Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI (NADHIRAH BINTI MOHD ZAIN)

Matlamat utama belajar tentang matematik adalah untuk menjadi penyelesai


masalah terbaik dalam semua aspek kehidupan. Kerja kursus matematik kali ini
adalah menyediakan bahan dan media pengajaran. Sebagaimana yang kita ketahui,
penggunaan bahan dan media pengajaran adalah penting terutama mengajar subjek
Matematik. Kebanyakan pelajar lebih sukar untuk memahami pembelajaran
matematik sekiranya hanya belajar menggunakan buku teks, buku latihan, papan
putih dan sebagainya. Oleh sebab itu, melalui penggunaan bahan yang lebih
menarik dan senang difahami akan memudahkan perjalanan pembelajaran dan
pengajaran serta para pelajar lebih berminat untuk belajar subjek Matematik ini.
Pemilihan bahan dan media pengajaran merupakan strategi yang baik dan langkah
yang paling penting.
Melalui penciptaan bahan dan media pengajaran ini, menjadikan saya lebih
kreatif dan berfikiran jauh. Sesungguhnya melalui kerja kursus ini saya dapat
mengasah bakat berfikir secara kreatif dan kritis, menajamkan pemikiran dan tidak
berfikir hanya pada satu sisi sahaja. Pemikiran kreatif dan kritis ini penting bagi saya
sebagai seorang guru selepas ini yang akan berdepan dengan pelbagai masalah
dalam proses pengajaran atau pun dalam kehidupan.Hal ini kerana, masalah yang
akan datang dalam kehidupan

tidak mempunyai cara yang khusus untuk

menyelesaikannya. Walaupun ada panduan atau strategi, tapi cara penyelesaian


yang tersusun tidak ada, kita sendiri perlu kreatif dan kritis untuk menyelesaikannya.
Selain itu, dalam kerja kursus ini, penggunaan permainan Siapa Pandai telah
diubahsuai berdasarkan permainan Snake and Ladder dan Millionare. Hal ini
demikian, aktiviti permainan ini sememangnya efisyen kerana membolehkan para
pelajar memahami soalan dan murid lebih berminat untuk bermain. Melalui tugasan
ini, saya dapat meningkatkan kefahaman diri saya terutama dalam memilih bahan
untuk aktiviti permainan ini. Melalui tugasan kerja kursus ini juga, saya telah
didedahkan dengan pelbagai cara dan strategi yang berkesan dalam menyelesaikan
atau membina bahan dan media pengajaran agar objektif pembelajaran adalah
berkesan dan senang difahami oleh pelajar. saya juga dapat berfikiran lebih kreatif
untuk menghasilkan bahan dan media ini terutamanya kesesuaian permainan
dengan tahap kognitif serta umur pelajar.

Di samping itu, dengan adanya kerja kursus yang berkaitan dengan


penyediaan medium pengajaan, saya juga dapat melatih diri dalam penyediaan untu
menjadi seorang guru pada masa kelak. Melalui pembinaan bahan ini, saya dapat
mengetahui seseoarang guru hendaklah mempunyai perancangan tertentu sebelum
melaksanakan sesuatu bahan bantu mengajar. Kita juga dapat mengetahui
kehendak para pelajar iaitu sesuatu bahan yang diminati seperti bahan permainan,
benda yang menarik dan menyeronokkan. Kita juga hendaklah mengetahui tahap
kesesuaian umur dan tahap kognitif pelajar semasa menyediakan bahan bantu
mengajar ini agar mudah difahami sesuatu pembelajaran dan objektif tercapai.
Seperti yang kita sedia maklum, pelaksanaan kerja kursus ini memerlukan
maklumat penting daripada pelbagai sumber berbeza baik bahan bacaan mahupun
maklumat melalui internet. Oleh itu, saya dapat menimba ilmu yang bermanfaat
sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan pencarian maklumat. Di samping
itu, saya mendapati bahawa penyumbangan idea merupakan aspek yang penting
dalam kejayaan sesuatu tugasan itu. Idea-idea yang bernas, cadangan serta komen
yang membina daripada setiap ahli kumpulan semasa perbincangan dijalankan
dapat membuka minda dan mencetuskan idea baru. Sehubungan dengan itu, satu
hasil kerja yang cemerlang dapat dihasilkan dengan jayanya.
Selain itu, sesi perbincangan bersama ahli kumpulan yang telah dijalankan
membolehkan kami memperoleh pelbagai idea dan pendapat yang bernas dan
pelbagai. Semangat kerjasama yang berjaya kami wujudkan ini sekaligus
menghalang daripda hadirnya sikap individualistik dan penting diri dalam setiap ahli
kumpulan. Tanpa disedari, saya juga merasakan bahawa segala proses yang telah
kami lalui dalam menyiapkan kerja kursus ini telah menjadikan saya sebagai insan
yang lebih optimis dan bersikap terbuka serta komited dalam menjalankan
tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Anda mungkin juga menyukai