Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN

SEKOLAH KEBANGSAAN ANCHI 2022


( 24 September 2022 )

ACARA TEKS CATATAN

UMUM Mengumumkan ketibaan, Yang Berhormat Encik Adam Yii Siew Sang, ADUN N 74
KETIBAAN VIP Pujut merangkap Datuk Bandar Miri diiringi oleh En. Sapri Bin Paee, Guru Besar SK
Anchi Miri bersama Encik Mohd Zulkifli Bin Omar Yang Di Pertua PIBG SK Anchi
Miri.

KATA ALUAN Assalamualaikum wbt Selamat pagi, salam sejahtera, Salam Sekolahku Sejahtera dan
Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak. Fly Kenyalang Fly, Fly High.

 Yang Berhormat, Encik Adam Yii Siew Sang, Adun N 74 Pujut merangkap Datuk
Bandar Miri.
 Yang Berusaha Encik Sapri Bin Paee, Guru Besar SK Anchi Miri
 Yang Berusaha, Encik Mohd Zulkifli Bin Omar, Yang dipertua PIBG SK Anchi .
 Yang dihormati Barisan Penolong Kanan-Penolong Kanan , Ahli Exco PIBG , Guru-
guru dan anggota kakitangan pelaksana SK Anchi .
 Ibubapa – ibubapa dan seterusnya Murid-murid yang dikasihi sekalian

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK ANCHI 2022

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan kehadiran


tuan-tuan dan puan-puan untuk memeriahkan lagi kejohanan kita pada hari ini. Semoga
dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan kepada
atlet-atlet muda yang akan beraksi dalam acara yang akan dipertandingkan pada hari
ini.

PERBARISAN Hadirin yang dihormati,


LINTAS
HORMAT Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan kita pada kali ini yang diadakan buat
julung kalinya di Stadium Miri…..marilah sama-sama kita saksikan PERBARISAN
LINTAS HORMAT SEMUA KONTIJEN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN. Pada
kejohanan kali ini, Keempat-empat sukan yang mengambil bahagian, mempertaruhkan
kreativiti dan kesepaduan dalam Lintas Hormat untuk menawan hati para juri bagi
merebut hadiah pertandingan perbarisan.
…( Tunggu semua kontijen bersedia di tampat masing-masing )..

JEMPUT VIP Dengan itu, majlis menjemput Tuan Guru Besar untuk mempersila dan mengiringi Yang
TERIMA TABIK Berhormat Encik Adam Yii Siew Sang untuk menerima tabik hormat daripada
HORMAT kontigen-kontigen yang mengambil bahagian. Dipersilakan.
……..( marching)……..
PERBARISAN 3
Seterusnya, kontijen yang menyerlah dari jauh iaitu Kontijen Rumah Zamrud. Kontijen ini
RUMAH dibimbing oleh Encik Rapian dan diketuai oleh adik Arfa Zayyan. Kontijen ini
ZAMRUD menghantar seramai 33 orang peserta perbarisan bersama maskot mereka iaitu Buaya.
Keep it up keep it up don’t give up zamrud ialah motto kebanggaan Rumah Zamrud.

2
RUMAH Menyusul dibelakang adalah RUMAH BERLIAN
BERLIAN Kontijen ini dengan kekuatan seramai 33 orang ahli perbarisan telah diketuai oleh adik
Mohd Arsyad dan di bawah bimbingan En. Mohd Raffiuddin Wahid. Rumah Berlian telah
memilih sebagai maskot Lebah pada tahun ini dan berharap ia dapat membawa tuah serta
mampu membuat kejutan dalam kejohanan kali ini. Shine Bright Like A Diamond adalah
motto kontijen ini.

1
Mendahului perarakan adalah pasukan yang tampil dengan warna serba biru dan segak
RUMAH NILAM bergaya ialah RUMAH NILAM …
Kontijen ini diketuai oleh adik Zulqhuzairy dan dianggotai seramai 33 orang peserta
perbarisan . Maskot Rumah WIRA ialah Burung Merak. Dengan Mottonya “ Behold
Unstoppable Greatness” kita percaya Ketua Guru Rumah Sukan iaitu En. Wannur
Merais telahpun menurunkan azimat untuk pasukan ini mengejar juara.
4
RUMAH Akhir sekali tampil setia dengan warna merah ialah kontijen RUMAH DELIMA…
DELIMA Kontijen ini diketuai oleh adik Awgku Aqiel an menghantar seramai 33 orang peserta
perbarisan. Rumah sukan yang dibimbing oleh Encik Mohd Rizal . Maskot bagi rumah
Delima adalah Ladybug dan Motto kontijen ini adalah Aim High Fly Higher dengan
harapan dapat menjadi penguat semangat untuk terus mengejar kejayaan dalam
kejohanan kali ini. Bagi pasukan ini asas kejayaan yang penting adalah usaha, menang
kalah belakang kira.
MAKLUMAN Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Rumah WIRA adalah juara keseluruhan bagi
TAMBAHAN kejohan sukan pada tahun 2019. Namun begitu, pada tahun ini, rumah sukan sekolah SK
Anchi telah dirombak semula, diperbaharui dan dijenamakan semula kepada EMPAT
rumah sukan seiring dengan Empat kelas perdana di SK Anchi. Yang pertama, Rumah
sukan Zamrud yang berwarna hijau disertai oleh murid kelas Amanah. Manakala rumah
sukan Berlian berwarna kuning disertai oleh murid kelas Cekal. Rumah sukan Delima
yang berwarna merah pula diwakili murid kelas Tekun dan akhir sekali Rumah sukan
Nilam berwarna biru diwakili murid kelas Yakin. Diharap dengan aturan baharu ini,
kejohanan sukan tahunan kita akan lebih meriah, ceria dan penuh semangat sukan yang
waja.

Demikian lah tadi Perbarisan Lintas Hormat dari EMPAT kontijen rumah sukan yang
telah mengambil bahagian. Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang berhormat
Encik Adam Yii bersama Tuan Guru Besar dan YDP PIBG SK Anchi kerana sudi
menerima tabik hormat daripada kontijen perbarisan.

LAGU Hadirin yang dihormati sekalian,


NEGARAKU
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan hadirin sekalian untuk sama-sama berdiri
IBU dan seterusnya menyanyikan lagu NEGARAKU, diikuti dengan lagu IBU PERTIWIKU
PERTIWIKU dan LAGU SEKOLAHKU SEJAHTERA.
…Selesai Nyanyi….
SEKOLAHKU
SEJAHTERA Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

BACAAN DOA Raut-raut sebatang buluh


Buluh disusun bertingkat-tingkat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa dibaca memohon berkat

Tuan-tuan dan puan-puan


Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Ustaz Muhammad Hazrie Bin Ibrahim untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
…..Selesai Doa….
AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN
Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN Hadirin sekalian,


ALUAN GURU
BESAR Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan aluan-aluan. Oleh itu
menjemput En. Sapri Bin Paee, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Anchi, untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan….
…………Selesai Ucapan……..
Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan beliau itu tadi.

UCAPAN Kini, majlis mempersilakan Yang Berhormat, Encik Adam Yii Siew Sang ADUN N 74
PERASMIAN Pujut merangkap Datuk Bandar Miri untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
OLEH En. Yang merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Anchi bagi tahun 2022.
Berhormat Dengan segala hormatnya, dipersilakan…..

…………Selesai Ucapan……..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat atas ucapan sebentar
tadi dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan
SK Anchi pada kali ini.

LAFAZ IKRAR Hadirin yang dihormati,


KEJOHANAN
Seterusnya majlis mempersilakan pembawa bendera kontijen yang bertanding maju ke
hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh
adik QHAIRISYA QHISTINA BINTI SULAIMAN dari kelas 6 TEKUN.

…..selesai baca ikrar serta pembawa bendera balik tempat masing2..


Terima kasih diucapkan kepada adik Qhairisya Qhistina. Begitulah tadi sempurnanya
acara lafaz ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para atlit dalam kejohanan ini.
NYALAAN Majlis diteruskan lagi dengan upacara menyalakan Obor Kejohanan.
OBOR Untuk itu, dipersilakan Adik Ahmad Irfan Muhaimin Bin Abdullah dari kelas 6 YAKIN
KEJOHANAN untuk menyempurnakan upacara tersebut.

Hadirin Sekalian,
Obor kejohanan Sukan tahunan SK Anchi 2020 telah pun marak seperti maraknya
semangat atlet-atlet kita yang akan beraksi pada hari ini.

KEPUTUSAN Hadirin Sekalian,


KONTIJEN
PERBARISAN Seterusnya dijemput Yang Berusaha En. Khairul Amri dengan diiringi oleh En Abdul
TERBAIK Aziz Bin Haji Taiee untuk menyampaikan hadiah kepada kontijen Perbarisan Lintas
Hormat Terbaik dan diikuti dengan keputusan Hiasan Rumah Sukan Kreatif dan tercantik.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Baiklah sekarang kami akan umumkan keputusan kontijen perbarisan terbaik dan Hiasan
Rumah Sukan Kreatif dan Tercantik.

 KONTIJEN PERBARISAN TERBAIK KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK


ANCHI 2017 JATUH KEPADA KONTIJEN RUMAH………………………..

 KINI DIUMUMKAN PULA PEMENANG BAGI HIASAN RUMAH SUKAN


KREATIF DAN TERCANTIK PADA TAHUN INI ADALAH MILIK
PASUKAN RUMAH…………………………………………………………

Majlis mengucapkan ribuaan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Khairul Amri
kerana sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadian itu tadi.

PENYAMPAIAN Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput Yang Berusaha Encik Abdul Aziz
CENDERAMAT Bin Haji Taiee untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha En. Kahirul
A Amri Bin Ahmad di atas kesudian beliau hadir dan merasmikan kejohanan Sukan
Tahunan SK Anchi 2017.
………………….selesai bagi cenderamata….

Terima kasih diucapkan kepada Encik Abdul Aziz Bin Haji Taiee kerana sudi
menyampaikan cenderamata itu tadi.

PERBARISAN Hadirin yang dihormati sekalian,


KONTIJEN
KELUAR Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontijen-kontijen yang
PADANG mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing dan bersiap sedia bagi
acara balapan selepas ini.

Untuk pengetahuan para hadirin sekalian, jumlah acara balapan keseluruhan yang
dipertandingkan pada temasya sukan kali ini adalah sebanyak 60 acara. Manakala acara
padang pula telahpun dilaksanakan pada pra sukan terlebih dahulu iaitu pada 4 dan 5
Oktober yang lalu

PENGUMUMAN ACARA BALAPAN

Hadirin yang dihormati,


Sebentar lagi akan berlangsung acara……………………………………………………….

Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini dikehendaki untuk bersedia.

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Tuan-tuan dan puan-puan,


Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara………………………..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Berikut diumumkan keputasan bagi acara…………………………………..

Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan……………………………………………….


Untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Bagi acara………………………………………..

Tempat ketiga/ pingat gangsa dimenangi oleh…………………….dari rumah sukan………………..

Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh……………………dari rumah


sukan………………..

Dan Johan/pingat emas acara………………….ialah……………………………dari rumah


Sukan…………………

Tahniah kepada para pemenang


Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada……………………………………………atas
kesudian menyampaikan hadiah kepada pemenang sebentar tadi.

SELEPAS Kejohanan Sukan tahunan kini disambung semula. Untuk itu marilah sama-sama kita berikan tumpuan kepada acara
REHAT
yang bakal berlangsung sebentar lagi iaitu acara…………………..

PUNGUTAN MARKAH SETAKAT INI

EXORA : ………………………………… SATRIA : …………………………………..

INSPIRA : …………………………………. WAJA : …………………………………..

PERDANA : ………………………………….. WIRA : …………………………………..

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN


SEKOLAH KEBANGSAAN ANCHI 2017
( 12 OKTOBER 2017 )

ACARA TEKS CATATAN

ALU-ALUAN
Dijemput semua peserta dan murid bagi semua kontijen masuk ke padang dan berada
di hadapan pentas utama untuk acara penyampaian hadiah dan majlis penutupan
kejohanan.
Selamat petang, salam sejahtera dan salam Negaraku Malaysia.

Yang Berusaha Encik Abdul Aziz bin Haji Taiee, Guru Besar SK Anchi.

Yang Berusaha Puan Fatimah Bt. Futra, Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Berusaha Puan Sabah Bt Sahari, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha Encik Ripin Ak Ibom Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru dan anggota kakitangan pelaksana SK Anchi MIri


Ibubapa – ibubapa dan seterusnya
Murid-murid yang dikasihi sekalian

Alhamdulilah kita telah selesai melaksanakan semua acara sukan pada kejohanan
sukan tahunan ini. Kepada para atlet yang telah berjaya tahniah diucapkan dan kepada
yang tidak berjaya tahun hadapan cuba lagi.

BACAAN DOA
Bagi memberkati majlis penutupan kejohanan sukan tahun ini, majlis dengan
sukacitanya mempersilakan USTAZ MOHAMAD BIN MOHD, SANUSI untuk
memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.
…..Selesai Doa….

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

Murid-murid da para hadirin sekalian,

Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pihak majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Tuan Guru Besar dengan diiringi Penolong Kanan
Kokurikulum En. Ripin Ak Ibom untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Kita mulakan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Olahragawan dan


olahragawati sekolah pada tahun ini.

PENYAMPAIAN
Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran OLAHRAGAWAN sekolah
HADIAH ialah………………………………………………………….
OLAHRAGAWA
Untuk makluman semua, beliau telah berjaya memenangi
N
acara………………………………………………..

Kini, diumumkan pula OLAHRAGAWATI sekolah pada tahun ini. Olahragawati


PENYAMPAIAN
HADIAH sekolah berjaya disandang oleh…………………………………..
OLAHRAGAWA
Beliau telah berjaya meraih ……………pingat………………….dalam
TI
acara………………………………..

Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi kedudukan
bagi Rumah-rumah Sukan yang telah bertanding.
PENYAMPAIAN
HADIAH
KEDUDUKAN
Tempat KETIGA berjaya dirampas oleh pasukan
RUMAH SUKAN
rumah……………………..dengan………………………………pingat emas,
……………………….pingat perak dan …………………….pingat gangsa.
KETIGA
Dipersilakan ketua Rumah Sukan tampil ke hadapan untuk menerima hadiah.

PENYAMPAIAN
HADIAH
KEDUDUKAN Seterusnya NAIB JOHAN, berjaya dirangkul oleh pasukan
RUMAH SUKAN
Rumah……………………dengan……………….pingat emas,……………pingat
Perak dan ………………….pingat gangsa. Dipersilakan ketua Rumah Sukan tampil
NAIB JOHAN
untuk menerima hadiah.

PENYAMPAIAN
HADIAH
Dan kini diumumkan JOHAN keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Sukan
KEDUDUKAN
RUMAH SUKAN Tahunan 2107 telah berjaya dirangkul oleh Pasukan Rumah…………………..
Pasukan ini telah berjaya meraih…………..pingat emas,………pingat perak
JOHAN dan…………………..pingat gangsa.
Dipersilakan ketua Rumah sukan untuk tampil ke hadapan bagi menerima hadiah dan
piala kemenangan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas kesudian
menyempurnakan majlis sebentar tadi.
UCAPAN Hadirin sekalian,
PERASMIAN
PENUTUPAN
( kalau ada) Untuk menyempurnakan penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SK Anchi pada kali ini, majlis sekali
lagi menjemput Tuan Guru Besar untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Penutupan. Dipersilakan.

………………… selesai ucapan……..

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

PENUTUP
Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah/ Ucapan perasmian penutupan itu tadi
maka berakhirlah sudah kejohanan Sukan Tahunan SK Anchi 2017.

Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta yang telah berjaya meraih
pingat pada hari ini. Kepada yang yang masih gagal teruskan usaha, jangan putus asa.

YAKIN BOLEH, ANDA BOLEH DAN SEMEMANGNYA


BOLEH…..INSYAALLAH!!
Sebelum bersurai marilah sama-sama kita nyanyikan lagu 1Murid 1 Sukan

Akhir kata dari kami Majulah Sukan SK Anchi demi menyahut seruan 1 Murid 1
Sukan.
Sukan untuk kecergasan, sukan untuk semua…….

Sekian, terima kasih dan jumpa lagi tahun hadapan.

Wabillahi Taufik WalHidayah..Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Anda mungkin juga menyukai