Anda di halaman 1dari 2

Rujukan kami: Tarikh : 14 Julai 2011

YAB DATO' SERI DR. MD. ISA BIN SABU Menteri Besar Perlis, Pejabat Menteri Besar Perlis, Aras 3, Kompleks Dewan Undangan Negeri Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis

Yang Amat Berhormat Dato,

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS JAMUAN MAKAN PROGRAM ANAK ANGKAT BERSAMA KOMUNITI FELCRA LUBUK SIREH

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kumpulan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Matematik Semester 4 ambilan Januari 2010 akan mengadakan Program Anak Angkat sempena Bina Insan Guru Fasa IV/ 2011.

3. Sehubungan dengan itu, pihak IPG Kampus Perlis, berbesar hati menjemput Yang Amat Berhormat untuk menghadiri Majlis Jamuan Makan seperti ketetpan berikut: Tarikh : 29 Julai 2011 (Jumaat) Masa : 8.30 malam

Tempat : Dewan Serba Guna Felcra Lubuk Sireh, Kaki Bukit, Perlis

4. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, pihak Yang Amat Berhormat boleh menghubungi Ketua Program atau Pensyarah Pembimbing seperti berikut: Ketua Program : Tei Wei Mei (017 - 4849508) Pensyarah Pembimbing : Encik Othman Bin Zakaria (019 4755003)

5. Segala keprihatinan dan kerjasama yang dihulurkan amat kami hargai dan didahulukan dengan penghargaan dan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

(TAN YING KEE) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

Anda mungkin juga menyukai