Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN WAKUBA

PETI SURAT 61835, 91028 TAWAU SABAH.

KERTAS KERJA

KARNIVAL PERMAINAN DALAMAN


( KELAB DAN PERSATUAN )

DISEDIAKAN OLEH:

ZAKARIAH BIN AMIRIL


SETIAUSAHA KOKURIKULUM

1.0 KARNIVAL PERMAINAN DALAMAN


TARIKH : 01/11/2017
TEMPAT : Dewan Terbuka Dan Kelas.
MASA : 7.30 am – 1.00 pm

2.0 PENDAHULUAN

0
Karnival ini di bawah penganjuran Kelab Dan Persatuan sempena aktiviti
kemuncak tahunan yang diadakan di bawah Unit Kokurikulum.antara permainan
yang wujud ialah catur, sahiba, karom dan congkak. Walaupun catur sering
dipertandingkan, murid-murid SMKWT amat kurang pendedahan. Pertandingan ini
selaras dengan hasrat mencungkil bakat yang ada dalam kalangan murid.

Karnival ini merupakan satu cara untuk mencungkil bakat murid dan
membantu mereka memperolehi markah yang lebih baik dan memberi peluang
kepada semua pelajar yang mempunyai bakat dan potensi.

3.0 RASIONAL
Kekurangan penganjuran pertandingan di peringkat sekolah menyebabkan murid
mendapat markah yang rendah dalam penskoran kokurikulum. Pertandingan ini
membantu murid mengetengahkan bakat dan memperolehi markah kokurikulum yang
lebih baik.

4.0 MATLAMAT
Untuk memastikan semua pelajar menengah rendah dan menengah atas
berpeluang untuk mengetengahkan bakat yang terpendam dan mengasah
kemahiran dalam permainan, sekaligus meningkatkan markah penyertaan aktiviti
kokurikulum.
5.0 OBJEKTIF
a) Mencungkil bakat dalam permainan seperti catur untuk diketengahkan di
peringkat yang lebih tinggi.
b) Mengembang dan memperluas kemahiran murid dalam permainan dalaman.
c) Mewujudkan interaksi antara ahli kelab.
d) Memupuk semangat kerjasama ahli melalui penganjuran program.

6.0 JAWATANKUASA

Penasihat : En. Dzulkarnain Haji Mali


Pengerusi : Puan Rosminah Binti Jambol
Penyelaras : Pn.Guslina Abdul Majid
Setiausaha : En. Zakariah Bin haji Amiril

Ahli-ahli Jawatankuasa:
6..1 Urusetia dan Pendaftaran

6.2 Persiapan tempat

63 Peralatan dan siaraya

6.4 Sijil, Hadiah dan Cenderahati

1
7.0 BIDANG TUGAS

7.1 Urusetia dan Pendaftaran


- Mendaftar semua peserta pertandingan.
- Menyediakan jadual pertandingan.
- Memastikan pertandingan berjalan dengan lancar.

7.2 Persiapan Tempat


- Menyediakan dan menyusun tempat pertandingan.

7.3 Peralatan dan Siaraya


- Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk pertandingan.
- Menyediakan dan memastikan siaraya berfungsi untuk digunakan oleh
urusetia.
.
7.4 Sijil, Hadiah dan Cenderahati
- Menyediakan sijil untuk para peserta kursus.
- Menyediakan hadiah.

8.0 KUMPULAN SASARAN


i. Pelajar Menengah Atas

- Pertandingan UNO
- Pertandingan Sahiba JOHAN, NAIB JOHAN DAN TEMPAT KETIGA
- Pertandingan Karom

ii. Pelajar Menengah Rendah

- Pertandingan Catur
- Pertandingan Monopoli JOHAN, NAIB JOHAN DAN TEMPAT KETIGA
- Pertandingan Congkak

8.0 TENTATIF KARNIVAL PERMAINAN DALAMAN

6.40 AM -Pelajar berhimpunan dan ambil kehadiran


6.45 AM - Nyanyian lagu Kebangsaan,Sabah dan Sekolah
7.00 AM - Ucapan PK Kokum
- Ucapan Tuan Pengetua
7.30 AM - Pertandingan dimulakan.
9.30 AM - Rehat
10.00 AM - Pertandingan bersambung
12.30 PM - Majlis Penyampaian hadiah/Majlis Penutupan
1.00 PM - Bersurai
CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN

2
BI PERKARA ANGGARAN
L ( RM )
01 HADIAH HAMPER
. Menengah Atas

1. Pertandingan UNO RM 90.00


- Tempat pertama RM 40
- Tempat kedua RM 30
- Tempat Ketiga RM 20

RM 90.00
2.Pertandingan SAHIBA
- Tempat pertama RM 40
- Tempat kedua RM 30
Tempat Ketiga RM 20

3.Pertandingan KAROM
- Tempat pertama RM 40 RM 90.00
- Tempat kedua RM 30
Tempat Ketiga RM 20

Menengah Rendah

1.Pertandingan Catur
- Tempat pertama RM 40
- Tempat kedua RM 30 RM 90.00
- Tempat Ketiga RM 20

2. Pertandingan Monopoli
- Tempat pertama RM 40 RM 90.00
- Tempat kedua RM 30
- Tempat Ketiga RM 20

. Pertandingan Congkak
- Tempat pertama RM 40 RM 90.00
- Tempat kedua RM 30
- Tempat Ketiga RM 20

02 SIJIL PENYERTAAN PESERTA RM 60.00


.
JUMLAH ANGGARAN KESELURUHAN
RM 600.00
10. KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, diharapkan dengan penganjuran program ini akan dapat


membentuk jati diri para pelajar dan para pemain. Pengalaman dan pengajaran yang
diterima dapat memajukan sukan negara. Semoga dengan menyertai pertandingan ini
dapat memberi kebaikan kepada semua pihak yang terlibat sekaligus mengeratkan
hubungan silaturrahim yang telah sedia terjalin.

3
Disediakan oleh Disemak oleh,

……………………………… ……………………………….
( ZAKARIAH BIN AMIRIL ) ( ROSMINAH BT JAMBOL )
SU KOKUM, PENOLONG KANAN KOKUM,
SMK WAKUBA. SMK WAKUBA.

Disahkan oleh,

…………………………………
( DZULKARNAIN HAJI MALI )
PENGETUA,
SMK WAKUBA.

TARIKH : _________________________

Anda mungkin juga menyukai