Anda di halaman 1dari 1

TEKS PENGACARA MAJLIS

HARI PENDAFTARAN DAN PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 2019


TARIKH : 31 DISEMBER 2019 (ISNIN)

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang berusaha, Puan Rohaya binti Md Zain, Pengetua Sekolah Tinggi Segamat
Yang dihormati, Tn. Hj. Samsuri Bin Ismail, Yang Dipertua PIBG Sekolah Tinggi Segamat
Encik Amran bin Abas, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Supiei bin Othman, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Norashikin binti Md Aris, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru kanan bidang, guru-guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru, para ibu bapa dan penjaga serta
pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan limpah kurnianya dapat kita bersama-
sama berkumpul di sini bagi Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 tahun 2019. Selamat datang diucapkan
kepada semua pelajar ke Sekolah Tinggi Segamat.

Sebelum memulakan majlis, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz
Asraf bin Che Nor. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
______________________________________________________________________

Amin.. Amin.. Ya Rabbalalamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Asraf bin Che Nor atas pimpinan bacaan
doa sebentar tadi. Semqoga majlis ini berjalan lancar dan mendapat keberkatan Ilahi.

Hadirin yang dihormati sekalian;

Bagi memulakan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang dihormati Tn. Hj. Samsuri Bin
Ismail, Yang Dipertua PIBG Sekolah Tinggi Segamat untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
______________________________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Samsuri atas ucapan beliau sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Rohaya binti Md Zain, Pengetua Sekolah Tinggi Segamat
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
______________________________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua atas ucapan beliau sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Dengan berakhirnya ucapan yang disampaikan oleh Puan Pengetua, maka majlis kita sudah sampai ke
penghujungnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar kerana terpilih untuk meneruskan
perjuangan di alam persekolahan di sini. Diharap semoga pelajar-pelajar akan menjadi seorang pelajar yang
berdisiplin dan berjaya pada suatu hari nanti.

Dengan ini, para ibu bapa dan penjaga diminta menjalankan proses pendaftaran di kaunter-kaunter yang telah
disediakan. Bagi yang ingin membeli buku dan peralatan persekolahan, boleh dilaksanakan di koperasi sekolah.

Sekian, kami sudahi majlis ini dengan Wabillahi Taufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullah
Wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai