Anda di halaman 1dari 4

Majlis penyampaian Hadiah Sempena Program Nilam dan Aktiviti Galakan

Membaca Peringkat Sekolah Kebangsaan Lukut bagi tahun 2022/23

Tarikh : 14 Julai 2021


Masa : 8.00 pagi
Tempt : Tapak Perhimpunan Sekolah

Tentatif Program

1) Ucapan aluan
2) Penyampaian hadiah

Agenda Teks ucapan Catatan

Ucapan Aluan Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Selamat pagi diucapkan kepada semua.

Yang berusaha, Pn. Safinaz binti Nordin, Guru Besar SK Lukut


Yang berbahagia, Datin Hjh. Salmah binti Buang, Guru Penolong
kanan Pentadbiran SK Lukut,
Yang dihormati, En. Ramlan bin Rahim, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid
Yang dihormati, En. Norddin bin Abd Kadir, Penolong kanan
Kokurikulum
Yang dihormati, Pn. Hjh. Shahrani binti Talib, Guru Penolong
Kanan PPKI

Guru-guru yang dihormati dan rakan-rakan yang dikasihi


sekalian.

Bersyukur kita kepada tuhan kerana dengan limpah kurnia serta


perkenannya, maka dapat kita bersama-sama berkumpul pada
pagi ini bagi Majlis penyampaian hadiah dan sijil sempena
Program Nilam dan Aktiviti Galakan Membaca peringkat Sekolah
Kebangsaan Lukut bagi tahun 2022.

Penyampaian Hadirin yang dihormarmati sekalian.


hadiah
Bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, majlis dengan ini
menjemput dan mempersilakan guru besar SK Lukut Yang
Berusaha, Pn. Safinaz binti Nordin diiringi Datin Hjh. Salmah binti
Hj. Buang untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan
penyampaian hadiah. Dipersilakan.

….………………………………………………………………………………………………
Bagi Program Mekar Nilam, Pembaca bahan bacaan terbanyak
bulan Mei dan Jun, dijemput saudari Nur Arissa Sofiya binti Eddie
Azhar dari kelas 2 Putra. Dipersilakan.

Beliau juga menyandang pemenang bagi katogeri ikon Nilam


Murid dan Ikon Nilam Pengawas bagi bulan Mei dan Jun. 2022.
Tahniah!

Manakala bagi kategori Ikon NILAM guru bagi bulan Mei


dimenangi oleh Ustazah Noranisza bt Aziz. Dipersilakan ustazah
untuk naik ke pentas.

Pemenang bagi bulan Jun pula dimenangi oleh Cikgu Noraini


Faridah bt Kaliwan.

Dijemput Cikgu Noraini Faridah ke pentas untuk menerima sijil


dan hadiah

Bagi katogeri Nilam kelas bulan Mei dan Jun pula dimenangi oleh
kelas 2 Putra. Diminta wakil kelas 2 Putra untuk tampil ke pentas
menerima hadiah.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah bagi pemenang


pertandingan sudut Nilam di dalam kelas bagi tahap 1.

Tempat pertama, Johan sudut Nilam kelas jatuh kepada kelas 3


Kembara. Dijemput wakil kelas 3 Kembara untuk menerima
hadiah.

Seterusnya tempat kedua, jatuh kepada kelas 1 Putra. Dijemput


wakil kelas 1 Putra untuk menerima hadiah.

Manakala tempat ketiga, jatuh kepada kelas 1 Inspira. DIjemput


wakil kelas 1 Inspira untuk menerima hadiah.

Seterusnya pemenang bagi tahap 2.

Johan bagi pertandingan sudut Nilam kelas tahap 2 jatuh kepada


kelas 5 Putra. Dijemput wakil dari kelas 5 Putra untuk tampil
menerima hadiah.

Tempat kedua bagi kategori Sudut Nilam Kelas tahap 2, jatuh


kepada kelas 6 Arena. Dipersilakan wakil kelas 6 Arena untuk ke
pentas menerima hadiah.

Manakala tempat ketiga pula jatuh kepada kelas 4 Arena.


Dipersilkan wakil kelas 4 Arena untuk menerima hadiah.

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada


pemenang bagi Program Semarak Nilam@ Home.
Bagi kategori pertandingan Snap The Reader, Tempat pertama
jatuh kepada Muhammad Luqmanul Hameem bin Rahizul dari
kelas 4 Putra.

Dipersilakan saudara Luqman untuk tampil ke pentas bagi


menerima hadiah.

Seterusnya tempat kedua, dijemput saudara Faetahah Zulfa binti


Mohd Fazree dari kelas 1 Satria.

Pemenang tempat ketiga pula adalah saudara Muhammad


Amsyar Rifqi bin Mohamad Asean dari kelas 1 Waja. Dipersilakan.

Tahniah diucapkan kepada pera pemenang Pertandingan Snap


The Reader.

Seterusnya adalah pemenang bagi pertandingan Baca Bersama


Keluarga.

Tempat pertama jatuh kepada saudari Nur Qiesha Ayreesha binti


Nur Ekhsan dari kelas 1 Satria. Dipersilakan.

Tempat kedua, dipersilakan saudara Long Ashraaf Amsyar bin


Long Arikiman dari kelas 6 Satria.

Manakala penerima hadiah tempat ketiga jatuh kepada Nur


Ariana Farisha binti Rohaizad dari kelas 4 Waja. Dipersilakan.

Hadiah seterusnya adalah bagi pemenang untuk pertandingan


Membaca Berita.

Tempat pertama dijuarai oleh saudara Arif bin Mohamada


Ridzuan dari kelas 5 Putra. Dipersilakan.

Manakala tempat kedua pula jatuh kepada saudara Aatif Rifqi bin
Mohd Syahbani dari kelas 6 Putra. Dipersilakan.

Dan pemenang tempat ketiga adalah saudari Aisyatul Hanan binti


Abdul Hafiz dari kelas 3 Putra. Dipersilakan.

….………………………………………………………………………………………………

Terima kasih Pn. Guru Besar diatas kesudian menyampaikan


hadiah sebentar tadi.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga


pertandingan ini menjadi pembakar semangat kepada semua
warga SK lukut untuk bersama-sama menyahut cabaran
membaca dan terus menimba ilmu.
Penutup Mekar sejambak bunga gubahan
Jatuh sekuntum diatas peti
Membaca itu suruhan tuhan
Al-Alaq diturun menjadi bukti

Hadirin sekalian.

Untuk makluman tambahan.

SEPANJANG BULAN 7 INI TERDAPAT BEBERAPA AKTIVITI YANG AKAN


DIJALANKAN DI PERPUSTAKAAN ANTARANYA PAMERAN BERTEMA,
INDAHNYA BAHASAKU, DAN BACAAN BERANGKAI. DIJEMPUT KEPADA
SEMUA WARGA SEKOLAH UNTUK MENYERTAI AKTIVITI INI UNTUK
MEMERIAHKAN LAGI AKTIVITI SELAIN MENAMBAH PENGETAHUAN.
MURID-MURID DAN GURU-GURU JUGA DIINGATKAN SUPAYA
MENGAMALKAN TABIAT MEMBACA DAN MEREKOD BAHAN BACAAN
DALAM E-NILAM.

JOM KITA BERAKTIVITI DI PERPUSTAKAAN.

Terima kasih diucapkan kepada para tetamu yang hadir dan


kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan majlis kita pada pagi ini.

Dengan berakhirnya acara itu tadi, maka, saya tangguhkan majlis


kita dengan surah al-asr dan tasbih kafarah.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai