Anda di halaman 1dari 4

ACARA : PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH SESI 2021

TARIKH : _________________________

NAMA PENGACARA MAJLIS : ___________________________________

 -------------------------------------------------------------------------------------------
KATA ALUAN MC
Salam sejahtera dan selamat pagi. 
Yang dihormati,________________________________, Guru Besar/ 
 : Sk Anchi Miri. 
Yang Berusaha para penolong kanan,
Guru-guru yang saya kasihi serta rakan-rakan yang saya hormati
sekalian. 
Selamat datang ke perhimpunan rasmi SK Anchi,Miri pada minggu 
___________________________.

BACAAN DOA
Bagi memberkati perhimpunan rasmi kita pada pagi yang indah ini,
majlis dengan takzimnya menjemput  ____________________ dari
kelas ________ Untuk memimpin bacaan doa perhimpunan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

------------------------------Selepas habis bacaan doa---------------------------


Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN DAN NEGERI


Perhimpunan kita pada pagi ini diteruskan dengan nyanyian lagu
kebangsaan kita, NEGARAKU, diikuti pula dengan nyanyian lagu negeri
IBU PERTIWIKU. Para guru serta rakan-rakan yang dihormati sekalian
adalah dipersilakan berdiri bagi menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu
negeri Sarawak.
------------------------------Selepas habis nyanyian------------------------------
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih  atas nyanyian itu tadi. Para
guru sekalian dipersilakan duduk.

BACAAN IKRAR
Majlis akan diteruskan dengan ikrar pelajar. Dipersilakan
_______________________ dari tahun ________ untuk
memimpin bacaan ikrar pelajar dan seterusnya bacaan Rukun Negara.

----------------------------Selepas habis bacaan ikrar----------------------------


Majlis mengucapkan terima kasih  atas bacaan itu tadi.

SEGMEN MBMMBI
Perhimpunan pada pagi ini diteruskan dengan bacaan cerita Bahasa
Melayu bagi memenuhi segmen MBMMBI. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan adik ___________________________ untuk
menyampaikan ceritanya. Dipersilakan.

SALAM UPSR
Seterusnya untuk segmen Salam UPSR kali ini, dengan hormatnya
dijemput guru berpengalaman _______________________untuk sama-
sama berkongsi idea dan pandangan serta dorongan kepada pelajar-
pelajar Tahun 6 khususnya dan semua pelajar umumnya. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

AMANAT GB/PK1
Seterusnya, tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu ucapan dan amanat
perdana daripada Guru Besar kita.
Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya, menjemput 
__________________________________, Guru Besar/ 
 SK Anchi, Miri untuk menyampaikan ucapan serta amanat beliau.
Majlis mempersilakan.

------------------------------Selepas habis ucapan GB----------------------------


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih  atas ucapan dan amanat itu
tadi.

PENGUMUMAN GURU
Upacara sebentar tadi membawa kita ke acara seterusnya pada pagi ini
iaitu penyampaian pengumuman daripada pihak penolong kanan
ataupun guru-guru sekalian.

(selesai pengumuman/penyampaian maklumat/upacara majlis)

PELAN A :
JIKA TIADA SEBARANG PENGUMUMAN / PENYAMPAIAN
MAKLUMAT / UPACARA MAJLIS.
Memandangkan tiada sebarang pengumuman atau penyampaian
maklumat mahupun upacara majlis lain, kita teruskan lagi kepada
acara seterusnya.

NYANYIAN LAGU SEKOLAH


Sebelum kita mengakhiri perhimpunan pada pagi ini,majlis dengan
penuh hormat dan takzimnya menjemput para guru serta rakan
sekalian yang berada di dalam dewan untuk sama-sama berdiri bagi
menyanyikan lagu GEMILANG ANCHI. Majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan.

-----------------------------------------(Selesai lagu)---------------------------------

LAUNGAN AGUNG
Para warga dewan sekalian, 
Sebagai penutup perhimpunan kita pada pagi ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput ________________________untuk membuat
laungan agung visi anchi. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

-----------------------------------------(Selesai  laungan)---------------------------
Sekian, terima kasih
Para pelajar sila duduk di tempat masing-masing dan menunggu giliran
untuk keluar dewan. Pengawas sila beri isyarat angkat tangan bagi
memastikan pelajar dalam keadaan senyap.

Anda mungkin juga menyukai