Anda di halaman 1dari 4

Teks Ucapan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Sempena Majlis Penutupan Rasmi Seminar Penyelidikan Tindakan


Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Tarikh : 4 September 2015
Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh
Masa : 9.00 - 11.00 pagi

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Amanjaya.
Terima kasih saudara pengacara majlis,

Yang Berbahagia, Dr. Mohd Nasrudin bin Basar/En Sallehudin bin Hussin
Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh/Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

Yang Berbahagia, Dr. Kamaruddin bin Alias,


Pensyarah Cemerlang Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme Keguruan
bagi mewakili Ketua Jabatan PIPK,

Yang Berbahagia, En Shahdin bin Sabri


Ketua Unit Perkhidmatan Perguruan,

Yang Dihormati,
Pensyarah-pensyarah.

Yang Berusaha, Saudara Mohamad Zaim bin Assih


Pengerusi Seminar Kajian Tindakan Unit K Ambilan Januari 2015,
dan para guru pelatih unit K sekalian.
Alhamdullilah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berada di majlis penutupan kajian
tindakan peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh pada pagi ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan sekalung tahniah
kepada jawatankuasa pengelola seminar kajian tindakan ini kerana berjaya
menganjurkan program ini dengan sempurna.

Pada tahun ini, banyak kajian yang bermutu telah dibentangkan dan
dapat diangkat ke peringkat yang lebih tinggi. Harapan saya, pembentangan
kertas kerja seminar kali ini akan meningkatkan aspek kreativiti dan inovasi
para guru pelatih. Hal ini amat bertepatan dengan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk menggalakkan amalan kreativiti dan inovasi dalam
kalangan warga pendidik. Hal ini juga merupakan komponen penting dalam
proses pembaharuan dan transformasi yang sedang berlaku terhadap sistem
pendidikan kita. Justeru, guru perlu kreatif dan inovatif serta bersedia
melaksanakan perubahan untuk mewujudkan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan.

Para hadirin yang dihormati,

Bertepatan dengan tema pada tahun ini iaitu Penyelidikan Menjana


Guru Berkualiti Abad Ke-21, menggambarkan kepada kita tentang kejituan
hasrat kerajaan dalam agenda mentransformasikan pendidikan ke arah satu
bentuk wadah yang lebih baik dalam pembangunan modal insan yang lebih
cemerlang bukan sahaja dari segi pendidikan semata-mata, tetapi juga untuk
melahirkan insan yang bersahsiah tinggi.

Justeru, penyelidikan yang dihasilkan oleh para pendidik akan


memberikan lebih manfaat bukan sahaja kepada golongan pendidik tetapi pada
masa yang sama dapat memberi impak yang besar terhadap proses
pembelajaran murid khususnya. Dalam usaha Kementerian Pendidikan
mentransformasikan sistem pendidikan negara, guru-guru juga perlu bersedia
dengan anjakan serta perubahan yang mampu menyokong usaha ini.
Para guru dilihat sebagai enjin kepada sistem pendidikan negara.
Keberhasilan sesuatu program atau kejayaan sesuatu rancangan itu mesti
berpandukan dan berpaksikan kepada guru-guru. Inspirasi kementerian tidak
akan tercapai sekiranya enjin iaitu guru tidak selari dengan arus pendidikan
semasa. Oleh yang demikian, penyelidikan adalah satu perkara atau alat yang
perlu dititikberatkan oleh setiap warga pendidik agar konsep pengajaran dan
pembelajaran itu sentiasa dalam keadaan yang segar.

Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran yang kini lebih


didominasi kemahiran dan sumber berteknologi ICT perlu dipandang serius
oleh pendidik. Suasana pendidikan yang kian mencabar memerlukan pendidik
menyerap setiap tekanan dan cabaran tersebut. Situasi pengajaran dan
pembelajaran juga semakin berbeza dan memerlukan para pendidik menyelidik
satu kaedah baru atau penambahbaikan kaedah yang sedia ada agar petunjuk
prestasi (KPI) terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dapat dibaiki
dari semasa ke semasa. Oleh itu, pembangunan pendidikan akan menjadi
lebih berfokus dan bermatlamat.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Seminar penyelidikan yang telah dilaksanakan pada 1 - 4 September 2015


telah dapat memberi peluang kepada guru-guru untuk menjadikan kajian ilmiah
yang berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada. Perkara
ini juga menjadi satu platform untuk guru-guru menghasilkan hasil kajian
secara sistematik dan holistik.

Hasil daripada pembentangan penyelidikan ini diharapkan dapat


digunakan oleh guru-guru untuk mengenal pasti kelemahan pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, penyelidikan ini juga dapat digunakan untuk
meningkatkan prestasi kerja, berkongsi pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman dengan rakan sejawat.
Penyelidikan ini diharapkan turut menggalakkan guru-guru
membudayakan amalan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
menghasilkan pelbagai inovasi di sekolah ke arah meningkatkan kualiti
akademik. Dengan adanya sokongan dan dukungan yang berterusan oleh
kepimpinan dan seluruh warga pendidik di IPG Kampus Ipoh, diharapkan
pembangunan pendidikan murid serta pelajar kita akan terus cemerlang dan
maju.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan


jutaan terima kasih kepada pembentang-pembentang kertas kerja yang
mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sudah tentu nilai keilmuan yang disampaikan dalam majlis seumpama ini akan
memberi manfaat yang besar dan kesan yang positif kepada warga pendidik.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan terima kasih
kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana dan guru serta semua pihak yang
terlibat dalam mengelola dan menjayakan seminar pembentangan kajian
tindakan pada tahun ini. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya
merasmikan penutupan Seminar Kajian Tindakan peringkat IPG Kampus Ipoh.

Sekian, saya sudahi dengan Wabillahitaufik Walhidayah


Wasaalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai