Anda di halaman 1dari 14

GGGB56013

KAEDAH PENYELIDIKAN 1

SET 7

SEMESTER 2 20162017

TAJUK:
KELEMAHAN PEMIKIRAN KREATIF KANAK-KANAK-KANAK PRASEKOLAH
DALAM BILIK DARJAH
DISEDIAKAN OLEH:

LENJA ANAK NGILAH

GP05155
BAB 1

PENGENALAN

Falsafah pendidikan Negara menekankan kepada usaha melahirkan lebih ramai individu
yang kreatif dan inovatif untuk membangunkan negara. Pendidikan menjelang wawasan 2020
juga menekankan kepentingan dalam usaha melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif.
Dalam konteks pendidikan, kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan kedua-
dua proses tersebut dapat dilaksanakan dengan berjaya dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P).

Di sekolah, kanak-kanak haruslah dididik untuk mengoptimumkan kecerdasan dengan


peluang yang ada di sekeliling mereka bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan mampu
berdaya saing pada masa hadapan. Menurut Kamaruddin Yaakob (2006), untuk menghadapi
cabaran masa hadapan, kanak-kanak perlu diperkayakan dengan pengalaman dan kecerdasan
pelbagai yang membezakan mengikut budaya. Penekanan pemikiran kreatif dalam kalangan
kanak-kanak di sekolah penting bagi membina minda yang kreatif. Malah, Kanak-kanak
mempunyai sifat semulajadi sejak dilahirkan. Menurut, Victor Lowenfield (1975) menyatakan,
kreativiti sebagai suatu naluri semula jadi dimiliki oleh setiap insan sejak ia dilahirkan.

Guru berperanan membantu meningkatkan kreativiti setiap pelajar. Tugas seorang adalah
memudahkan pembelajaran murid di dalam kelas. Menurut Widad (1998), guru yang bijak
menjalankan proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat dan boleh mencerahkan masa depan
murid dengan peluang yang ada. Pengajaran seorang guru yang mempunyai daya tarikan mampu
meningkatkan motivasi dalam diri kanak-kanak. Menurut kajian Ee (1998) mendapati bahawa
guru dapat meningkatkan minat murid melalui pelbagai rangsangan seperti nada yang berubah-
ubah, bahan bantu yang menarik, permainan dan sebagainya.
LATAR BELAKANG MASALAH

Daya pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak prasekolah harus diberi sokongan dan
diasah bakat mereka supaya dapat melahirkan generasi yang kreatif pada masa akan datang.
Menurut Kamus Dewan (2002), pemikiran kreatif merujuk kepada satu kemampuan atau
kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli.
Persediaan awal perlu ditekankan bagi mengatasi masalah kelemahan daya pemikiran kreatif
kanak-kanak prasekolah.

Di sekolah, penekanan kurang diberikan terhadap pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-
kanak menyebabkan kelemahan pemikiran kreatif kanak-kanak. Hal ini kerana pihak sekolah
hanya menekankan penyediaan maklumat bertujuan sebagai persediaan pelajar menghadapi
peperiksaan dan menghabiskan sukatan. Menurut Philip (1997), terdapat beberapa sebab
kemahiran berfikir tidak ditekankan. [1] Pertama, sesetengah guru hanya berpendapat bahawa
pelajar terlebih dahulu menguasai semua fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran sebelum pelajar
boleh digalakkan berfikir. [2] Kedua, penekanan peperiksaan yang mementingkan pengujian
kebolehan pelajar mengingat kembali fakta. [3] Ketiga, pandangan sesetengah guru bahawa
pengajaran kemahiran berfikir akan mengambil masa yang banyak dan membebankan guru. [4]
Keempat, pengakuan sesetengah guru bahawa mereka sendiri tidak tahu cara meningkatkan daya
pemikiran pelajar. Menurut Pihak Jemaah Nazir Persekutuan (KPM/JNP, 1993), melaporkan
bahawa pengajaran yang membosankan telah mengaburkan pencapaian objektif pembelajaran dan
matlamat pendidikan. Oleh hal demikian, objektif untuk melahirkan lebih ramai lagi insan yang
mempunyai pemikiran kreatif tidak berjaya.

Selain itu, bilik darjah merupakan tempat berlakunya pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Ahmad Zabidi (2006), kajian psikologi menunjukkan persekitaran memberi kesan terhadap
perlakuan seseorang, dimana iklim sekolah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang
bermotivasi dan seterusnya membantu pelajar memperoleh pencapaian yang lebih baik dan guru-
guru lebih puas bekerja.
PERNYATAAN MASALAH

Kemahiran berfikir adalah asas dalam meningkatkan pembangunan pendidikan yang kreatif
dalam kalangan pelajar bermula dari prasekolah. Menurut Kamaruddin Yaakob (2006),
pendidikan prasekolah ini merupakan asas dalam mempengaruhi perkembangan pembelajaran
kanak-kanak pada masa hadapan. Oleh itu, kemahiran berfikir secara kreatif perlu ditekankan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bermula dari peringkat awal lagi iaitu dari peringkat
prasekolah untuk menjadikan kanak-kanak lebih berkualiti dari segi mental.

Di sekolah, guru berperanan menekankan kemahiran berfikir pelajar melalui pellbagai cara
seperti melalui soalan-soalan aras tinggi, aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemikiran dan
penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah pengajaran yang dapat membantu kanak-kanak dalam
meningkatkan daya pemikiran yang kreatif. Menurut Abdullah dan Ainon (2005), teknik
penyoalan guru mempengaruhi cara belajar berfikir dan menjawab soalan. Tugas guru adalah
menyediakan kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif. Menurut
Kamaruddin (1997), tanggngjawab dan tugas guru tidak sahaja mentadbir ataupun menguruskan
kelas. Malah, mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih penting dalam proses pengajaran
iaitu menyampaikan ilmu kepada murid.

Di sekolah, guru pasti banyak berhadapan dengan kanak-kanak yang berbeza keupayaan.
Justeru, kecekapan guru ketika di dalam kelas sangat penting dalam menentukan strategi
pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan penyampaian ilmu yang berkesan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Naimah Yusof et al (2011), keberkesanan sesuatu
pendekatan ataupun kaedah adalah sering berkait antara kecekapan dan keperluan kanak-kanak.
Guru menentukan kaedah dan teknik-teknik pengajaran yang sesuai mengikut keupayaan setiap
kanak-kanak dan boleh menarik minat serta membantu kanak-kanak berfikir secara kreatif.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2012), strategi dan teknik yang dipilih itu, selain
berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu menganalisis konsep
atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang
bermakna.
Gaya dan pendekatan pengajaran yang menarik, menyeronokan dan bebas daripada tekanan serta
kebimbangan harus diselitkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan
lagi motivasi serta daya pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak. Menurut Sharma (2011),
guru memainkan peranan penting kepada emosi, motivasi, kreativiti dan produktiviti pelajar.

Persekitaran sekolah juga merupakan penting dalam usaha meningkatkan perkembangan


minda kreatif kanak-kanak di bilik darjah. Pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan
budaya sekolah mampu merangsang kreativiti kanak-kanak. Selain itu, pengurusan bilik darjah
juga perlu ditekankan supaya proses pembelajaran di bilik darjah berjalan lancar. Menurut Mok
Soon Sang (2011), sebagai pengurus bilik darjah guru berperanan sebagai perancang, pengelola,
pengarah dan pengawal. Selain itu, menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010), guru
bertanggungjawab menyediakan persekitaran fizikal bilik darjah yang efektif bagi membantu
perkembangan murid dalam pembelajaran. Oleh itu, penekanan terhadap aktiviti yang kreatif
dalam bilik darjah perlu menjadi amalan guru-guru di sekolah agar dapat meningkatkan motivasi
kanak-kanak.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kelemahan pemikiran
kanak-kanak prasekolah dalam bilik darjah. Di samping itu, penyelidik ingin mengenalpasti
faktor yang mempengaruhi tahap pemikiran kreatif kanak-kanak prasekolah dalam bilik darjah.
Kajian ini lebih berfokuskan kepada peranan guru, kaedah pembelajaran dan persekitaran bilik
darjah serta hubungannya dengan kelemahan daya pemikiran kreatif kanak-kanak dalam bilik
darjah.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk:

i. Mengenalpasti kelemahan pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.


ii. Mengkaji hubungan antara kelemahan pemikiran kreatif dengan bilik darjah
iii. Mengkaji hubungan antara kelemahan pemikiran kreatif dengan peranan guru.
iv. Mengkaji hubungan antara kelemahan pemikiran kreatif dengan teknik pengajaran.
PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan kepada objektif kajian, berikut adalah merupakan persoalan kajian:

i. Apakah tahap kelemahan pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak prasekolah?


ii. Apakah terdapat hubungan antara kelemahan pemikiran kreatif dengan bilik darjah?
iii. Apakah terdapat hubungan antara kelemahan pemikiran kreatif dengan peranan guru?
iv. Apakah terdapat hubungan antara kelemahan pemikiran kreatif dengan teknik
pengajaran?

HIPOTESIS KAJIAN

Berikut adalah hipotesis yang dibina bagi menjawab setiap persoalan kajian yang dijalankan:-

Hipotesis 1:Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kelemahan pemikiran kreatif kanak-
kanak dalam kanak-kanak prasekolah.
Hipotesis 2:Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kelemahan pemikiran kreatif kanak-
kanak dengan bilik darjah.
Hipotesis 3:Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kelemahan pemikiran kreatif kanak-
kanak dengan peranan guru.
Hipotesis 4:Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kelemahan pemikiran kreatif kanak-
kanak dengan teknik pengajaran.

DEFINISI OPERASIONAL PEMBOLEHUBAH KAJIAN

KELEMAHAN

Kelemahan adalah merujuk kepada tahap kemampuan individu dalam melakukan sesuatu sama
ada dari segi fizikal atau mental.
PEMIKIRAN

Pemikiran merupakan proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental
dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha memahami
rangsangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran dan tindak
balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.

KREATIF
Kreatif adalah kemampuan untuk mengubah, mencipta dan menghasilkan idea untuk sesuatu yang
baru sama ada dari idea yang telah sedia ada atau belum wujud.

KANAK-KANAK

Kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak atau anak kecil yang dimaksudkan sebagai
manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai akil baligh serta belum tahu untuk membuat
keputusan dengan sendirinya.

BILIK DARJAH

Bilik darjah merupakan sebuah organisasi kecil dalam sebuah sekolah. Bilik darjah merupakan
tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.
KEPENTINGAN MASALAH

Hasil kajian ini dapat digunakan sebagai panduan guru atau pendidik dalam usaha
melahirkan insan yang berfikiran kreatif dan dapat memantapkan lagi pengajaran selaras dengan
gaya pembelajaran yang digunakan oleh kanak-kanak mengikut kesesuaian tahap keupayaan.
Guru juga dapat merancang bahan mengajar dan menentukan kaedah digunakan untuk
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta dapat membantu kanak-
kanak menghasilkan idea-idea yang baharu di dalam kelas. Dapatan kajian ini juga dapat
memberi gambaran dalam membantu guru atau pendidik mengenalpasti tahap kelemahan daya
pemikiran kreatif kanak-kanak dan memantapkan pengajaran bersesuai dengan tahap kreativiti
kanak-kanak. Guru dapat menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta
dapat meningkatkan tahap kreativiti kanak-kanak serta motivasi kanak-kanak ketika di dalam
bilik darjah.

GURU
Dalam kontek kreativiti ini, guru memainkan peranan penting dalam memahami dan
mengetahui konsep berfikir secara kreatif. Di sekolah, guru perlu menyediakan persekitaran yang
sesuai supaya dapat merangsang kreativiti dalam kalangan kanak-kanak. Menurut salah seorang
pakar sains pemikiran iaitu Amabile (1992), menyifatkan institusi sekolah sebagai tempat paling
penting untuk memupuk alam kreativiti dalam kalangan kana-kanak, khususnya dalam konteks
prasekolah. Di dalam kelas, guru juga perlu mewujudkan suasana yang positif dan tidak
seharusnya mengawal pelajar sebaliknya menggalakkan motivasi dalaman, memupuk minat
pelajar dan pemikiran yang menjurus kepada aspek-aspek kreatif. Pemikiran kreatif kanak-kanak
dipengaruhi oleh pegalaman dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang diterima sejak
awal lagi.
Guru yang terlatih dan berkemahiran diperlukan dalam usaha memupuk dan
meningkatkan strategi pengajaran secara kreatif agar proses pengajaran dan pembelajaran
bermakna. Oleh itu, guru perlu membuat persediaan teliti sebelum memulakan proses
P&P.Penyediaan bahan yang sesuai semasa aktiviti sangat penting supaya proses P&P berjalan
dengan lancar. Pelbagai aktiviti perlu dilaksanakan di kelas mahupun di luar kelas untuk
meningkatkan lagi kemahiran berfikir secara kreatif.
KANAK-KANAK

Kreativiti kanak-kanak bermula dari berimaginasi, mengeluarkan idea, menerokai serta


membuat keputusan daripada aktiviti seni yang dijalankan. Kreativiti memberi manfaat kepada
kanak-kanak dalam meningkatkan lagi pemikiran kreatif untuk menghasilkan idea yang bernas
dan menyelesaikan sesuatu masalah. Apabila seseorang kanak-kanak mempunyai pemikiran yang
kreatif, mereka akan lebih bermotivasi untuk mencari dan menemui jawapan serta menyoal
penyelesaian sedia ada kepada permasalahan yang timbul. Maka, kanak-kanak yang berfikiran
kreatif akan dapat menyelesaikan segala persoalan dengan mudah. aktiviti melukis. Melalui
lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan mereka, membina kekuatan otot dan
meningkatkan daya imaginatif .Hal demikian kerana lukisan selalu dihubung kaitkan dengan
emosi dan personaliti seseorang. Lukisan juga merupakan alat komunikasi awal sebelum kanak-
kanak berupaya untuk bertutur aktiviti melukis. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan
perasaan mereka, membina kekuatan otot dan meningkatkan daya imaginatif .Hal demikian
kerana lukisan selalu dihubung kaitkan dengan emosi dan personaliti seseorang. Lukisan juga
merupakan alat komunikasi awal sebelum kanak-kanak berupaya untuk bertutur.

SEKOLAH

Hasil kajian ini dapat membantu pihak sekolah menyediakan tempat yang sesuai untuk
kegunaan guru dan pelajar semasa menjalankan aktiviti. Perancangan aktiviti pembelajaran untuk
kanak-kanak di sekolah juga dapat diselaraskan dalam usaha menekankan kepentingan dalam
meningkatkan pemikiran kreatif kanak-kanak. Pihak sekolah juga dapat membantu menyediakan
program berkaitan pemikiran kreatif untuk melahirkan generasi yang befikiran aras tinggi.
Persekitaran yang selesa dan sesuai digunakan semasa menjalankan aktiviti juga diperlukan
supaya aktiviti berjalan dengan lancar.
ANALISIS JURANG

Kreativiti adalah satu proses mental yang membolehkan individu mencipta idea-idea atau
hasilan baru atau menggabungkan semula idea-idea yang ada dalam satu gaya yang baru.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), mentakrifkan kreativiti sebagai kemampuan
(kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan dan mengembangkan idea baharu dan asli. Selain
itu, kreativiti juga adalah dijangkakan perkembangan intelek dan bakat yang tinggi memberi
keupayaan untuk mencetuskan cara penyelesain masalah yang baru dan baik.

Di sekolah, setiap kanak-kanak mempunyai tahap keupayaan yang berbeza. Maka,


pengajaran terhadap kanak-kanak juga berbeza mengikut keupayaan mereka. Menurut Abdul
Rahim (1999), kanak-kanak dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan yang berbeza. Kanak-
kanak yang kreatif adalah bermotivasi, ingin tahu dan berimiginasi untuk mencari dan menemui
jawapan, menyoal penyelesaian sedia ada kepada permasalahan, memikirkan semula, menstruktur
dan mencari perkaitan baru, menggunakan pemikiran bercapah.Di sekolah, ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung, pelbagai aktiviti dan pembelajaran yang
menyeronokkan perlu didedahkan kepada kanak-kanak bagi meningkatkan lagi daya pemikiran
kreatif. Menurut Piaget dan Forbel dalam panduan kurikulum prasekolah (2003), pembelajaran
yang paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang menggembirakan.

Kanak-kanak tidak akan menjadi seorang yang berfikiran kreatif sekiranya tidak dilatih
dengan aktiviti yang menjurus ke arah pemikiran aras tinggi. Oleh itu, guru harus pakar dalam
mengatur strategi pembelajaran dan menyediakan aktiviti yang kreatif. Menurut Abd. Rahim
(1999), stail pengajaran yang membosankan dan tidak menarik menjadikan keadaan dan suasana
bilik darjah tidak menarik. Kanak-kanak akan menjadi lebih kreatif, berkeupayaan dalam
menyelesaikan sesuatu masalah dengan melihat masalah dari pelbagai sudut, mengutarakan
sebab-sebab yang logik serta berfikiran terbuka jika aktiviti yang disediakan menarik minat
mereka dan tidak membosankan.
Selain itu, kanak-kanak yang mempunyai fikiran yang kreatif lebih berdikari dan tidak
bergantung kepada orang lain. Kanak-kanak yang berfikiran kreatif sentiasa ingin mencuba
sesuatu yang baru kerana mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi. Di dalam
kelas, guru berperanan penting dalam usaha membentuk kanak-kanak yang merupakan generasi
penting pada masa hadapan. Kita sedar bahawa masa depan kanak-kanak yang berfikiran bijak
dan kreatif bergantung kepada kepimpinan dan tunjuk ajar guru ketika didalam kelas. Menurut
(Hamidah, 2004; Khairuddin, 2008; Seman, 2004; Zulkiflie, 2004) kebanyakan proses pengajaran
guru di dalam bilik darjah masih berpusatkan guru sedangkan aspek kreativiti ini perlu diberi
perhatian secara penyeluruh dalam kalangan kanak-kanak prasekolah yang menjadi asas
pendidikan formal. Teknik penyampaian dan pengajaran juga merupakan aspek penting dalam
membentuk kanak-kanak kearah pemikiran yang kreatif di dalam kelas.
Rujukan

Aini Hassan. 2013. Gaya Pembelajaran Pendidikan seni Visual Dalam Perkembangan Kreativiti
Murid. Sabah: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Chew, Fong Peng & Shashpriya Nadaraja. 2014. Perlaksanaan Kemahiran Berfikir Kreatif &
Kritis Dalam Pengajaran & Pembelajaran Komsas Di Sekolah Menengah. Vol. 4. Bil. 2.

Jaffri Hanafi, Shahrulnizam Ramli & Sabzali Musa Kahn. 2014. Kreativiti Modul Bertema: Guru
Menjana atau Menghalang Perkembangan Kreativiti Kanak-Kanak? Jil. 24.

Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Januari 2014. Bil. 2.

Laila Farhana Md Ibrahim & Maizaitul Hayati Mohamad Yatim. 2014. Kreativiti & Kemahiran
Kanak-Kanak Dalam Mereka Bentuk Permainan Digital Bagi Tujuan Pembelajaran. Vol.1.

Noradzimah Abdul Majid, Ed.D, Abdul Razak B.Nordin, Ed.D & Normah Kamrodzan. 2015.
Penjanaan Idea Kreatif Lukisan Kanak-Kanak Menerusi Kaedah Imitasi. Jil.9.

Noor Erma Abu & Leong, Kwan Eu. 2014. Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru &
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Akademik Matematik Tambahan Tingkatan 4. Bil.
2.

Norsita Ali & Zainal Madon. 2014. Tinjauan Interaksi Guru-Kanak-Kanak Dalam Pemupukan
Pemikiran Kreatif Kanak-Kanak Prasekolah.

Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. 2014. Daya Kreativiti Kanak-Kanak.


Wan Norehan Wan Mamat. 2013. Tahap Penguasaan Pemikiran Kristis Dalam Kalangan Pelajar
Kejuruteraan & Hubungannya Dengan Pencapaian Pelajar.

W. A. Wan Ismail, W.I.Muhammad, M. A. Lubis & M. I. Hamzah. 2016. Kesediaan Guru


Pendidikan Islam Sekolah Rendah Di Selangor Terhadap KBAT Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran. Vol. 3, No.1. Pages 79-92. Bangi: Falkuti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Wan Mohammad Affendy Mustapai. 2013. Pemikiran Kreatif Di Kalangan Kanak-Kanak.

Zulaiha Ismail. 2015. Kesan Pembelajaran Yang Menyeronokan Terhadap Kesediaan Belajar
Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai