Anda di halaman 1dari 9

SKRIP PENGACARA PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA

SMK TELOI KANAN 2018

*HAFIZ*
Bismillahhirrahmaanirrahiim…
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Yang Berbahagia, En. Mohd Rejab b. Hasan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK Teloi Kanan
Yang Berusaha, Tn.Hj. Rozlan bin Hamat, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi
Kanan,
Yang Dihormati, Pn.HJH Che Maznah binti Hashim, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati, Pn. Norlia binti Shafie, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati, En. Maniraja A/L Annamalai, Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru Kanan, guru-guru cemerlang, guru-guru, ibu bapa, para pelajar seterusnya para
hadirin sekalian.

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SMK TELOI KANAN


KALI KE 26 BAGI TAHUN 2018.

Alhamdulillah, terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat


Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya jua kita diberikan kecergasan fizikal dan mental untuk
sama-sama memeriahkan Kejohanan Sukan Olahraga SMK Teloi Kanan bagi tahun 2018 ini.

Sesungguhnya kehadiran semua membuktikan sokongan dan semangat yang jitu untuk
menjulang dan memartabatkan SMK Teloi Kanan ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang
sukan.
Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan
kepada atlet-atlet muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.

1
*Sabarina*
PERBARISAN MASUK KONTINJEN RUMAH SUKAN
Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan olahraga tahun 2018 ini, marilah sama-sama kita
saksikan perarakan masuk kontinjen-kontinjen rumah sukan yang akan mengambil bahagian
dalam Kejohanan Sukan Olahraga pada tahun ini.

Sebelum itu, majlis menjemput Yang Dihormati ____________________________ untuk


mempersila dan mengiringi Yang Berbahagia _______________________________________,
dan Yang Berusaha Tn.Hj Rozlan bin Hamat, Pengetua SMK Teloi Kanan untuk menerima
lintas hormat daripada kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian.
Dipersilakan.

Hadirin sekalian,
Perbarisan masuk kontinjen dimulai dengan petugas-petugas kejohanan membawa bendera
kejohanan tanda bermulanya kejohanan Sukan Olahraga tahun 2018.

*HAFIZ*
Seterusnya, kontinjen yang tampil dengan warna ungu iaitu kontinjen rumah Anggerik.
Kontinjen ini di bawah bimbingan Pn.Musliha Binti Ali Musa dan diketuai oleh saudara
Muhammad Danial Haikal Bin Ismail.
“Anggerik gagah pantang disanggah” ialah motto kontinjen yang diharap akan membawa tuah
kepada rumah Anggerik pada tahun ini.

*Sabarina*
Berikut pula kontinjen dari rumah Cempaka. Kontinjen ini mendapat bimbingan daripada
Pn.Rohana Binti Ismail dan diketuai pembawa bendera rumah iaitu saudara Amir Imran Bin
Ghazali. Dengan motto “Biru Bangkit Menuju Transformasi” diharap dapat menjadi penguat
semangat Rumah Cempaka untuk terus mengejar kejayaan dalam kejohanan kali ini.

2
*HAFIZ*
Kontinjen seterusnya tampil dengan warna merah sebagai simbol perjuangan.Kontinjen
ini dipimpin oleh Pn.Zakiah binti Idris dan diketuai oleh saudara Mohamad Firdaus Bin
Ahmad. Dengan motto “Megah Menggapai Matlamat”, Melati bertekad untuk merebut gelaran
juara pada tahun ini.

*Sabarina*
Kontinjen terakhir dalam perbarisan Kejohanan Olahraga kali ini ialah kontinjen dari
rumah Kemboja. Rumah Kemboja ini dipimpin oleh Pn.Noryati binti Tumpang dan diketuai
oleh saudara Muhammad Ikmal Bin Alias. Dengan motto “ Team Work Make The Dream
Work”, kita percaya Rumah Kemboja mampu berjuang habis-habisan dalam kejohanan kali ini.

*Sabarina*
Majlis merakamkan terima kasih kepada ________________________________ dan Tn.Hj
Rozlan bin Hamat kerana sudi menerima lintas hormat daripada kontinjen perbarisan.

Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya menyanyikan
lagu Negaraku.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU


*HAFIZ*
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.Hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin yang dihormati,


Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita sama-sama menadah
tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh saudara Muhammad Fitri Izuwan
Bin Saidi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
BACAAN DOA

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa itu tadi, Semoga acara sukan
kita pada hari ini akan mendapat berkat hingga ke penghujungnya.
3
*Sabarina*
Seterusnya, acara menaikkan bendera kejohanan sukan olahraga akan disempurnakan
oleh ketua kontinjen kejohanan. Dipersilakan.

Hadirin yang dihormati,


Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang bertanding maju ke hadapan untuk
bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh saudara Mohd
Zukhakimi Bin Zulkifli.

IKRAR KEJOHANAN
*HAFIZ*
Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.
Begitulah tadi sempurnanya acara bacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para atlet
dalam kejohanan ini.

Hadirin yang dihormati,


Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan perasmian. Untuk itu majlis
dengan sukacitanya menjemput __________________________________________ untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Kejohanan SUKAN OLAHRAGA SMK
TELOI KANAN bagi tahun 2018.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN PERASMIAN

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada _______________________________


atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

GIMIK

4
Sekarang dipersilakan semua kontinjen yang mengambil bahagian bergerak keluar
meninggalkan arena dan bergerak ke khemah masing-masing untuk kita meneruskan acara
sukan pada pagi ini.

PERBARISAN KELUAR KONTINJEN

#Perhatian – Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia
kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.

PENGUMUMAN ACARA BALAPAN

Hadirin yang dihormati,


Sebentar lagi akan berlangsung acara ………………………. Peserta-peserta yang mengambil
bahagian dalam acara ini ialah
Di lorong yang pertama …………………………

Peserta-peserta bagi acara ………………………………… sedia untuk dilepaskan.

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Tuan-tuan dan puan-puan,


Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara ……………………..
Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan
Encik/Puan/Cik ………………………………………………………..
untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

(kalau banyak hadiah sebut acara dahulu……)

Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh ………………….. dari rumah …………


Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh ……………………. dari rumah………
Dan johan/pemenang pingat emas acara …………………Ialah …………… dari
rumah………………………..

Tahniah kepada para pemenang.


Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik/Puan/ Cik
………………………………………. atas kesudian menyampaikan hadiah.

5
TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA
SMK TELOI KANAN 2018.

ACARA SKRIP CATA


TAN
Alu-aluan Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua kontijen masuk
ke padang, dan berada di hadapan pentas utama untuk acara
penyampaian hadiah dan majlis penutupan kejohanan.

Assalamualaikum wrt wbkth, Salam Sejahtera dan salam 1


Malaysia

Yang Berbahagia Encik Mohd Rejab b. Hasan YDP PIBG Teloi


Kanan
SMKYang berusaha TN.HJ. Rozlan bin Hamat, Pengetua SMK
Teloi Kanan,
Yang Berusaha, Pn.HJH Che Maznah binti Hashim, Penolong
Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati Pn. Norlia binti Shafie, Penolong kanan Hal
Ehwal Murid,
Yang Dihormati En.Maniraja a/l Annamalai, Penolong Kanan
Kokurikulum,
Guru-guru Kanan, guru-guru cemerlang, guru-guru dan
para pelajar seterusnya sidang hadirin sekalian.

Alhamdulillah kita telah selesai melaksanakan semua acara


sukan pada kejohanan balapan dan padang tahun ini. Kepada
atlet yang berjaya tahniah diucapkan dan kepada yang tidak
berjaya tahun hadapan cuba lagi.

6
PENYAM- Para pelajar dan hadirin sekalian,
PAIAN
HADIAH & Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah Berjaya, pihak
CENDERAM majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ___________
ATA ___________________________________________, untuk
menyampaikan hadiah.
Majlis dengan ini mempersilakan.

(JIKA BANYAK KATEGORI – BAHAGI KEPADA


BEBERAPA ORANG PENYAMPAI)

Diumumkan pula pemenang bagi pertandingan perarakan


perbarisan rumah sukan pada hari ini.
- tempat ketiga disandang oleh pasukan Rumah__________.
-Seterusnya tempat kedua berjaya jatuh kepada pasukan
Rumah________.
-Dan Johan berjaya disandang oleh pasukan
Rumah___________.

Hadirin sekalian,

-Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang


Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini.
-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati
Sekolah ialah ____________________________.
Untuk makluman semua, beliau telah memenangi
acara______________________________________________
_____

-Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini.


Olahragawan Sekolah pada tahun ini ialah
____________________.
Beliau telah meraih
pingat__________________________________.

-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan


secara rasmi kedudukan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah
bertanding.

-Tempat ketiga______________________________________
dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan
___________ pingat gangsa. Dipersilakan Ketua Rumah
Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

7
-Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan
Rumah______ dengan __________ pingat emas, ______
pingat perak dan ___________ pingat gangsa. Dipersilakan
Ketua Rumah Sukan________________________ untuk
menerima hadiah.

-Dan johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Olahraga


SMKTK bagi tahun 2018 jatuh kepada:
Rumah __________________________ dengan __________
pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat
gangsa.
Dipersilakan Ketua Rumah
Sukan________________________ untuk menerima hadiah.
.
- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada _________
__________________________________atas kesudian
menyempurnakan majlis sebentar tadi.
UCAPAN Hadirin dan hadirat sekalian,
PERASMIA Untuk menyempurnakan penutupan kejohanan Sukan Olahraga
N pada kali ini, majlis sekali lagi menjemput Tn.Hj. Rozlan bin
PENUTUPA Hamat, Pengatua SMK Teloi Kanan untuk memberikan ucapan
N dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan
Sukan Olahraga SMK Teloi Kanan bagi tahun 2018.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan


terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam membantu menjayakan dan
melicinkan perjalanan majlis pada hari ini.

Dengan itu,maka berakhirlah kejohanan Sukan Olahraga SMK


Teloi Kanan bagi tahun 2018.
.
Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta yang
berjaya. Kepada yang masih gagal teruskan usaha,jangan putus
asa.
YAKIN BOLEH, ANDA BOLEH DAN SEMEMANGNYA
TELOI KANAN BOLEH....INSYAALLAH!!

SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH,


WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA’ALA
WABARAKATUH.

8
9

Anda mungkin juga menyukai