Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN

KETUA MUZIUM LUKUT


JABATAN MUZIUM MALAYSIA

Salam Sejahtera dan salam sehati sejiwa.

Yang berusaha, En. Abdul Latif B. Hydros, Ketua Jabatan Pengajian Am,
Politeknik, Port Dickson bagi mewakili Pengarah Politeknik Port Dickson.

Tuan-tuan dan puan-puan, pensyarah-pensyarah, pelajar-pelajar serta para


hadirin yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya memanjatkan syukur, kerana kita dapat berhimpun di sini
pada hari ini untuk bersama-sama menjayakan Majlis Perasmian Penutupan
Program Perdana Bermalam di Muzium 2017. Saya juga mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada yang berusaha En. Abdul Latif Bin Hydros, Ketua Jabatan
Pengajian Am Politeknik Port Dickson kerana dapat melapangkan masa hadir
bagi merasmikan majlis perasmian penutupan Program Perdana Bermalam di
Muzium yang diadakan di Muzium Lukut.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih
khususnya Politeknik Port Dickson diatas kesudian bekerjasama dengan
Muzium Lukut untuk pertama kalinya. Tidak ketinggalan warga muzium yang
telahbersama-sama bertungkus lumus untuk menjayakan pelaksanaan
Program Perdana Bermalam di Muzium. Kepada para peserta Program
Bermalam di Muzium saya mengalu alukan penyertaan anda semua dan
syabas diucapkan kerana bersemangat waja untuk membina jatidiri;
Sesungguhnya komitmen dan penyertaan tuan puan semua menerusi program
ini sangat dialu-alukan oleh seluruh warga muzium dan ini mempamerkan
semangat muhibah, persefahaman dan keharmonian di kalangan kita semua.

Hadirin yang dihormati sekelian,

Penganjuran Program Bermalam di Muzium buat julung kalinya dipelopori


oleh Muzium Negara seawal tahun 2005. Ketika itu program tersebut diadakan
bersempena sambutan bulan kemerdekaan negara. Sambutan yang amat
menggalakkan telah diterima menyebabkan program ini dijadikan acara wajib
Muzium Negara setiap tahun. Kejayaan penganjuran program ini oleh Muzium
Negara telah merintis pelaksanaan program yang seumpamanya di beberapa
buah muzium lain di bawah pentadbiran JMM malah turut tersebar dan menjadi
ikutan muzium-muzium lain di seluruh negara.

Pada tahun 2016, JMM buat pertama kalinya telah berjaya melaksanakan
Program Perdana Bermalam di Muzium secara serentak melibatkan 22 buah
muzium di bawah pentadbirannya termasuklah Muzium Lukut. Kejayaan
penganjuran program ini telah memahat nama JMM dalam Malaysia Books of
Records (MBOR) dengan jumlah penyertaan seramai 1573 orang pelajar dari
seluruh negara. Penganjuran Program Perdana Bermalam di Muzium pada
tahun 2017 ini sekali lagi dapat melakar sejarah penyertaan terbanyak dan
mencipta satu lagi rekod baru MBOR iaitu seramai 1959 penyertaan di semua
32 buah muzium.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Penyertaan peserta di Muzium Lukut pada tahun ini adalah seramai 60 orang
peserta dengan melibatkan 4 buah sekolah iaitu SMK Yam Tuan Radin, SMK
Bukit Saujana, SMA Teluk Kemang, SMK Seremban 3 dan Matrix Global
School. Untuk pengetahuan hadirin sekelian, JMM memilih tarikh 15 dan 16
September 2017 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu kerana signifikan dengan
sambutan Hari Malaysia yang bertepatan dengan objektif program ini iaitu
untuk memupuk semangat patriotik dan cintakan Negara.

Pengisian program Perdana Bermalam di Muzium ini di penuhi dengan


pelbagai aktiviti pendidikan. Walaubagaimanapun akibat perkara-perkara yang
tidak dapat dielakkan seperti hujan lebat, beberapa perubahan aturcara
program terpaksa dilakukan. Untuk pengetahuan En.Abdul Latif, antara aktiviti
yang dilaksanakan semalam adalah Amazing Race (6 Tugasan) dan mereka
bentuk logan dan slogan kemerdekaan. Awal pagi tadi aktiviti yang diadakan
adalah senam sihat dan membina arca pasir. Setiap aktivitii tersebut
mempunyai justifikasinya sendiri sama ada yang tersirat mahu pun tersurat.
Ini termasuklah semangat bekerjasama, membina jati diri pelajar dan
memupuk semnagat cintakan negara.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada para hadirin
kerana dapat melapangkan masa hadir pada hari ini. Semoga Program
Perdana Bermalam di Muzium ini akan mendekatkan muzium dengan
masyarakat terutamanya dalam mendaulatkan budaya dan warisan sejarah
Negara.

Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai