Anda di halaman 1dari 2

BIL ATURCARA/QUE UCAPAN

1
Aluan Pengacara BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM,

ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SALAM SEJAHTERA


DAN SALAM MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI
SARAWAK.

Yang berusaha, encik Sapri Bin Paee, Guru besar


Sk.Miri, Yang Dihormati Puan Hajah Naemah Binti
Morshidi, Penolong Kanan pendidikan Khas Sk.Miri,
rakan-rakan guru dan seterusnya yang diraikan
rombongan guru-guru dari Zon Bakong Miri.

Selamat datang dan terima kasih kami ucapkan


kepada guru-guru dari zon Bakong kerana sudi
melawat serta meluangkan masa ke Sekolah kami
khususnya ke PPKI Sk.Miri.

2
Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput Ustaz
Azroy Bin Adis untuk bacaan Doa.. Dipersilakan.

Amin-amin yarobbalalamin.

3.
Ucapan Alu aluan GB Untuk meneruskan lagi Majlis kita pada pagi ini, Majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
En.Sapri Bin Paee, GB Sk.Miri untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan. Terima kasih
diucapkan kepada guru besar, encik sapri bin Paee atas
ucapan yang telah disampaikan.

4. Sesi Taklimat 1 Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan sesi
taklimat berkaitan tentang pengurusan Pendidikan Khas.
Sebelum memulakan sesi taklimat kita pada pagi ini,
untuk makluman, mana-mana guru yang ingin mengajukan
apa-apa pertanyaan/soalan ataupun kemusykilan
khususnya berkaitan tentang program Pendidikan Khas
bolehlah mengajukan soalan tersebut diakhir sesi taklimat
kita. Tanpa membuang masa, majlis menjemput Puan
Hajjah Naemah Binti Morshidi, Penolong kanan PPKI
Sk.Miri untuk menyampaikan taklimat beliau berkaitan
tentang Pengurusan Pendidikan Khas.

Terima kasih diucapkan kepada Pun Hajjah Naemah atas


taklimat yang disampaikan. Guru-guru yang ingin
mengajukan soalan bolehlah ajukan soalan dan insyaallah
kami dari pihak PPKI Sk.Miri akan cuba untuk menjawab
dengan sebaik mungkin.

5. Sesi Taklimat 2 Seterusnya dari pihak kami PPKI Skmiri, kami ada
menyediakan slot berkaitan tentang aktiviti dan juga
program yang telah dijalankan oleh PPKI Sk.Miri. Dijemput
cikgu Shoufi royani untuk menyampaikan slot perkongsian
aktiviti PPKI SK.Miri. Dipersilakan.

Terima kasih cikgu shoufi royani atas perkongsian


tersebut.

6. Pemberian sijil Alhamdulillah, sesi taklimat dan perkongsian ini sudah


penghargaan sampai ke penghujungnya. Program yang dijalankan
seterusnya adalah lawatan ke kelas PPKI Sk.Miri.
Sebelum itu, majlis menjemput Guru Besar Sk.Miri untuk
menyampaikan sijil penghargaan kepada rombongan guru
dari zon bakong. Mohon wakil guru untuk menerima sijil
penghargaan.

Terima kasih diucapkan kepada guru besar atas


penyampaian sijil penghargaan tadi.

Maka selesai sudahlah aktiviti pertama kita pada pagi ini.


Kami dari pihak sk.miri khususnya PPKI Sk.Miri
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada semua guru kerana sudi melawat
sekolah kami.

Dengan rasa rendah diri, kami menjemput semua guru


untuk turun ke bawah melihat aktiviti yang sedang
dijalankan oleh murid-murid khas kami sekaligus bolehlah
beramah mesra dengan anak-anak istimewwa sk.Miri.
DIpersilakan.

Anda mungkin juga menyukai