Anda di halaman 1dari 7

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penutup Pertandingan Presentation of Learning, Projek Based Learning Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2008 Anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan, Negeri RADZIAH Sembilan, DK. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Dijemput tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian mengambil tempat. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puanpuan serta hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit sebaik sahaja Yang Berbahagia En Mohd Isah bin Ismail, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran N. Sembilan mengambil tempat. UCAPAN PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Mohd Isah bin Ismail Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri, Negeri Sembilan DK ke Majlis Penutup Pertandingan Presentation of Learning, Projek Based Learning Peringkat Negeri SembilanTahun 2008.

RADZIAH

Tetamu kehormat, para jemputan, guru-guru, para peserta pertandingan serta hadirin sekalian dijemput duduk.

BACAAN DOA Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah sempena Pertandingan Presentation of Learning, Project-Based Learning RADZIAH 2008 Peringkat Negeri Sembilan DK. Majlis mempersilakan En. Mohd Aris bin Yusof, Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mohd Aris di atas bacaan doa itu tadi.

SENARAI VIP DAN JEMPUTAN

1. Yang Berbahagia Tan En Mohd Isah bin Ismail


Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran N Sembilan DK

2. Yang Berusaha En. Mohd Noh bin Abadan


Ketua Penolong Pengarah BTPN, Negeri Sembilan 3. Yang Berusaha..

4. Tuan-tuan Pegawai-pegawai Pelajaran Pejabat Pelajaran Daerah


seluruh Negeri Sembilan 5. Puan Rohana bt Mohd Yusuf, Pengerusi PKG Negeri Sembilan 6. Para Pengetua dan guru besar sekolah-sekolah seluruh NS

7. Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi


Pendidikan Negeri dan PKG seluruh Negeri Sembilan,

8. Guru-guru, para peserta pertandingan, hadirin dan hadirat


sekalian

UCAPAN ALU-ALUAN Pohon Meranti tiga sebatang Ditebang orang tiga pemuka Tuan dinanti sudahlah datang Apa perkara nan kita buka... RADZIAH Hadirin dan hadirat yang dihormati, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam majlis Penutup Pertandingan Presentation of Learning, Project Based-Learning 2008 Peringkat N9 DK. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia En Mohd Isah bin Ismail Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNS, para tetamu jemputan, para pengetua, para guru besar, guru-guru dan peserta pertandingan ke majlis ini. Untuk makluman hadirin sekalian, Projek Based-Learning atau pembelajaran berasaskan projek adalah satu pembelajaran yang berfokus kepada tugasan amali secara terancang dan bersistematik. Sebanyak 18 buah sekolah di seluruh N Sembilan telah dipilih sebagai sekolah rintis pada pertengahan Jun 2008. Iaitu 9 buah sekolah menengah dan 9 buah sekolah rendah. Bagaimanapun pada hari ini hanya 13 buah sekolah yang terlibat dalam pertandingan ini, iaitu 6 buah sekolah menengah dan 7 buah sekolah rendah.

UCAPAN ALU-ALUAN OLEH Ketua Penolong Pengarah Hadirin yang dihormati, Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama mendengar ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha En Mohd Noh bin Abadan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan DK Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En Mohd Noh di atas ucapan itu tadi. UCAPAN PENUTUP Ketua Sektor Pengurusan Akademik RADZIAH Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berbahagia En Mohd Isah bin Ismail Ketua Sektor Pengurusan Akademik jabatan Pelajaran N9 DK untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya RADZIAH

menutup secara rasmi Presentation of Learning (Project Based-Learning) Peringkat Negeri Sembilan DK bagi tahun 2008. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas ucapan Yang Berbahagia En Mohd Isah sebentar tadi.

PENYAMPAIAN HADIAH Untuk menyempurnakan acara, dijemput En Mohd Noh bin Abadan KPP BTPNNS ke pentas bagi mengiringi Yang Berbahagia En Mohd Isah bin Ismail Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNNS untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderamata hakim/ juri. Dijemput Ketua hakim sekolah rendah : En Sharizan bin Ibrahim Ketua Hakim Sekolah Menengah : En Paizan Shem bin Abdullah Seterusnya di sampaikan hadiah-hadiah bagi pemenang Pertandingan Presentation of Learning Kategori Sekolah Rendah : Untuk pemenang saguhati.... Dijemput SK SK SK Tempat Ketiga dimenangi oleh : SK Tempat Kedua Tempat Pertama : SK : SK

Bagi Kategori Sekolah Menengah: Penerima hadiah saguhati.... Dijemput SMK RAJA JUMAAT SMK PERTANG SMK PASOH 2 (FELDA) Tempat Ketiga dimenangi oleh : SMK SMK TUNKU SYED IDRUS Tempat Kedua : SMK JELAI (F)

Tempat Pertama

: SMK DATO SHAHARDIN

Bagi hadiah pembentang terbaik Presentation of Learning Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2008 : Kategori Sekolah Rendah Kategori Sekolah Menengah Shahardin) : : Norahmadiah bin Adam (SMK Dato

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Mohd Isah di atas kesudian itu tadi. Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha En Mohd Noh bin Abadan KPP BTPNNS menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia En Mohd Isah. Majlis mempersilakan. PERSEMBAHAN PRESENTATION OF LEARNING : Seterusnya marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan dari SMK Dato SHAHARDIN johan Presentation of Learning Project based Learning Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2008.

Majlis Jamuan Ringan Hadirin dan hadirat sekalian, Dengan berakhirnya persembahan itu tadi maka sempurnalah sudah majlis penutupan Presentation of Learning tahun 2008 pada petang ini. Semoga kecemerlangan teknologi pendidikan mewarnai kegemilangan pelajar, guru, institusi pendidikan, masyarakat dan negara. Majlis seterusnya menjemput RADZIAH Yang Berbahagia En Mohd Isah diiringi KPP BTPNNS, para tetamu jemputan, guru-guru, para peserta pertandingan serta hadirin sekalian ke Majlis Jamuan Ringan di cafe BTPNNS. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Dengan berakhirnya majlis itu tadi, maka Presentation of Learning bagi tahun 2008 menutup tirainya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan menghadiri program ini dan majlis ini diakhiri dengan dua rangkap pantun Tuan puteri pergi ke Rasah Pulang semula sebelah pagi Kita bertemu akhirnya berpisah Diizin Tuhan bersua lagi Kiri jalan kanan pun jalan Tengah-tengah pohon mengkudu Selamat jalan kami ucapkan Berhati-hati ketika memandu RADZIAH

Anda mungkin juga menyukai