Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN


PERTANDINGAN VIDEO DRAMA MBMMBI PERINGKAT NEGERI TAHUN 2022
OLEH
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH.
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh/Selamat pagi dan salam sejahtera.

Salam Sepakat Sabah Hebat, Salam Sabah Maju Jaya.

Yang Berbahagia Puan Tah Nia Binti Haji Jaman, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri

Sabah,

Yang Berusaha Encik Muddin Bin Beting, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid,

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Yang Berusaha Puan Kasmini Hj Kumit, Ketua Penolong Pengarah, Sektor

Pembangunan Murid JPN Sabah.

Yang Berusaha Ramlah Ramli, Ketua Unit Kokum, Sektor Pembangunan Murid JPN

Sabah.

Yang Berusaha Encik Maludin bin Hj Idris, Penolong Pengarah, Unit KoAkademik

Bahasa, Sektor Pembangunan Murid JPN Sabah.

Yang Berusaha Encik Mohd Fadzli Abd. Rozan, Pegawai Pendidikan Daerah Kota

Belud merangkap Pengerusi Pengelola Pertandingan Video Drama MBMMBI Peringkat

Negeri Sabah Tahun 2022.

Yang Berusaha Encik Nasdin Bin Pumpunga, Pengetua SMK Tambulion Kota Belud,

Sekolah pengelola Pertandingan Video Drama MBMMBI Peringkat Negeri Sabah 2022.

Yang Berusaha Encik Jainol Bin Sair, Pengetua SMK Pekan II Kota Belud

merangkap Pengerusi Persatuan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Negeri Sabah

(PPSMS) Kota Belud.

Yang Berusaha Encik Abd Aziz Bin Zaman, Guru Besar SK Rosok Kota Belud,

Merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Kota Belud.


Semua Penolong Pengarah Unit Kokum, Sektor Pembangunan Murid JPN Sabah,

semua Pegawai Pendidikan Daerah, Semua Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,

Puan Daphne Mildred Lim, PT Sketch Negeri Sekolah Rendah dan Menengah.

Puan Norjaya Binti Hj Adzim, PT Sketch Daerah.

Semua pengerusi Teknik Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah di Negeri Sabah,

Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas

jemputan dalam majlis ini.

Syabas dan Tahniah kepada Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah

Kota Belud kerana telah berjaya melaksanakan penganjuran Pertandingan Video Drama

MBMMBI secara dalam talian Peringkat Negeri Sabah, tahun 2022. Alhamdulillah, syukur

kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, kita

dapat berkumpul sekali lagi dalam majlis yang penuh bermakna ini.

Hadirin hadirat yang dihormati,

Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan jelas daripada

fungsi tradisionalnya. Kini pelajar bukan sahaja untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai

pewaris negara menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia selari dengan Bidang

Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan

berkemampuan. Dalam konteks ini, NKRA itu sendiri merupakan satu inovasi dasar dan

strategi yang ampuh dalam merealisasikan Hasrat untuk memantapkan kualiti pendidikan

negara. Kita perlu bersedia untuk melakukan pembaharuan dan pembugaran dalam sistem

pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang berterusan.


Sektor pendidikan masa kini telah melaluli perubahan yang besar seiring dengan

berkembangnnya arus permodenan dan teknologi kini. Kita dapat melihat sungguh banyak

perubahan yang dilakukan agar pendidikan seiring dengan kehendak kemajuan dunia moden.

Daripada pendidikan bersemuka di dalam bilik darjah, kemudian beralih kepada pendidikan

secara alam maya dan kembali semula secara bersemuka.. Semua ini diaplikasikan dalam

menyempurnakan hasrat pendidikan yang baik dan ilmu yang secukupnya, serta penguasaan

kemahiran berbahasa kepada murid-murid.

Seperti yang kita sedia maklum, pemerkasaan MBMMBI antara lainnya ialah

meningkatkan kemahiran berbahasa dengan betul dan tepat, baik dalam Bahasa Melayu mahu

pun dalam Bahasa Inggeris. Penguasaan kemahiran berbahasa khususnya Bahasa Inggeris

dalam kalangan murid-murid kita bukan bermaksud kita mahu mengetepikan Bahasa

Kebangsaan kepada warganegara Malaysia tetapi dari sudut global, modal insan negara yang

mampu menguasai lebih daripada satu Bahasa akan mendapat tempat dan peluang yang lebih

besar dan utama dalam pasaran tenaga buruh dunia.

Oleh hal yang demikian penganjuran Petandingan Video Drama MBMMBI telah

dilaksanakan ini amat tepat pada masanya selepas negara menerima tempias kesan pandemik

Covid-19 seluruh dunia. Program-program ke arah meningkatkan daya saing anak-anak

didik kita hendaklah dijadikan platform yang utama dalam mengetengahkan, menyerlahkan

dan mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa. Memang tidak dinafikan dalam dunia

global kini, persaingan untuk mencapai kemuncak ilmu kemajuan harus menerima hakikat

bahawa kemahiran komunikasi dalam pelbagai bahasa seumpama tiket wajib untuk

memasuki pasaran antarabangsa.


Bahasa Inggeris pula adalah salah satu bahasa yang paling meluas penggunaannya di

seluruh dunia. Malah, walaupun di luar dari negara seperti Amerika Syarikat dan United

Kingdom, ramai orang boleh bertutur dan memahami bahasa Inggeris dan jika kita

mengambil kira orang yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mereka,

terdapat hampir 1 bilion orang dari seluruh dunia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris! .

Selain itu, 67 buah negara menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka dan

terdapat 27 buah negara yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mereka.

Bagaimana semua ini boleh berlaku? Hal ini sudah tentulah mempunyai kaitan dengan

sejarah dan yang paling penting ialah sejarah berkaitan Empayar British. Berabad-abad

lamanya, Empayar British telah berkembang dan menjajah banyak negara, termasuklah

negara yang baru sahaja disebut dan banyak lagi. Dalam kebanyakan kes, British akan

memaksa penduduk kawasan jajahan mereka untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dan

beberapa negara ini masih bertutur dalam bahasa Inggeris, walaupun ia bukan bahasa utama

mereka. Sebagai contoh, bagaimana orang Ireland boleh mengetahui bahasa Inggeris dan

jarang sekali menggunakan bahasa asli mereka, Gaelic? Kerana British memerintah Ireland

selama beberapa ratus tahun.

Disebabkan terlalu ramai orang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, maka

penguasaan berbahasa yang baik membantu menghubungkan kita dalam dunia global.

Perkara ini juga membantu dalam kehidupan peribadi dan profesional anda.

Saya tidak bermaksud untuk berucap panjang dalam perkara ini, cukup sekadar kita

mengetahui peri pentingnya generasi baharu bertindak di luar kotak kebiasaan. Buanglah

sikap menunggu dan menerima takdir yang ada. Suburkan di minda dan jiwa setiap individu

warga, baik kita sebagai penjawat awam atau pun generasi pelapis negara untuk terus maju

dan bersaing sihat dalam meneroka ilmu-ilmu baharu dalam dunia teknologi kini.
Akhir sekali, saya sekali lagi mengucapkan Syabas dan tahniah kepada pihak

pengelola iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud atas kejayaan penganjuran

Pertandingan Video Drama MBMMBI Secara Dalam Talian Peringkat Negeri Sabah tahun

2022. Semoga usaha-usaha ini akan memberi impak besar kepada kemenjadian murid-murid

khususnya dan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah amnya.

Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai