Anda di halaman 1dari 11

1

SKRIP PENGACARA
PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT DAERAH PENAMPANG 2017

Pemakluman: (15 minit sebelum acara bermula)


1. Selamat pagi dan salam sejahtera.
2. Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke Pertandingan inovasi
peringkat daerah penampang 2017
3. Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa makluman kepada para hadirin.
4. Aturcara majlis adalah seperti yang tertera dalam buku program.
5. Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan untuk mematikan telefon
bimbit atau sediakan dalam mod senyap.

BIL AGENDA SKRIP/TEKS TINDAKA


N
1. Nyanyian lagu Sidang hadirin yang dihormati,
negaraku, sabah Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
tanah airku dan menyanyikan tiga buah lagu. Lagu negaraku, lagu sabah
lagu sekolah tanah airku dan lagu sekolah.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.
2. Kata alu-aluan Mencari timba si anak dara,
pengacara majlis Di bawah sarang burung tempua.
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang Berbahagia, Pn. Finny Pegawai Angkat SK St. Joseph


merangkap wakil Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Penampang,
Yang Berusaha, En Godfrey Martin, guru besar SK St.
Joseph, Penampang

1
2

Yang dihormati, Pn. Pipeh James Sibin


Penolong Kanan Pentadbiran Dan Kurikulum Sk. St Joseph,
Penampang,
Yang Dihormati Pn. Regina Masudal, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, Sk. St. Joseph, Penampang,
Yang Dihormati Pn. Laini Karihi, Penolong Kanan
Kokurikulum Sk St. Joseph, Penampang.
Barisan pendidik,
Barisan ibu bapa,
Dan murid-murid tahun 6 2017.
3. Selamat pagi, salam sejahtera, salam satu malaysia dan
salam transformasi Cemerlang Sk St Joseph Penampang
2017.

Bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah


rahmatnya dapat kita berkumpul dalam Majlis Pelancaran
Program My Comiitment 2.04 UPSR tahun 6 2017.

Pihak majlis serta seluruh warga SK St. Joseph, Penampang,


turut sama-sama merakamkan ucapan terima kasih kepada
seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang
Berbahagia Pn. Finnykerana sudi meluangkan masa bagi
bersama-sama menjayakan majlis ini.
4. Lebat kemiri pohonnya rendah,
Bacaan doa Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang maha esa.

Bagi memohon keberkatan majlis pada pagi ini, dipersilakan


Pn. Juvinia Modoit untuk memimpin bacaan doa. Para
hadirin yang berlainan pegangan, mohon berdoa mengikut
agama masing-masing.

2
3

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


..
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn. Juvinia Modoit
atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
5. Para hadirin yang dimuliakan,
Ucapan alu-aluan
guru besar Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Bagi meneruskan majlis, marilah kita bersama-sama,


mendengar ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha En.
Godfrey Martin, Guru Besar Sk. St. Joseph
penampang.

Dengan ini majlis mempersilakan.


..
Demikianlah madah alu-aluan daripada Yang Berusaha En
Godfrey Martin.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih.
6. Sidang warga dewan sekalian,
Ucapan perasmian Sirih junjung penuh bererti,
Ppd penampang Indahnya adat tidak terperi,
Tibalah saat masa dinanti,
Mendengar amanat ucapan perasmi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berbahagia Pn. Marcella Germaine Sikijip, Pegawai
Angkat SK St. Joseph, Penampang merangkap wakil Ketua
Pegawai Pendidikan Daerah Penampang untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis

3
4

Pelancaran Program MY COMMITMENT 2.04 UPSR tahun 6


2017.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Yang berbahagia, Pn. Finny atas
ucapan perasmian itu tadi.
7. Gimik pelancaran Hadirin sekalian,
momentumm Bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis dengan ini
program My menjemput Yang Berusaha , En Godfrey Martin , Guru Besar
Comiitment 2.04 Sek St Joseph Penampang Untuk mengiringi dan
UPSR tahun 6 mempersilakan Yang Berbahagia, Pn. Marcella Germaine
2017sk st joseph Sikijip, Pegawai Angkat SK St. Joseph, Penampang
penampang 2017 merangkap wakil Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Penampang, naik ke atas pentas dan seterusnya
melancarkan gimik bagi pelancaran program My
Commitment 2.04 UPSR tahun 6 Sk St Joseph Penampang
2017.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Demikianlah sebentar tadi, gimik pelancaran bagi majlis
pelancaran program My Commitment 2.04 UPSR Tahun 6
SK St Joseph Penampang 2017.

8. Pelancaran Hadirin sekalian,


perasmian Acara seterusnya merupakan pelancaran Pondok KPI
momentum program My Commitment 2.04 UPSR tahun 6 2017 Sk St
program My Joseph Penampang 2017.
Comiitment 2.04 Bagi menyempurnakan acara ini,majlis dengan penuh
UPSR tahun 6 takzimnya ingin menjemput, Yang Berusaha, Puan Pipeh
2017sk st joseph James Sibin, Penolong Kanan Pentadbiran Dan Kurikulum Sk

4
5

penampang 2017 St Joseph Penampang untuk menjemput Yang Berusaha, En


Godfrey Martin , Guru Besar Sk St Joseph penampang bagi
mengiringi yang Berbahagia, Pn Marcella Germaine Sikijip,
Pegawai angkat SK St, Joseph, Penampang merangkap
wakil kepada Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Penampang ke tapak Pondok KPIdan seterusnya
merasmikan Pondok KPI program My Commitment 2.04
UPSR tahun 6 2017.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Hadirin sekalian dijemput untuk mengalihkan pandangan ke


bahagian tapak Pondok KPI bagi menyaksikan pelancaran
yang bersejarah ini.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput.

Dengan terpahatnya tandatangan Yang Berbahagia, Pn.


Finnypada Pondok KPI itu tadi, maka rasmilah sudah majlis
penlancaran program My Commitment 2.04 UPSR tahun 6
2017. Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima
kasih.
9. Hadirin yang dihormati sekalian,
Penyampaian
cenderahati Sejambak budi,
kepada pegawai Setulus ingatan,
perasmi Segala jasa dan bakti,
Terima kasih kami ucapkan.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang


Berusaha, En. Godfrey Martin, guru besar Sk St. Joseph
Penampang untuk menjemput dan mengiringi Yang
Berbahagia Pn. Marcella Germaine Sikijip, Pegawai Angkat

5
6

SK St. Joseph Penampang merangkap wakil


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Penampang ke atas
pentas dan seterusnya menyampaikan cenderahati kepada
Yang Berbahagia, Pn. Marcella Germaine Sikijip.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
10. Penetapan Target. Hadirin sekalian,

Acara seterusnya merupakan acara penetapan target UPSR


untuk murid-murid tahun 6 bersama dengan ibubapa dan
penjaga. Dengan itu, saya mewakili pihak majlis menjemput
semua ibu bapa atau penjaga bersama dengan anak jagaan
masing-masing untuk bergerak ke kelas 3 Cemerlang dan 2
Cemerlang. Mohon agar ibu bapa atau penjaga dapat
menyemak nama anak jagaan masing-masing pada senarai
nama yang telah dilekatkan di hadapan kelas 3 Cemerlang
dan 2 Cemerlang.

Majlis juga memohon agar ibu bapa penjaga dan murid-


murid dapat berkumpul semula di dalam dewan ini selepas
acara ini bagi acara ikrar aku janji.

Sekian, terima kasih.


11. Ikrar aku janji Hadirin sekalian,

Bagi tidak melengahkan masa, marilah kita ke acara


seterusnya iaitu acara ikrar aku janji yang akan dilakukan
oleh semua murid tahun 6 2017, para ibu bapa tahun 6
2017 serta para guru SK St. Joseph, Penampang 2017.

6
7

Ikrar aku janji pada pagi ini akan dimulakan oleh murid-
murid daripada kelas 6 Dinamik yang akan diketuai oleh
adik _________________.
Dengan itu, dijemput semua murid tahun 6 Dinamik untuk
naik ke atas pentas.

Dijemput, Yang berusaha, ______________ untuk


menyampaikan skrol ikrar murid kepada adik
________________.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha


_________________ atas kesudian menyampaikan skrol
ikrar itu tadi.

Dengan ini, marilah kita mendengar ikrar aku janji daripada


murid 6 Dinamik 2017.

Demikianlah bacaan ikrar aku janji daripada murid 6


Dinamik. Majlis mengucapkan terima kasih. Dengan ini,
sekali lagi dijemput yang berusaha, ______________ untuk
menerima skrol ikrar aku janji daripada adik ____________.

12. Aku janji 6 Hadirin sekalian,


Cemerlang Seterusnya marilah kita bersama-sama mendengar pula
bacaan ikrar aku janji daripada murid-murid tahun 6
Cemerlang yang akan diketuai oleh adik
_________________.
Dengan itu, dijemput semua murid tahun 6 Cemerlang
untuk naik ke atas pentas.

Dijemput, Yang berusaha, ______________ untuk

7
8

menyampaikan skrol ikrar murid kepada adik


________________.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha


_________________ atas kesudian menyampaikan skrol
ikrar itu tadi.

Dengan ini, marilah kita mendengar ikrar aku janji daripada


murid 6 Cemerlang 2017.

Demikianlah bacaan ikrar aku janji daripada murid 6


Cemerlang. Majlis mengucapkan terima kasih. Dengan ini,
sekali lagi dijemput yang berusaha, ______________ untuk
menerima skrol ikrar aku janji daripada adik ____________.

13. Aku janji ibu bapa Hadirin sekalian,


6 dinamik. Kini marilah kita bersama-sama mendengar pula bacaan
ikrar aku janji daripada ibu bapa murid-murid tahun 6
Dinamik yang akan diketuai oleh En. Richard David
Godomon.
Dengan itu, dijemput semua ibu bapa dan penjaga murid
tahun 6 Dinamik untuk naik ke atas pentas.

Dijemput, Yang berusaha, ______________ untuk


menyampaikan skrol ikrar ibubapa penjaga kepada En.
Richard David Godomon.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha


_________________ atas kesudian menyampaikan skrol
ikrar itu tadi.

8
9

Dengan ini, marilah kita mendengar ikrar aku janji daripada


ibu bapa penjaga murid tahun 6 Dinamik 2017.

Demikianlah bacaan ikrar aku janji daripada ibu bapa


penjaga murid 6 Dinamik. Majlis mengucapkan terima kasih.
Dengan ini, sekali lagi dijemput yang berusaha,
______________ untuk menerima skrol ikrar aku janji
daripada En. Richard David Godomon.
14. Aku Janji ibubapa 6 Hadirin sekalian,
Cemerlang Seterusnya, marilah kita bersama-sama mendengar pula
bacaan ikrar aku janji daripada ibu bapa murid-murid tahun
6 Cemerlang yang akan diketuai oleh En. Ian Augustine.
Dengan itu, dijemput semua ibu bapa dan penjaga murid
tahun 6 Cemerlang untuk naik ke atas pentas.

Dijemput, Yang berusaha, ______________ untuk


menyampaikan skrol ikrar ibubapa penjaga kepada En. Ian
Augustine.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha


_________________ atas kesudian menyampaikan skrol
ikrar itu tadi.

Dengan ini, marilah kita mendengar ikrar aku janji daripada


ibu bapa penjaga murid tahun 6 Cemerlang 2017.

Demikianlah bacaan ikrar aku janji daripada ibu bapa


penjaga murid 6 Cemerlang. Majlis mengucapkan terima
kasih. Dengan ini, sekali lagi dijemput yang berusaha,
______________ untuk menerima skrol ikrar aku janji
daripada En. Ian Augustine.
15. Ikrar aku janji guru Hadirin sekalian,

9
10

Kini marilah pula kita bersama-sama mendengar bacaan


ikrar aku janji daripada guru-guru SK St. Joseph
Penampang yang akan diketuai oleh Yang Berusaha, En
Godfrey martin, Guru Besar SK St Joseph Penampang.

Dengan itu, dijemput semua guru SK St. Joseph Penampang


untuk naik ke atas pentas.

Dijemput, Yang berbahagia, Pn. Finnyuntuk menyampaikan


skrol ikrar guru-guru kepada Yang Berusaha En. Godfrey
Martin.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berbahagia


Pn. Finnyatas kesudian menyampaikan skrol ikrar itu tadi.

Dengan ini, marilah kita mendengar ikrar aku janji daripada


guru-guru SK St. Joseph, Penampang.

Demikianlah bacaan ikrar aku janji daripada guru-guru SK


St. joseph, Penampang. Majlis mengucapkan terima kasih.
Dengan ini, sekali lagi dijemput yang berbahagia Pn.
Finnyuntuk menerima skrol ikrar aku janji daripada Yang
Berusaha, Wn. Godfrey Martin.
16. Majlis bersurai Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya bacaan ikrakr aku janji daripada guru-


guru SK St. Joseph, penampang sebentar tadi, maka
berakhirlah sudah pelancaran program My Commitment
2.04 UPSR tahun 6 2017.
Saya mewakili pihak majlis memohon maaf atas segala
kekurangan dalam pengendalian majlis ini.
Sebelum berpisah, terimalah dua rangkap pantun daripada

10
11

pihak majlis.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi tuan rasa nak junjung.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Sekian, terima kasih.


17. Hadirin sekalian dijemput untuk menikmati jamuan ringan
yang disediakan di kantin sekolah.
Sekian terima kasih.

11

Anda mungkin juga menyukai