Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID, GURU DAN AKP


28 JULAI 2022 – KHAMIS – 7.30am
DEWAN AHMAD HAJI HAMBALI
_________________________________________________________________________
PENGERUSI MAJLIS : NURUL AIN ULFAH BINTI MOHD SALWI

Bil Perkara Butiran Catatan

1 Nyanyian Lagu Hadirin sekalian diminta berdiri untuk sama-sama


Bangsa Johor & menyanyikan lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku.
Negaraku
Majlis menjemput Cikgu Nadzrah bin Musa untuk
memimpin nyanyian.

(Nyanyian lagu Negaraku)

Tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan duduk.

2 Kata Alu-aluan Ke pekan Kuala mencari bingka,


Burung merbah di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T.


dan salam SK Gembut Teratas.

Yang Berusaha
Cikgu Hajazi bin Abdul Hamid, Guru Besar SK
Gembut

Yang Dihormati

Cikgu M.I Maslinni binti Ismail, GPK Pentadbiran


Cikgu Hanifah binti Ahmad@Ismail, GPK Hem
Cikgu Mohd Zam bin Samuri, GPK Kokurikulum

Barisan guru, AKP & murid-murid yang dikasihi


sekalian.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan


kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul pada
pagi ini bagi memeriahkan majlis sambutan hari lahir
murid, guru dan AKP yang menyambut kelahiran pada
Januari sehingga Jun 2022.
3 Bacaan Doa Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah


sama-sama kita menadah tangan memohon limpah
rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput
dan mempersilakan Ustaz Mohd Nor Hashrul Bin
Shariffuddin untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***** Bacaan Doa ******

Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih


diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

4 Ucapan Guru Pergi ke kota beli selasih,


Besar Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Cikgu


Mohammed Hajazi bin Abdul Hamid, Guru Besar SK
Gembut untuk menyampaikan ucapan.

Majls dengan segala hormatnya mempersilakan.

**** Ucapan ****

Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi.


5 Gimik Hadirin yang dikasihi sekalian,
Pemotongan
Kek Majlis akan diteruskan dengan sesi pemotongan kek.
Majlis dengan ini menjemput Cikgu Mohammed Hajazi
bin Abdul Hamid, Guru Besar SK Gembut diiringi
Cikgu Hanifah binti Ahmad untuk sesi pemotongan
kek.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**** Potong Kek ****

Terima kasih diucapkan atas pemotongan kek


sebentar tadi.

Tuan Guru Besar dan Cikgu Hanifah diminta untuk


kekal di atas pentas.

6 Penyampaian Berkebaya batik berwarna merah


Hadiah Hari Diserikan dengan permata berlian
Lahir Tibalah masa penyampaian hadiah
Penerima teruja menunggu giliran

Hadirin sekalian,
Majlis akan diteruskan dengan penyampaian hadiah
hari lahir kepada murid-murid, guru serta staf AKP SK
Gembut.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**** Rujuk Senarai Nama ****

Terima kasih diucapkan atas penyampaian hadiah


sebentar tadi.
7 Sesi Bergambar Hadirin Sekalian,

Majlis akan diteruskan dengan sesi bergambar bagi


kesemua murid, guru dan AKP yang menyambut hari
lahir pada bulan Januari sehingga Jun.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

****sesi bergambar****

Terima kasih diucapkan atas sesi bergambar sebagai


kenang-kenangan sebentar tadi.

8 Jamuan Terbang sekawan si burung merbuk,


Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Hadirin sekalian,

Dengan ini berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.

Hadirin semua dijemput untuk menjamu selera.

Saya akhiri majlis pada pagi ini dengan wabillahitaufik


walhidayah assalamualaikum W.B.T

Anda mungkin juga menyukai