Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN BOLA BALING MSSPP ZON

BUTTERWORTH UNTUK TAHUN 2018.

Pembukaan/Aluan

Assalam mualaikum warahmatullah hibarakatuh, Salam sejahtera dan salam 1Malaysia

Yang berusaha, Tuan Haji Masri bin Abdullah; Pegawai Pelajaran Daerah SPU

Yang berusaha, ………………………………; Pengetua Maktab Wanjah Selaku sekolah Pengelola, Yang
Berusaha, ………………………………………… pengetua SK Taman Senangan, Ahli-ahli jawatankuasa Kejohanan,

Pengetua-pengetua Sekolah yang bertanding,

wakil-wakil pengetua

Pegawai-pegawai Kejohanan,

Para guru dan Guru-guru pengiring

pasukan-pasukan yang bertanding

Para pelajar.

serta hadirin dan hadirat sekalian

Lenggang bertapak seni memandang

Silat sendeng menyusun jari

Salam Sembah selamat datang

Sudi Tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan
kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Baling MSSPP zon
Butterworth untuk tahun 2018. Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang dan
membawa seribu makna kepada kita semua.

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha,

pegawai Pelajaran Daerah SPU ke Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Sepak MSSPP zon
Butterworth untuk tahun 2018 kelolaan Maktab wan jah. Sesungguhnya, kehadiran Yang berusaha
Tuan PPD ialah lambang keprihatinan terhadap sumbangan sekolah-sekolah di Daerah SPU dalam
mencapai kecemerlangan.
Hadirin hadirat sekalian,

Untuk makluman, objektif kejohanan ini dijalankan adalah antara lain untuk

-mempopularkan permainan bola sepak kepada para pelajar sekolah menengah

-mengeratkan perasaan muhibah antara pemain yang berbilang kaum.

mencungkil bakat-bakat baru dan memilih pemain yang berpotensi dan berdisiplin tinggi bagi mewakili
MSS Pulau Pinang ke peringkat yang lebih tinggi.

Anak muda mengalun qasidah

Tiada kekok tampil ke depan

Pembuka kata berlalu sudah

Mari kita mendengar ucapan

Seterusnya Majlis menjemput Yang Berusaha, ust Ashmuni Bin Ahmad pemangku Pengetua Maktab
wanjah selaku sekolah pengelola Kejohanan Bola Baling MSSPP zon Butterworth tahun 2018
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan Perasmi

Terima kasih diucapkan kepada ust Ashmuni Bin Ahmad, Pemangku Pengetua Maktab Wan Jah di atas
ucapan tadi . Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik……………………………………………..,


Pegawai Pelajaran Daerah SPU menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup dengan rasminya.
Kejohanan Bola Baling MSSPP zon Butterworth tahun 2018. Dipersilakan.

Penyampaian Hadiah

Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan penutup oleh Yang Berusaha Encik Abu Bakar bin Alim,
Pegawai Pelajaran Daerah Jasin sebentar tadi.

Jalan lengkok redup berkalis

Damba pedoman menyongsong arah

Ucapan Tuan merasmi majlis

Tanda kejohanan berlangsung meriah

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Secara keseluruhannya, Kejohanan pada tahun ini telah mempertemukan 10 buah sekolah bagi kategori
Bawah 15 Tahun manakala 11 buah sekolah beraksi untuk kategori bawah 18 tahun.
Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah:

_________________________________________________

Penyampaian hadiah dimulakan dengan pemenang-pemenang bagi kategori terbuka bawah 18 Tahun.

Semua anggota kontinjen pasukan bola sepak kategori terbuka bawah 18 tahun yang berjaya mendapat
pingat dipersilakan bersedia {diatas pentas penerimaaan hadiah}

Menjemput Penyampai Hadiah

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ………………………………………………………….diiringi


……………………………………………………….., menjemput dan mengiringi Yang berusaha
………………………………………………………………… (vippd) bergerak ke tempat penyampaian hadiah.

Penyampaian Hadiah

Tempat keempat jatuh kepada SMK ____________

Tempat ketiga di menangi oleh SMK ________ yang mengatasi SMK _______ __ berbalas __

Naib johan jatuh kepada pasukan SMK ____________

Dan JOHAN Kejohanan Bola Sepak MSSPP Zon Butterworth tahun 2018 bagi kategori terbuka bawah 18
tahun di sandang oleh SMK ___________ yang menewaskan SMK _________ dengan jumlah gol ____
berbalas _____

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Penyampaian Cenderamata

Sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha ……………………………………………


(vip/ppd), Pengetua Maktab Wan Jah menyampaikan cenderamata kepada Yang berusaha
…………………………………………………………….. (vip/ppd)

Ucapan Terima Kasih

Terima kasih di ucapkan kepada Yang berusaha ………………………………………………………(vip/ppd) yang sudi


menyempurnakan upacara penyampaian hadiah sebentar tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan sekali lagi Encik Brad Pit menjemput dan mengiringi Encik Abu Bakar
bin Alim ke bilik jamuan makan tengah hari. Semua tetamu jemputan juga dipersilakan bergerak ke bilik
jamuan untuk menikmati juadah yang telah disediakan.
Penutup

Banyak keluk ke penarik,

Keluk tumbuh pohon kuini;

Nan elok bawalah balik,

Nan tak elok tinggallah di sini

Dari Rokan ke Indragiri,

Membawa tinta ke Kuala Linggi;

Baliklah tuan rehatkan diri,

Esok lusa bersua lagi.

Majlis berakhir di sini. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para pemenang.

Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai