Anda di halaman 1dari 7

KHAMIS (4.2.

2021)

1.3 : KERAJAAN ALAM MELAYU YANG MASYHUR


1. KERAJAAN FUNAN:
Berpusat di Vyadhapura
Diasaskan: Brahmin bernama Kaundinya berkahwin dengan Soma,
pemerintah wanita di Sungai Mekong
Kemasyhuran: Semasa Fan Shih-Man
a. meluaskan empayar Funan ke Sungai Mekong hingga Teluk Camranh
b. Menguasai selatan Myanmar dan Segenting Kra membolehkan Funan
menguasai jalan perdagangan utama antara timur dengan barat. Kesan:
Menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu.
c. Raja Funan terakhir = Rudravarman. Serangan kerajaan Chenla
menyebabkan kemerosotan kerajaan Funan.
2. KERAJAAN CHAMPA
Diasaskan: Chu-Lien 192 Masihi
Pusat di Indrapura dan sering diserang Dai Viet tetapi Chu-Lien
berjaya membebaskan Champa daripada pengaruh China.
Kemasyhuran:
a. Bermula dengan Che Bong Nga berjaya mengatasi ancaman Dai Viet
b. Meluaskan empayar Champa ke wilayah Dai Viet hingga Lembah Sungai
Merah.
c. Serangan ke Dai Viet berjaya membunuh Raja Tran Due Tong dan menerima
pengiktirafan daripada Dinasi Ming tahun 1369
d. Kemerosotan: Indravarman meninggal dunia pada 1441 dan Dai Viet
menggunakan peluang serang Champa serta 1471 di tawan Dai Viet
3. KERAJAAN SRIVIJAYA
Diasaskan: Dapunta Hyang Sri Jayanasa tahun 683 Masihi di
Palembang. Berjaya menakluk Bangka dan Taruma
Kemasyhuran:
a. Pemerintahan Sangramadhananjaya pada abad kelapan berjaya menakluk
Sumatera, selatan Myanmar, Tanah melayu dan Segenting Kra
b. Penaklukan membolehkan Srivijaya menguasai jalan laut antarabangsa,
Selat Melaka dan Selat Sunda serta menjadi kuasa perdagangan utama di
Alam Melayu dan menjadi pusat pengajian agama Buddha
c. Serangan tentera Chola tahun 1025 menyebabkan Srivijaya menjadi lemah.
4. KERAJAAN ANGKOR

Berpusat di Hariharalaya diasaskan oleh Jayarvarman II dari Chenla


yang menyatukan wilayah di Lembah Sungai Mekong.
Kemasyhuran:
a. Suryavarman II meluaskan empayar Angkor ke sekita Lembah Sungai
Mekong hingga ke selatan Myanmar.
b. Menghalang ancaman daripada Champa dan Dai Viet
c. Mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatan dengan
perdagangan luar.
d. Diteruskan Jayavarman VII meluaskan empayar Angkor hingga sempadan
Annam dan bina Angkor Thom serta 102 buah hospital.
e. Serangan Siam pada tahun 1594 melemahkan kerajaan Angkor.
5. KERAJAAN MAJAPAHIT
Diasaskan Raden Vijaya dengan bantuan tentera Mongol dalam perebutan
kuasa di Jawa pada 1294.
Berpusat di Kota Trowulan.
Kemasyhuran:
a. Bermula dengan perlantikan Patih Gajah Mada sebagai Perdana Menteri oleh
Tribuana Tunggadewi.
b. Berjaya mengembalikan keamanan dan keselamatan kerajaan Majapahit.
c. Meluaskan tanah jajahannya ke timur Pulau Jawa, pesisir pantai timur sumatera,
pesisir selatan dan barat Pulau Borneo bahagian selatan dan timur Sulawesi dan
Kepulauan Maluku. Majapahit menjadi pusat perdagangan pada abad ke-14.
d. Kematian Patih Gajah Mada dan serangan kerajaan Demak 1478 menyebabkan
kerajaan Majapahit menjadi lemah.
6. KERAJAAN KEDAH TUA

Muncul dengan penglibatan masyarakat di Guar Kepah yang menjalankan


kegiatan perdagangan dengan pedagang dari luar di Sungai Mas.
Peringkat awal = Sungai Mas dan Pangkalan Bujang.
Bukti= diperkukuhkan dengan catatan golongan agama dan pedagang dari
China, India dan Arab-Parsi.
Sumber China menamakan kerajaan Kedah Tua = Chieh Ch’a
Sumber India dan Arab = Kataha dan Kalah-bar
Kemasyhuran:
a. Dikaitkan dengan kepesatan kegiatan perdagangan di Lembah Bujang.
b. Kedah Tua nenjadi pusat keagamaan agama Buddha.
c. Kemasyhuran menyebabkan Srivijaya menguasai Kedah Tua dan tentera
Chola dari India melemahkaan kegiatan perdagangan di Kedah Tua.
d. Pengasasan Kesultanan Kedah memulakan kerajaan baharu di Kedah Tua.
7.0 KERAJAAN GANGGA NAGARA
Muncul pada abad keenam.
Berfungsi sebagai pusat pelabuhan sejak abad kelima.
Pengasas: Raja Ganji Sarjuna.
Pendapat lain: Raja Khmer dari Kemboja
Pusat di Pangkalan
Kemasyhuran:
a. Sejak abad kelima Gangga Nagara sering dikunjungi pedagang luar kerana
kekayaan hasil bumi seperti emas dan bijih timah.
b. Berjaya mempertahankan kedaulatannya daripada serangan kerajaan
Srivijaya
c. Lemah kerana serangan tentera Chola dari India telah memusnahkan
pelabuhan Gangga Nagara.

Anda mungkin juga menyukai