Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN

ENCIK SHAARI BIN OSMAN


PENGARAH IPG KAMPUS ILMU KHAS

SEMPENA

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2014


ANJURAN PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JANUARI 2011
2 OKTOBER 2014 (KHAMIS)
4.30 PETANG

BERTEMPAT DI
DEWAN DATO RAZALI ISMAIL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS ILMU KHAS

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1
Malaysia.
Yang dihormati Saudara/Saudari Pengacara Majlis, Timbalan Pengarah, Ketua-ketua
Jabatan, pensyarah-pensyarah dan pelajar sekalian.
Pertamanya, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah s.w.t atas
kurniaNya yang melimpahkan segala nikmat kesejahteraan dan kesihatan kepada kita
semua dan mengizinkan kita hadir di Dewan Dato Razali Ismail ini untuk bersamasama menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Seminar Penyelidikan Tindakan
bagi pelajar PISMP Ambilan Januari 2011 pada tahun ini.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada
Jawatankuasa Pelaksana Seminar Penyelidikan Tindakan ini dan juga kepada semua
pelajar PISMP Semester 8 yang telah berjaya menganjurkan seminar ini dengan
kerjasama, semangat berpasukan dan komitmen padu yang diberikan oleh semua
pihak yang terlibat.
Hadirin yang saya kasihi sekalian.
Seperti yang kita semua sedia maklum, penyelidikan tindakan merupakan kajian yang
dijalankan

oleh

pendidik

untuk

mempertingkatkan

pemahaman

pengetahuan

pembelajaran dan pengajaran bilik darjah serta untuk mengubah keadaan sesuatu
amalan bilik darjah. Penyelidikan tindakan ini selalunya bersifat situasinal iaitu
pengenalpastian dan penyelesaian masalah dalam suatu konteks yang spesifik.

Pada masa kini, peranan guru sebagai seorang pengamal dalam pengajaran dan
pembelajaran telah jauh berubah berbanding dengan zaman dahulu. Guru-guru
sentiasa disarankan untuk melibatkan diri dalam penilaian ke atas muridnya,
penggubalan kurikulum serta penyelidikan untuk menyelesaikan masalah dalam bilik
darjah.

Dalam konteks dunia pendidikan pada hari ini, konsep kurikulum berasaskan sekolah
dan penilaian berasaskan sekolah sedang dikembangkan untuk melakukan reformasi
dalam pendidikan. Konsep guru sebagai penyelidik juga sedang dimajukan untuk
menggalakkan guru memberikan lebih perhatian dalam membuat keputusan pendidikan
di sekolah. Guru dikehendaki memainkan peranan bukan sahaja sebagai pengguna
kepada hasil penyelidikan tetapi juga sebagai pengeluar hasil penyelidikan untuk
mengenali masalah profesional yang mereka hadapi. Guru juga harus lebih peka dan
sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran asas dalam bidang
penyelidikan.

Tema Seminar Penyelidikan Tindakan pada tahun ini iaitu Penyelidikan Tindakan
Pencetus Anjakan Paradigma Dunia Pendidikan adalah amat sesuai dengan perubahan
semasa dalam dunia pendidikan pada masa kini di mana peranan seorang bukan
sahaja merangkumi tugas-tugas mengajar di dalam bilik darjah malahan lebih daripada
itu. Hal ini adalah kerana, penyelidikan tindakan yang dilakukan oleh guru bertindak
sebagai satu alat latihan dalam perkhidmatan yang mampu memberikan guru-guru

kemahiran dan pendekatan baru serta meningkatkan kesedaran kendiri mereka. Selain
itu, penyelidikan tindakan juga berfungsi sebagai satu alat untuk menyerapkan
pendekatan-pendekatan

inovatif

atau

tambahan

ke

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran terutamanya dalam sistem yang biasanya menghalang inovasi dan


perubahan dalam pendidikan.

Hadiran sekalian,

Penganjuran seminar penyelidikan tindakan pada setiap tahun bukan sahaja


menyediakan peluang kepada guru-guru pelatih untuk berkongsi ilmu dan dapatan
penyelidikan tindakan yang telah dijalankan demi kepentingan pendidikan pada masa
akan datang malahan membantu para penyelidik berkongsi maklumat dan hasil kajian
dalam usaha mempertingkatkan mutu dan kualiti pendidikan negara terutamanya dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru-guru pelatih tidak harus berhenti
melakukan penyelidikan tindakan di sini sahaja malahan menjadikan pengalaman ini
sebagai satu platform untuk membawa perubahan dalam dunia pendidikan pada masa
akan datang.

Akhir kata, saya berharap segala usaha yang telah diambil untuk menjayakan seminar
ini dapat memberi motivasi dan membuka minda guru-guru pelatih dalam melakukan
perubahan-perubahan dalam dunia pendidikan melalui penyelidikan tindakan yang
berkualiti. Guru-guru pelatih hendaklah mengaplikasikan ilmu dan pengalaman yang
telah diperoleh semasa membuat penyelidikan tindakan ini dengan lebih yakin dalam

pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Saya percaya dan yakin penyelidikan
tindakan yang dilakukan bukan sekadar untuk memenuhi syarat lulus Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan semata-mata tetapi untuk memperbaiki amalan pengajaran di dalam
bilik darjah secara lebih kreatif dan inovatif sejajar dengan perubahan-perubahan
semasa dalam dunia pendidikan.
Oleh itu, dengan lafaz Bismillahi Rahmanir Rahim, saya dengan sukacitanya
merasmikan Majlis Penutupan Seminar Penyelidikan Tindakan untuk pelajar PISMP
Semester 8 Ambilan Januari 2011.
Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai