulan, dan setiap
kumpulan akan dibimbingi oleh seorang guru. Guru berkongsi teknik menjawab soalan
dan murid-murid akan menjawab soalan yang disediakan.

SELEPAS PROGRAM

Guru menganalisis gred pencapaian murid untuk melihat keberkesanan program tersebut.

REFLEKSI

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya seperti yang dijadualkan. Pada bahagian ini akan
menghuraikan refleksi berkaitan pelaksanaan projek secara keseluruhan dengan memberi
tumpuan terhadap aspek kekuatan dan kelemahan projek serta cadangan penambahbaikan yang
difikirkan perlu bagi memastikan projek ini memberi impak semaksimum mungkin dalam
meningkatkan kualiti pembelajaran murid.

KEKUATAN PROJEK/ AKTIVITI

Dalam aspek pengelolaan, kepimpinan sekolah telah berjaya menentukan rangka kerja yang
cekap menerusi proses penentuan kerja atau pengagihan tugas yang seimbang dalam kalangan
guru-guru. Guru-guru telah diberikan peranan dan tugas tertentu lengkap dengan garis panduan
bagimana mereka harus melaksanakan tugasan tersebut. Dengan adanya semangat
berkerjasama ini semua guru yang terlibat telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing
dan ini memberi kesan terhadap keberkesanan dalam melaksanakan program ini. Kerjasama
yang dibina telah menjadi penghubung antara satu sama lain ke arah menyatupadukan usaha
sekolah supaya mencapai matlamat yang dikehendaki. Komitmen dan kesungguhan guru-guru
dan murid-murid adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan
program ini.

Program ini juga dijalankan dengan sistematik kerana kertas kerja program ini
menyatakan dengan jelas berkaitan agihan tugas Peruntukan kewangan yang dinyatakan juga
jelas dari segi sumber dan perbelanjaan yang digunakan. Sepanjang program ini dilaksanakan,
murid telah didedahkan teknik menjawab peperiksaan UPSR bagi memantapkan pengetahuan
mereka dan persediaan menjawab kertas Peperiksaan Akhir Tahun dan Fasa Pra UPSR sebagai
persediaan UPSR tahun ini. Program ini juga telah memberi pendedahan kepada murid untuk
memahami kehendak soalan dengan betul.

KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI

Kelemahan program ini ialah semasa seorang guru sedang berbincang jawapan, terdapat murid
yang tidak dapat mengikuti rentak guru. Misalnya, terdapat murid yang lambat menyalin maksud
kosa kata walaupun guru telah meneruskan perbincanganya ke soalan seterusnya. Keadaan ini
menyebabkan terdapat murid yang tertinggal dan mereka akan bertanya-tanya rakan
sebelahnya. Keadaan ini sebenarnya telah menggangukan proses pembelajaran murid.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya mencadangkan agar guru menyediakan senarai kosa kata dan memperbanyakkan kepada
murid supaya murid tidak perlu membazirkan masa untuk menyalin. Guru juga boleh
menyediakan nota-nota yang merangkumi teknik menjawab soalan dengan contoh yang sesuai
supaya murid boleh mengulang kaji balik sebelum peperikasaan UPSR.

KESIMPULAN

Pelaksanaan program ini diharap dapat memberi manfaat kepada murid yang terlibat. Ia
seharusnya merupakan satu projek yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat menjana hasil
yang positif dan bermanfaat untuk semua yang terlibat.

Disediakan oleh,
_______________________
( )
Guru Pelatih IPG Kampus
Temenggong Ibrahim

Disemak oleh,
________________________
( )
Mentor Projek Internship 2017

Anda mungkin juga menyukai