Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA PERASMIAN DAN PENUTUPAN

KEJOHANAN SUKAN
KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 22 TAHUN 2013
SMK DATO JAAFAR HASSAN
Teks Juruacara:

ACARA

SKRIP
Aluan
Assalamualaikum wrt wbkth, Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia
Yang berusaha Encik Aminudin bin Mustafa, Pengetua SMK DJH
Yang Berusaha, Encik Abdul Jamil bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK DJH
Yang Dihormati En Ahmad Fauzi b Ibrahim, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Encik Mohsin b Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru Kanan, guru-guru cemerlang, guru-guru dan para pelajar seterusnya
sidang hadirin sekalian.

Perarakan
kontijen

SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS KOMITMEN SEMUA


UNTUK MENJAYAKAN KEJOHANAN TREK DAN BALAPAN KALI KE
22 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO JAAFAR HASSAN
bagi TAHUN 2013.
Hadirin yang dihormati,
Marilah kita saksikan perarakan masuk kontijen-kontijen rumah sukan yang
akan mengambil bahagian dalam KARNIVAL OLAHRAGA pada kali ini.
(lintas hormat kontinjen)

Lintas
Hormat

(kontinjen dekat dengan VIP)


Majlis menjemput Yang Dihormati En Mohsin B Ibrahim, PK Kokurikulum
untuk mempersila dan mengiringi Yang berusaha En Aminudin bin Mustafa,
pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan DatoJaafar Hassan untuk
menerima lintas hormat daripada kontingen-kontingen yang mengambil
bahagian. Dipersilakan.
Hadirin sekalian,
Mendahului perarakan ialah pasukan yang tampil dengan warna UNGU iaitu
kontingen dari rumah LAKSAMANA . Kontigen ini di bawah bimbingan
_________________________________ dan diketuai oleh
_____________________________________________________. Dengan
motto BETTER STRIVE THAN NEVER, Rumah Laksamana bertekad untuk
merebut gelaran juara pada tahun ini.
Berikut pula, ialah kontigen dari Rumah Panglima yang mengunakan warna
hijau sebagai simbol perjuangan. Kontigen ini dipimpin oleh
_______________________________________________ dan diketuai oleh

CATATAN

______________________________________________. Motto
PANGLIMA HEBAT diharap dapat menjadi penguat semangat Rumah
Panglima untuk terus mengejar kejayaan dalam kejohanan kali ini.
Seterusnya ialah kontigen dari Rumah Temenggung. Kontigen ini dibimbing
oleh _________________________________________ dan diketuai oleh
______________________________________________. Dengan motto,
KUNING MELANGKAH MEGAH, kita percaya Rumah Temenggung
mampu membuat kejutan dalam kejohanan kali ini.
Berikut pula tampil dengan warna merah hati ialah kontigen dari rumah
Syahbandar. Rumah Syahbandar dipimpin oleh __________________
____________________________________. Kontigen yang diketuai oleh
_________________________________________________ selaku
pembawa bendera ini setia dengan motto BERSAMA MENUJU
KEGEMILANGAN.
Merah Berani, itulah kontigen dari rumah Pendekar. Kontigen ini dibimbing
oleh _________________________________________ dan diketuai oleh
______________________________________________. GAGAH BERANI
BERJUANG ialah motto kebanggaan Rumah Pendekar.
Kontigen terakhir dalam perbarisan Karnival Olahraga kali ini ialah
kontigen dari Rumah Bendahara yang menggunakan warna biru sebagai
lambang perjuangan. Kontigen ini mendapat bimbingan daripada
__________________________________________________ dan diketuai
oleh __________________________________________ selaku pembawa
bendera. FIKIRAN POSITIF TERAS KEJAYAAN ialah motto kontigen yang
diharap akan membawa tuah kepada Rumah Bendahara pada tahun ini.
Ikrar
Kejohanan

Selepas semua masuk padang


Hadirin yang dihormati,
Seterusnya, majlis mempersilakan
Saudara______________________________ untuk mengetuai lafaz ikrar
kejohanan . Dipersilakan
Terima kasih saudara
_____________________________________________. Begitulah tadi
sempurnanya acara pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para
atlet dalam kejohanan ini.

Ucapan
Perasmian

Hadirin yang dihormati.


Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan
perasmian. Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Dihormati
Encik Mohsin Bin Ibrahim, PK Kokurikulum untuk mempersila dan

mengiringi Yang Berusaha En Aminudin bin Mustafa Pengetua Sekolah


Menengah Kebangsaan Dato Jaafar Hassan untuk menyampaikan ucapan
dan merasmikan Kejohanan Trek dan Balapan kali ke 22. Dengan segala
hormatnya dipersilakan
(selepas selesai ucapan.)
Sekali lagi majlis mempersilakan Yang dihormati Encik Mohsin Bin Ibrahim,
untuk mengiringi Yang Berusaha En Aminudin bin Mustafa untuk
diperkenalkan kepada kontigen-kontigen yang mengambil bahagian.
Dipersilakan
(bertemu dengan kontigen)
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha
Encik En Aminudin bin Mustafa atas kesudian menyampaikan ucapan
dan berkenalan dengan kontigen-kontigen yang mengambil bahagian
dalam karnival olahraga kali ini.
Perarakan
Keluar

Hadirin yang dihormati,


Demikian tadi selesainya upacara perasmian Kejohanan Trek dan Balapan
SMK DJH pada tahun ini. Terima kasih kepada semua pihak yang telah
menjayakan majlis perasmian kejohanan ini.
Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk
bergerak keluar meninggalkan arena.
Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang
untuk bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.
ACARA-ACARA SUKAN PERINGKAT SEKOLAH (Rujuk Buku
Aturcara)

PENGUMUMAN ACARA BALAPAN


Hadirin yang dihormati,
Sebentar lagi akan berlangsung acara . Peserta-peserta yang
mengambil bahagian dalam acara ini ialah
Di lorong yang pertama
Peserta-peserta bagi acara sedia untuk dilepaskan.

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH


Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara ..
Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan
Encik/Puan/Cik ..
untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
(kalau banyak hadiah sebut acara dahulu)
Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh .. dari rumah
Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh . dari rumah
Dan johan/pemenang pingat emas acara Ialah dari
rumah..
Tahniah kepada para pemenang.
Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik/Puan/ Cik
. atas kesudian menyampaikan hadiah.

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN BALAPAN DAN


PADANG
SMK DATO JAAFAR HASSAN KALI KE 22.
ACARA
Alu-aluan

SKRIP
Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua
kontijen masuk ke padang, dan berada di
hadapan pentas utama untuk acara
penyampaian hadiah dan majlis penutupan
kejohanan.
Assalamualaikum wrt wbkth, Salam Sejahtera
dan salam 1 Malaysia
Yang berusaha Encik Aminudin bin Mustafa,
Pengetua SMK DJH
Yang Berusaha, Encik Abdul Jamil bin Abdullah,
Penolong Kanan Pentadbiran, SMK DJH
Yang Dihormati En Ahmad Fauzi b Ibrahim,
Penolong kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Encik Mohsin b Ibrahim, Penolong

CATATAN

Kanan Kokurikulum,
Guru-guru Kanan, guru-guru cemerlang, guruguru dan para pelajar seterusnya sidang hadirin
sekalian.
Alhamdulillah kita telah selesai melaksanakan
semua acara sukan pada kejohanan balapan
dan padang tahun ini. Kepada atlet yang
berjaya tahniah diucapkan dan kepada yang
tidak berjaya tahun hadapan cuba lagi.

PENYAMPAIAN
HADIAH &
CENDERAMA
TA

Para pelajar dan hadirin sekalian,


Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah
berjaya pihak majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan En Abdul Jamil bin Abdullah,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK DJH, dengan
diiringi oleh En. Mohsin bin Ibrahim, Penolong
Kanan Kokurikulum, SMK DJH untuk
menyampaikan hadiah.
Majlis dengan ini mempersilakan.
(JIKA BANYAK KATEGORI BAHAGI KEPADA
BEBERAPA ORANG PENYAMPAI)
Diumumkan pula pemenang bagi pertandingan
perarakan perbarisan bagi kategori rumah sukan
pada hari ini.
- tempat ketiga disandang oleh pasukan
Rumah__________.
-Seterusnya tempat kedua berjaya jatuh kepada
pasukan Rumah________.
-Dan Johan berjaya disandang oleh pasukan
Rumah___________.
Hadirin sekalian,
-Seterusnya penyampaian hadiah kepada
pemenang Olahragawati dan Olahragawan
Sekolah pada tahun ini.
-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran
Olahragawati Sekolah ialah
____________________________.
Untuk makluman semua, beliau telah
memenangi
acara___________________________________________

________
-Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah
pada tahun ini. Olahragawan Sekolah pada
tahun ini ialah ____________________.
Beliau telah meraih
pingat__________________________________.
-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan
umumkan secara rasmi kedudukan bagi RumahRumah Sukan yang telah bertanding.
-Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan
Rumah____________ dengan __________ pingat
emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat
gangsa . Dipersilakan Ketua Rumah
Sukan________________________ untuk menerima
hadiah.
-Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh
pasukan Rumah______ dengan __________ pingat
emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat
gangsa. Dipersilakan Ketua Rumah
Sukan________________________ untuk menerima
hadiah.
-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi
Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 22 jatuh
kepada:
Rumah __________________________ dengan
__________ pingat emas, ______ pingat perak dan
___________ pingat gangsa. Dipersilakan Ketua
Rumah Sukan________________________ untuk
menerima hadiah.
.
- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Yang Berusaha, Encik Abdul Jamil B
AbdullahTuan Pengetua atas kesudian
menyempurnakan majlis sebentar tadi.
UCAPAN
PERASMIAN
PENUTUPAN

Hadirin dan hadirat sekalian,


Untuk menyempurnakan penutupan kejohanan Balapan
dan Padang pada kali ini, majlis sekali lagi menjemput En
Abdul Jamil Bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran
SMK DJH untuk memberikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Balapan dan

Padang SMK Dato Jaafar Hassan Kali ke.22.


Majlis dengan ini mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
Dengan itu,maka berakhirlah kejohanan Balapan dan
Padang kali 22 Sekolah Menengah Dato Jaafar Hassan
tahun 2013
.
Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta
yang berjaya. Kepada yang masih gagal teruskan usaha
,jangan putus asa.
YAKIN BOLEH, ANDA BOLEH DAN SEMEMANGNYA TOK PAQ
BOLEH....INSYAALLAH!!
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH,
WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA
WABARAKATUH.

Anda mungkin juga menyukai