Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN / PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Tajuk Kajian

Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Pemahaman


Bahasa Cina Bagi Pelajar Tingkatan 1H.

Nama Penyelidik

Cik Lee Ai Chu

Nama Sekolah

SMK Munshi Sulaiman

1. Latar belakang Kajian /Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Kegagalan pelajar-pelajar Tingkatan 1H dalam menjawab soalan pemahaman dalam Bahasa Cina
merupakan antara faktor yang menyebabkan mereka gagal dalam ujian atau penilaian yang telah
dijalankan (Penilaian Kurikulum 1 dan 2). Hal ini kerana kelemahan pelajar dalam memahami
petikan yang diberi terutamanya petikan yang agak panjang. Sesetengah pelajar kurang minat
atau kurang yakin semasa membaca petikan.

Apabila diajukan soalan, ada di antara mereka

tidak membaca petikan yang diberi langsung dan menjawab soalan dengan sambil lewa.
Kelemahan pelajar dalam aspek ini melemahkan semangat saya apabila melihat pelajar-pelajar
tidak membaca atau tidak dapat memahami apa yang dibaca dan tidak dapat menjawab soalan
dengan betul berdasarkan petikan yang diberi.

Oleh itu, saya berasa mesti mencari jalan

penyelesaian untuk mengatasi masalah ini.

2. ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN


Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran
menjawab soalan pemahaman. Kaedah perbincangan dalam kumpulan digunakan. Pelajar diberi
peluang untuk berbincang bagi memahami petikan keseluruhan. Melalui kaedah ini, pelajar juga
dilatih supaya lebih berkeyakinan dan berminat untuk menjawab soalan pemahaman. Penekanan
diberi kepada 19 orang pelajar yang lemah dalam menjawab soalan pemahaman Bahasa Cina.

3. OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF UMUM
Tujuan Kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran menjawab soalan pemahaman
Bahasa Cina serta mempertingkatkan keyakinan diri supaya menguasai Bahasa Cina bagi pelajarpelajar Tingkatan 1H.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS


1. Membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan pemahaman Bahasa Cina.
2. Meningkatkan pengguasaan kosa kata dan perbendaharaan kata di kalangan murid.
3. Membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Cina.
4. Mengubah persepsi pelajar daripada mengatakan soalan pemahaman adalah soalan yang sukar
kepada soalan pemahaman adalah soalan yang boleh dijawab jika dibaca teliti petikan yang
diberi.

4. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 1H yang terdiri daripada 19 orang pelajar lelaki.

5. STRATEGI/TINDAKAN YANG DICADANGKAN


Dalam pelaksanaan kajian ini saya akan menggunakan kaedah pemerhatian, ujian pra dan ujian
pos serta soal selidik.
Aktiviti 1:Pemerhatian
Pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebelum dan
selepas kajian.
Aktiviti 2:Ujian Pra
Satu Ujian Pra akan diberikan dan analisis dibuat setelah pelajar menjawab soalan.

Aktiviti 3: Program membaca dan memahami petikan dalam kumpulan.


Kaedah perbincangan dalam kumpulan
- Pelajar dibahagikan kepada 4 orang dalam satu kumpulan
- Pelajar diminta membaca petikan yang diberi dan berbincang untuk menjawab soalan
berdasarkan petikan yang diberi.

Aktiviti 4 Ujian Pos


- Ujian ini dijalankan selepas pelaksanaan aktiviti yang dirancangkan dalam kajian tindakan,
iaitu program membaca dan memahami petikan dalam kumpulan

Aktiviti 5 - Soal selidik


Borang soal selidik akan disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum
balas pelajar berkenaan.
Aktiviti 6 - Analisis Data
Analisis data ujian pra dan ujian pos akan dibuat. Analisis ini berfokus kepada perbandingan
pencapaian pelajar dalam ujian Pra dan Pos. Analisis juga akan dibuat pada soal selidik yang
dijalankan untuk mengetahui maklum balas dan pesepsi pelajar selepas kajian ini.
6. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN (Gantt Chart)

Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Aktiviti / Minggu
Penentuan tajuk kajian
Penyediaan kertas cadangan
Ujian Pra
Program membaca dan memahami petikan
dalam kumpulan
Ujian Pos
Soal selidik
Analisis data
Penyediaan laporan hasil kajian tindakan

MEI
1

JUN
4

JULAI
4

OGOS
4

Anda mungkin juga menyukai