Anda di halaman 1dari 11

TEKS UCAPAN

YBrs. PUAN FARAH MARDHY BINTI AMAN


PENGARAH, ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE, KPM

BERSEMPENA
MAJLIS BICARA ILMU BERSAMA
YBhg. PENGARAH BAHAGIAN PROFEONALISMA GURU

Selamat pagi, dan salam sejahtera.


Yang Berbahagia Datuk Hajah Maimunah binti Suhaibul
Pengarah
Bahagian Profesionalisma Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang Dihormati Dr. Kalminderjit Kaur a/p Gurcharan Singh


Timbalan Pengarah ELTC

Ketua-ketua Jabatan ELTC, Staf Akademik dan Staf Khidmat


Pengurusan ELTC

Tuan-tuan, Puan-puan yang saya hormati sekalian.

PENDAHULUAN

1. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada YBhg.

Datuk Hajah Maimunah binti Suhaibul kerana sudi hadir ke Majlis

Bicara Ilmu bersama YBhg. Datuk Pengarah BPG serta berkongsi

pengalaman YBhg. Datuk di dalam sesi perkongsian ilmu

1
bersama warga ELTC. Sesungguhnya, kehadiran YBhg. Datuk

amat bermakna buat ELTC dan kami berasa amat bertuah kerana

ini merupakan kali pertama kedatangan YBhg Datuk ke ELTC.

Selamat datang YBhg. Datuk. Welcome to ELTC

2. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

sekalung penghargaan di atas kesudian YBhg. Datuk merasmikan

wall of acheivement sebentar tadi. Kami warga ELTC amat

berterima kasih di atas kemurahan hati YBhg Datuk membantu

kami memberikan peruntukan tambahan OS29000 untuk

Perkhidmatan Memasang Wallpaper di Blok Pentadbiran ELTC.

3. Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada

Jawatankuasa Kerja Majlis Bicara Ilmu ini yang terdiri daripada

Jabatan Khidmat Pengurusan (JKP) di bawah penyelaras Encik

Izzat Fadhli bin Hamdan. Syabas dan tahniah diucapkan.

4. Saya juga tidak lupa untuk mengucapkan selamat datang kepada

mantan staf ELTC, iaitu Encik Nazri bin Ramli dan Puan

Yusnamaraiah binti Md Yusop kerana sudi hadir bersama-sama

kita pada hari ini. Sesungguhnya saya tidak pernah lupa jasa dan

khidmat bakti kalian sepanjang tempoh berkhidmat di ELTC ini.

Walau sukar untuk kami di ELTC melepaskan kalian pergi, namun

saya percaya kalian semua tidak pernah melupakan pengalaman

2
dan kenangan kerja di ELTC ini. Saya lihat, khidmat bakti kalian

lebih diperlukan di tempat baharu. Saya sentiasa mendoakan

kejayaan kalian semua. Kalau ada masa dan ruang, jemputlah

datang ke ELTC. Pintu kami sentiasa terbuka buat kalian semua.

YBHG. DATUK DAN HADIRIN SEKALIAN.

5. Sesungguhnya, saya amat berbesar hati pada hari ini untuk

berkongsi dengan YBhg. Datuk tentang perkembangan institusi

ini bukan sahaja dari aspek infrastruktur malahan juga dari segi

peranan ELTC semenjak ditubuhkan lebih kurang 17 tahun

dahulu.

6. ELTC amat bertuah kerana telah ditempatkan di satu kampus

yang luas, besar dan dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan

yang canggih. Setelah beroperasi di premis Institut Perguruan

Bahasa-bahasa Antarabangsa selama 11 tahun, ELTC kini

ditempatkan di Kompleks Pendidikan Bandar Enstek dan telah

mula beroperasi di kampus ini sejak 4 Mac 2013.

LATAR BELAKANG PENUBUHAN ELTC

7. Seperti apa yang terpapar di wallpaper tadi, ELTC ditubuhkan

pada 2 Mei 2002 sebagai sebuah institusi khas bagi melatih guru

3
Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan secara lebih berkesan dan

sistematik. ELTC berfungsi sebagai pusat inovasi pengajaran

dan pembelajaran bahasa Inggeris yang unggul di Malaysia.

8. Dengan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,

peranan ELTC kini bukan hanya sebagai peneraju dalam

Pengajaran Bahasa Inggeris malahan juga bertanggungjawab

untuk merealisasikan inisiatif Bahasa Inggeris seperti mana yang

termaktub dalam PPPM dan English Roadmap bagi melahirkan

murid yang mempunyai daya saing yang tinggi di persada dunia.

PERANAN ELTC

YBHG. DATUK DAN HADIRIN SEKALIAN.

9. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) melakarkan

visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi

keperluan negara pada masa hadapan. ELTC memainkan peranan

yang penting dalam memastikan Anjakan 2, ‘Memastikan setiap

murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris’

dapat direalisasikan dalam sistem pendidikan Malaysia.

10. Dasar MBMMBI yang mula dilaksanakan pada tahun 2011

memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan

4
yang mampu berkomunikasi dengan berkesan. Seperti yang

digariskan dalam PPPM bagi anjakan ke-2, KPM berhasrat

memastikan murid menguasai kecekapan dalam bahasa Malaysia

dan bahasa Inggeris.

11. ELTC telah memainkan peranan yang penting dalam

meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris dalam menerajui 4

inisiatif utama yang merupakan KPI menteri pendidikan.

12. Antara inisiatif tersebut ialah

a. Pro-ELT

b. Program Peningkatan Penguasaaan Bahasa Inggeris

(PPKBIS) Sekolah Menengah.

c. Highly Immersive Programme (HIP) dan;

d. Dual Language Programme (DLP)

YBHG. DATUK DAN HADIRIN SEKALIAN.

Majlis Penarafan Standard dan Kualiti Bahasa Inggeris (MPSKBI)

13. Selain menerajui empat inisiatif bahasa Inggeris yang

termaktub dalam PPPM, ELTC juga merupakan sekretariat kepada

Majlis Penarafan Standard dan Kualiti bahasa Inggeris yang

5
ditubuhkan pada bulan November 2012. Majlis ini dianggotai oleh

tujuh (7) orang pakar bahasa Inggeris yang dilantik oleh Menteri

Pendidikan. Majlis ini diurus setiakan oleh sekretariat yang

diletakkan di bawah pengurusan English Language Teaching

Centre (ELTC) di mana Pengarah ELTC berperanan sebagai

Setiausaha Majlis. Salah satu aktiviti utama majlis ini ialah

penghasilan Roadmap for English Language Education in

Malaysia yang berlandaskan Common European Framework of

Reference for Languages sebagai piawaian Bahasa Inggeris

antarabangsa di Malaysia.

YBHG. DATUK DAN HADIRIN SEKALIAN.

14. Masa berlalu dengan begitu pantas dan kini kita telah pun

berada pada bulan terakhir dalam tahun 2019. Alhamdulillah,

berkat perancangan dan komitmen padu daripada semua warga

kerja ELTC, kita telah berjaya melaksanakan pelbagai program

dan inisiatif di samping memastikan tahap penyampaian

perkhidmatan kita kepada pelanggan adalah yang terbaik.

15. Antara program dan inisiatif utama yang telah dilaksanakan

sepanjang tahun 2019 ini adalah seperti:

6
a. Program Read with Me 2019.

i. Program ini adalah salah satu usaha untuk

memupuk minat membaca terutamanya bahan

bacaan Bahasa Inggeris di kalangan murid di

seluruh Malaysia. Program ini juga adalah salah

satu inisiatif bagi menjayakan HIP di sekolah.

b. Program Let’s Write be Creative with English Essay

Competition 2019.

i. Ini merupakan salah satu inisiatif YBhg. Datuk KSU

sendiri yang telah memberi mandat kepada ELTC

untuk menguruskannya. Sambutan untuk

pertandingan ini adalah menggalakan dan dijangka

pada tahun 2020, program ini akan diteruskan lagi

dengan penglibatan lebih banyak sektor korporat

yang turut sama menyumbang.

c. Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Program HIP

Mentor

i. Program ini adalah slah satu bentuk penghargaan

KPM kepada mantan pendidik yang telah bersara,

namun masih setia menabur bakti untuk terus

mendidik anak bangsa terutamanya dalam

Pendidikan Bahasa Inggeris. Program ini telah


7
mendapat perhatian yang serius daripada Menteri

Pendidikan sendri, Yang Berhormat Dr. Maszlee bin

Malik di mana YB Menteri sendiri yang sudi hadir

dan menyampaiakan sijil tersebut. Dijangka untuk

tahun 2020 akan ada sedikit saguhati berbenuk

token yang akan diberikan kepada peara guru ini.

Namun semuanya itu tertakluk kepada kelulusan

dan keadaan kewangan semasa kerajaan.

d. ELTC juga sering dikunjung oleh pelbagai pihak.

Terdapat beberapa siri lawatan penanda aras dari dalam

mahupun luar telah di adakan di ELTC. Antaranya ialah;

i. Lawatan deligasi Kemeterian Pendidikan Cambodia

ii. Lawatan deligasi Jabatan Audit Negara Oman

iii. Lawatan penanda aras ELT Library dari Bahagian

Perkembangan Kurikulum, KPM dan;

iv. Lawatan Majlis Guru Bear dan PPD Kota Belud ke

ELTC

16. Untuk semua kejayaan tersebut, tahniah saya ucapkan


kepada semua warga ELTC. Melihat kembali perjalanan
sepanjang tahun 2019 ini, ELTC tidak sepi daripada
berhadapan dengan pelbagai tuntutan tugas dalam
melaksanakan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh
negara.

8
17. Memandangkan kita kini telah berada di penghujung
tahun 2019, maka sudah tentu pada saat ini, wajar untuk kita
melihat kembali apa yang telah kita capai, sejauh mana
prestasi kita dan mungkin juga merenung apa yang boleh
kita lakukan dengan lebih baik dan lebih sempurna,
berbanding dengan apa yang telah dilakukan sepanjang
tahun ini.

18. Harapan saya untuk ELTC bagi mendepani tahun baru


2020 yang bakal menjelma tidak lagi adalah semoga usaha
dan kecemerlangan kita pada tahun ini dapat diteruskan
dengan lebih jitu bagi memastikan peranan kita sebagai
sebuah agensi yang unggul dalam menawarkan
perkhidmatan dan sumber rujukan Bahasa Inggeris serantau
akan terus dipertingkat.

YBHG. DATUK DAN HADIRIN SEKALIAN.

Penutup

19. ELTC komited kepada pembangunan sistem pendidikan yang

memenuhi keperluan murid dan negara. ELTC juga berazam

untuk melaksanakan program dan inisiatif Bahasa Inggeris yang

dipertanggungjawabkan kepada institusi ini bagi meningkatkan

9
kualiti pengajaran di dalam kelas supaya murid dapat

dilengkapkan dengan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa

Inggeris, berfikir dengan kreatif dan kritis dan kebolehan

menyelesaikan masalah untuk menempuhi cabaran dalam abad

ke-21.

20. YBhg. Datuk, ELTC sangat-sangat berterima kasih kepada

sokongan dan perhatian yang telah diberikan oleh YBhg. Datuk

serta seluruh warga Bahagian Profesionalisma Guru kepada

ELTC selama ini . Segala perhatian serta sokongan yang diberikan

oleh YBhg. Datuk telah memberikan iltizam dan azam yang padu

kepada seluruh warga ELTC dalam melaksanakan segala aktiviti

yang telah dirancang khususnya demi mendidik anak bangsa.

Semoga pengalaman serta idea yang dikongsikan oleh YBhg.

Datuk dalam sesi bicara ilmu nanti akan menjadi pemangkin serta

penyuntik semangat ke dalam diri setiap warga ELTC agar bekerja

lebih keras demi memastikan visi dan misi serta dasar KPM

tercapai dan terlaksana dengan jayanya.

21. Sebelum saya terlupa, di kesempatan ini, saya juga ingin

mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada warga ELTC yang

menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Disember ini.

Kepada kebanyakan warga ELTC yang mungkin mengambil

cuti akhir tahun, Selamat Bercuti saya ucapkan. Doa saya

10
semoga warga ELTC sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera

dalam persediaan menyambut tahun baru 2020 yang bakal

menjelang.

22.

Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya mengakhiri ucapan

saya dengan serangkap pantun,

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan

Sekian, terima kasih.

11

Anda mungkin juga menyukai