Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR TAHUN 6

Tarikh

Hari

Tempat:

Pusat Sumber Sekolah

Objektif

:-

Antara objektif yang ingin dicapai melalui program yang dujalankan ialah :1. Mengetahui cara dan teknik yang betul untuk menjawab soalan UPSR.
2. Mengetahui topik-topik penting yang perlu diberikan tumpuan.
3. Meningkatkan pemahaman dan memperkasakan keazaman untuk kecemerlangan
diri.

Sasaran

Senarai

Semua murid Tahun 6


:

Rujuk lampiran

Strategi Pelaksanaan
i.
ii.
iii.

Motivasi
Kemahiran Belajar Berkesan
Kemahiran Teknik Menjawab Soalan UPSR

[a]

Sebelum pelaksanaan

Program Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun 6 merupakan salah


satu program hasil perancangan guru baharu dengan Unit Peperiksaan. Sebelum
melaksanakan program ini, kami telah berbincang bersama-sama dan juga berkolaborasi
bersama guru mentor dan pasukan pengurusan sekolah. Hasil perbincangan kami,
penyelaras Tahun 6 telah memanjangkan kepada Guru Besar.
Hasil daripada itu, satu perjumpaan dengan semua guru Tahun 6 telah
dilaksanakan di mana dalam perjumpaan tersebut, penerangan ringkas mengenai
perjalanan program dari segi jumlah kewangan, tentative program dan juga pengisian
program telah diberikan. Cadangan yang diberikan diterima oleh semua guru yang
terlibat dan mereka memberi sokongan yang baik terhadap program tersebut. Oleh itu,
kami berkolaborasi bersama guru mentor dan beberapa orang guru bagi mengagihkan
tugas mengikut tugasan masing-masing.

[b]

Semasa pelaksanaan

Pada 31 April dan 01 April yang lalu iaitu hari Rabu dan Khamis, Unit
Kurikulum telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun 6
dengan kerjasama guru-guru Tahun 6. Para peserta telah berkumpul dan mendaftar
pada jam 7.30 pagi. Setelah mendaftar semua peserta dan guru pengiring telah berada
di Pusat Sumber Sekolah bagi membuat persiapan.
Aktiviti yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan 4 orang pencermah
iaitu Puan Faridah Rasit (Bahasa Melayu), Cikgu Sadun Bin Matnor(Sains), Cikgu
Hasim(Matematik) dan Puan Rose Eli(Bahasa Inggeris). Mereka merupakan guru
cemerlang dalam bidang masing-masing.
Sesi teknik menjawab soalan UPSR bagi subjek Matematik telah dimulakan
dengan aktiviti menyanyikan lagu motivasi. Aktiviti ini diadakan bagi memberi
kesedaran dan meningkatkan semangat peserta untuk memantapkan persediaan mereka
bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal tiba.
Murid-murid telah dibekalkan dengan bahan edaran agar mereka dapat memberi
tumpuan yang lebih kepada isi kandungan yang akan disampaikan oleh penceramah.
Sesi ini berjalan dengan lancar. Penceramah telah memberikan banyak panduan sebagai
teknik menjawab soalan Matematik. Murid-murid juga diminta untuk tampil kehadapan
bagi menyelesaikan soalan yang diberikan berpandukan teknik menjawab soalan yang
telah dipelajari. Semua murid tahun enam memberikan tumpuan yang baik dan
menunjukkan kesungguhan yang tinggi.

Sesi teknik menjawab soalan UPSR bagi subjek Bahasa Inggeris juga berjalan
lancar. Penceramah begitu bersemangat memberikan panduan dan tips dalam menjawab
soalan bagi subjek Bahasa Inggeris. Penceramah telah memberikan tumpuan serta
bimbingan yang lebih terhadap murid yang lemah dalam menguasai subjek ini.
Aktiviti perbincangan dan soal jawab juga telah diadakan bagi memberikan ruang
kepada murid-murid untuk menyatakan masalah mereka dalam menjawab soalan.
Semua peserta memberikan sepenuh perhatian terhadap penerangan yang telah
diberikan.
Pada hari yang berikutnya, sesi teknik menjawab soalan UPSR bagi subjek
Bahasa Melayu telah dijalankan. Penceramah telah menerangkan cara dan teknik yang
betul bagi menjawab soalan Bahasa Melayu. Semua murid memberikan tumpuan yang
baik terhadap penerangan tersebut. Murid diberi peluang untuk menyalurkan idea
mereka menerusi aktiviti sumbang saran dan perbincangan. Mereka digalakkan untuk
berkongsi idea berdasarkan pengalaman dan juga pengetahuan sedia ada yang mereka
peroleh. Murid-murid menunjukkan kesungguhan mereka dalam melibatkan diri dengan
aktiviti yang dijalankan oleh penceramah.
Sesi yang terakhir adalah teknik menjawab soalan UPSR bagi subjek Sains.
Penceramah telah menekankan soalan yang sukar dikuasai murid untuk dibincangkan
secara lebih mendalam disamping menerangkan teknik yang betul untuk menjawab
soalan. Murid-murid digalakkan untuk berani mencuba menyelesaikan soalan yang
diberikan. Aktiviti perbincangan juga dijalankan bagi mewujudkan interaksi yang aktif
antara murid-murid.
Seterusnya pada hari terakhir majlis penutupan Berjaya dilaksanakan dengan
baik dan dihadiri oleh guru-guru Tahun 6 yang terlibat. Majlis bersurai tepat jam 1.30
petang.

[c]

Selepas pelaksanaan

Selepas terlaksanaannya program ini, guru-guru Tahun 6 dengan Unit


Kurikulum telah membuat refleksi terhadap program yang telah dijalankan. Refleksi ini
bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan program ini terhadap pengalaman
langsung yang telah dilalui oleh kami.

Refleksi
[a]

Kekuatan Program

Program Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun 6 telah direncanakan


bagi memberi pendedahan kepada teknik dan kemahiran menjawab soalan yang boleh
membantu kepada kecemerlangan UPSR. Program ini merupakan satu program yang
penting dan memerlukan persediaan yang rapi dan sistematik bagi memastikan
program ini Berjaya. Program ini telah melibatkan semua guru Tahun 6 yang diketuai
oleh Unit Kurikulum, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah, pihak Persatuan Ibu
Bapa dan Guru[PIBG] serta sokongan padu daripada pihak pentadbir sekolah. Program
ini merupakan satu medium di mana sekolah dapat melahirkan lebih ramai murid yang
mendapat keputusan cemerlang atau 5A dalam UPSR tahun 2015. Kesatuan yang utuh
juga dapat dieratkan antara pihak sekolah, PIBG dan juga murid-murid.

[b]

Kelemahan Program

Program ini juga tidak terkecuali daripada beberapa kelemahan. Antaranya ialah
sebelum melaksanakan program ini masalah kewangan membelengu pihak sekolah.
Namun begitu, tindakan Guru Besar dan guru-guru telah Berjaya diselesaikan.
Sepanjang program berlangsung terdapat juga sedikit kelemahan dari segi
disiplin murid. Semasa program ini dijalankan kita dapat melihat beberapa orang
murid yang tidak bersemangat semasa melaksanakan aktiviti yang dirancang. Kami
terpaksa memantau murid dari semasa ke semasa bagi memastikan murid melibatkan
diri terutamanya yang lemah ini dapat melibatkan diri. Namun begitu, murid berkenaan
telah ditegur dan diberikan nasihat oleh penceramah bertugas bagi memberikan
kesedaran dan mendisiplinkan diri mereka.

Cadangan Penambahbaikan
Sepanjang Program Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun 6 ini,
terdapat beberapa perkara sebagai saranan dan cadangan untuk memperbaiki kelemahan
tersebut. Dari segi masalah murid yang tidak bersemangat, penambahbaikan boleh
dibuat dengan menggalakkan murid-murid untuk mencuba serta memberikan pujian
kepada mereka jika mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang.
Pengiktirafan seperti hadiah dan sijil penyertaan juga boleh diberikan untuk
menggalakkan murid berusaha gigih dan bersemangat untuk menyertai aktiviti yang
dijalankan. Murid-murid haruslah diterapkan dengan nilai murni supaya mereka dapat
berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mudah mengalah untuk mencuba pengalaman
yang baharu.

Setiap sesi atau aktiviti semasa program ini berlangsung boleh juga melibatkan
guru sekolah. Hal ini kerana dapat mengakrabkan hubungan antara guru dan juga
murid. Selain itu, guru-guru matapelajaran juga seharusnya tidak melepaskan peluang
untuk sama-sama belajar bagi meningkatkan lagi kemahiran serta pengetahuan dalam
subjek masing-masing.

Kesimpulan
Setelah berlangsungnya program ini, banyak ilmu dan juga kemhiran dapat
diperolehi. Hal ini kerana program ini menuntut seseorang itu berfikir jauh ke
hadapan dan menuntut seseorang itu bertindak bijak dalam mengawal murid yang
berada dalam bilangan yang besar. Berdasarkan perkara tersebut dapatlah saya
merumuskan bahawa program ini dapat membantu murid-murid Tahun 6 untuk
mengetahui cara dan teknik yang betul untuk menjawab soalan UPSR serta
mengetahui topic-topik penting yang perlu diberikan tumpuan seterusnya dapat
meningkatkan pemahaman dan memperkasakan keazaman untuk kecemerlangan diri
mereka. Oleh itu, kewujudkan program seumpama ini di setiap sekolah adalah sangat
digalakkan.

Disediakan oleh,
..
[MADLANE ASSING]
Penyelaras Tahun 6,
Disemak dan disahkan oleh,
.
[NORHAYATI BT TOKIS]
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Telaga Air.

Anda mungkin juga menyukai