Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN ALUAN PENGARAH

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

1. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi


kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin dan
kurniaNya jua telah memungkinkan saya bertemu dengan tuan-tuan
dan puan-puan dalam Majlis Executif Talk Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia pada petang ini.

2. Semoga hari ini akan menjadi lebih baik daripada semalam dan
semoga esok menjadi lebih baik dan cemerlang daripada hari ini.
Saya mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua warga Jabatan Pendidikan Negeri
Perak, atas komitmen dalam melaksanakan segala tugas yang
diamanahkan dan pencapaian cemerlang yang dicatatkan sepanjang
tahun lalu. Saya berharap semoga momentum ini dapat terus
dikekalkan dan dipertingkatkan serta dapat memotivasikan kita ke
arah transformasi yang lebih cemerlang pada tahun 2020.

3. Pada kesempatan ini, saya juga mengalu-alukan Yang Berbahagia


Datuk Dr. Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia atas
kesudian bersama dengan kita semua pada majlis petang ini.
Semoga dengan kehadiran Yang Berbahagia Datuk akan terus
memberi motivasi serta mempertingkatkan kecemerlangan dalam
bidang pendidikan khususnya di Negeri Perak Darul Ridzuan

Yang Berbahagia Datuk, tuan-tuan dan puan-puan


4. Memang kita akui dan sedar, menjana modal insan dalam acuan kita
sendiri dan pada masa yang sama gah dalam pentas global bukan
suatu usaha dan proses yang mudah. Banyak cabaran dan usaha
yang perlu kita laksanakan. Namun begitu, ini tidak bermakna kita
perlu berhenti dan berputus asa kerana sesungguhnya anak-anak
kita layak mendapat pendidikan yang terbaik. Inilah juga harapan kita
agar rakyat berada di belakang kita bersama-sama menyokong dan
berganding bahu merealisasikan agenda yang penting ini.

5. Menyedari hakikat bahawa anak-anak generasi akan datang ini


adalah modal insan yang bakal menerajui negara dan menjadi
pesaing global serta penyumbang di peringkat dunia, justeru Jabatan
Pendidikan Negeri Perak komited dalam menyuntik pelbagai aspek
kemahiran, pengetahuan, etika serta jati diri tanpa melupakan aspek
kerohanian yang terangkum dalam enam aspirasi murid.

Yang Berbahagia Datuk, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan

6. Hari ini di dalam era transformasi, pemindahan dan perkongsian ilmu


memainkan peranan yang penting di dalam mencapai hasrat
pembangunan ekonomi negara ke arah negara maju menjelang
tahun 2025. Pelbagai program telah dianjurkan termasuklah
Program Jelajah KPM, Pertandingan Memasak Kebangsaan,
Pertandingan Pidato SJKC & SJKT, Pertandingan Badminton
Perodua dan sebagainya. Jabatan Pendidikan Negeri Perak
merakamkan ucapan syabas dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan program-program tersebut.
7. Hasil pemerhatian mendapati showcase-showcase yang dipamerkan
serta yang dipertontonkan sempena program sebegini berjaya
menarik minat pengunjung ke program yang bersifat pendidikan.
Penglibatan murid dan guru dari pelbagai sekolah termasuklah
sekolah-sekolah TS25 dan sekolah-sekolah Orang Asli jelas
menunjukkan komitmen dan kecekapan pengurusan sumber yang
ada bagi memastikan objektif program dicapai dengan cemerlang. Ini
adalah salah satu aplikasi konsep pembelajaran di luar bilik darjah
yang menitikberatkan elemen kerjasama dan komunikasi berkesan
dalam mempamerkan penyampaian yang terbaik. Terima kasih
semua.

8. Akhirnya, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Dauk Dr., atas kesudian hadir pada petang ini. Juga
kepada semua pihak yang sama-sama bergading bahu memajukan
pendidikan di negeri yang kita cintai. Terima kasih kepada
Jawatankuasa Pengelola atas kesungguhan menjayakan majlis pada
petang ini.

9. Buat Yang Berbahagia Datuk Dr. KPPM yang akan bersara wajib
pada 21 Disember 2019, saya mewakili seluruh warga pendidikan
seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan berdoa agar segala urusan Yang
Berbahagia Datuk dipermudahkan dan semoga diberkati dengan
kesihatan yang berpanjangan serta bahagia di samping keluarga
tersayang.
10. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalam wbt dan Salam
sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai