Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN
SUKAN LOMPAT TALI PRESTASI TINGGI
TERBUKA RANAU 2023

Disediakan oleh

KELAB KECERGASAN AEROFIT, RANAU


1. TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan


kelulusan Dana Sukan Komuniti Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
bagi penganjuran Pertandingan Sukan Lompat Tali Prestasi Tinggi
Terbuka Ranau 2023

2. PENGENALAN

2.1 Program sukan lompat tali yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia
dan Sukan Malaysia pada tahun 1999 telah berjaya menarik minat
khususnya golongan belia dan pelajar sekolah rendah dan menengah.
Sehingga kini, sejak diperkenalkan sukan lompat tali telah memberikan
banyak kebaikan kepada semua kanak-kanak dan remaja melalui
displin-dispilin yang pertandingan. Di samping dapat meningkatkan
sikap kerjasama, displin latihan yang tinggi, keberanian dan lain-lain
lagi.

2.2 Persekutuan Lompat Tali Malaysia sejak penubuhannya pada tahun


2003 telah berjaya menjadi sebuah Persekutuan yang disegani
dlperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Banyak penganjuran aktiviti
seperti bengkel, demonstrsai dan pertandingan telah berjaya
dilaksanakan. Persekutuan juga telah mempunyai 14 ahli gabungan
yang terdiri dari Persatuan Sukan Lompat Tali Negeri.

3. OBJEKTIF

3.1 Menggalakkan, meningkatkan dan menyelaraskan segala bentuk


aktiviti Lompat Tali di dalam negeri mahupun negara.

3.2 Mengelola dan menaja dan mengambil bahagian di dalam segala


bentuk kegiatan atau aktiviti Lompat Tali di peringkat negeri dan
kebangsaan.

3.3 Memupuk nilai-nilai murni dari segi rohani, jasmani dan meningkatkan
akhlak dan iktisas di kalangan ahli

3.4 Mewujudkan semangat persahabatan dan persefahaman serta


perpaduan di kalangan ahli tanpa mengira bangsa, agama dan
keturunan menerusi aktiviti lompat tali.

3.5 Melahir dan mencungkil bakat para pelajar dalam sukan lompat Tali
prestasi tinggi

3.6 Dapat mengekalkan stamina dan kemahiran atlet sukan lompat tali
dengan latihan berkala
3.7 Mencipta peluang baharu dalam kejohanan secara dalam talian dan ini
akan memberi banyak peluang kepada murid luar bandar juga untuk
mengambil bahagian

4. PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH : 21-22 OKTOBER 2022

TEMPAT : DEWAN MASYARAKAT RANAU

MASA : 7.00 pagi – 5.00 petang

5. SYARAT AM PERTANDINGAN LOMPAT TALI PRESTASI TINGGI

5.1 Setiap peserta boleh mengikuti lebih dari satu kategori

5.2 Peserta wajib memakai pakaian sukan dan berkasut

5.3 Lompatan dikira lengkap apabila peserta dapat melangkah tali semasa
melompat

5.4 Lompatan dua kaki serentak tidak akan dikira dan dikira batal

5.5 Jenis, panjang dan berat tali adalah bebas

5.2 Acara Speed adalah dengan kaedah jogging step mengikut garis
panduan pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pemenang acara Speed akan dikira melalui lompatan terbanyak
mengikut masa dan acara yang dipertandingkan manakala pemenang
acara Freestyle akan dinilai melalui pungutan markah tertinggi.
Pemarkahan dari sudut Content ( Difficulty & Density ) juga
Presentation ( Technical Presentation & Entertainment Value )
akan dinilai.

5.3 Untuk acara Speed dan Freestyle, aktiviti hendaklah dilakukan di dalam
kotak pertandingan (1.5 meter x 1.5 meter) yang telah disediakan.
Markah akan ditolak sekiranya peserta terkeluar dari kotak yang telah
disediakan

5.4 Keputusan pengadil adalah muktamad

6. ACARA DAN KATEGORI YANG AKAN DIPERTANDINGKAN


7. CADANGAN ATURCARA PROGRAM

21 OKTOBER 2023 (Sabtu)

MASA ACARA
7.00 pagi Pendaftaran peserta
8.00 pagi Acara dimulakan
- Bawah 10 tahun
- 11 – 12 tahun
- 13 – 15 tahun
4.30 petang Penyampaian hadiah
5.00 petang Bersurai

22 OKTOBER 2023 (Ahad)

MASA ACARA
7.00 pagi Pendaftaran peserta
8.00 pagi Acara dimulakan
- 16 – 17 tahun
- 18 tahun ke atas
4.30 petang Penyampaian hadiah
5.00 petang Bersurai

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

Seperti di Lampiran

9. KESIMPULAN

Pertandingan Lompat Tali Prestasi Tinggi Terbuka Ranau ini diharap dapat
menggalakkan orang ramai menceburi dan mempraktikkan sukan lompat tali
ini. Ia juga dapat menarik orang ramai datang ke Daerah Ranau yang terkenal
dengan antara pusat pelancongan di Negeri Sabah.
Lampiran perbelanjaan

No. Perkara Kuantiti Harga (RM) Jumlah Harga (RM)


1 INSURANS
INSURAN Teknikal dan Peserta (250 Org x RM10) 250 10 2,500.00
2 SEWA DEWAN
SEWA DEWAN (1 Buah x RM500 x 2 Hari) 1 500 1,000.00
3 SEWA PA SISTEM
PA Sistem (2 hari) L/S 1,500.00 1,500.00
4 MAKANAN
MAKAN MINUM Pengadil, Teknikal dan Peserta (2 hari) 250 pax 15.00 7,500.00
5 PUBLISITI
PUBLISITI DAN PROMOSI – Banner (3 Buah x RM250) 3 buah 250.00 750.00
PUBLISITI DAN PROMOSI – Bunting (4 Buah x RM100) 4 buah 100.00 400.00
PUBLISITI DAN PROMOSI – Backdrop (1 Buah x RM500) 1 buah 500.00 500.00
6 CENDERAHATI
CENDERAHATI VIP (1 Buah x RM100) 1 buah 100.00 100.00
7 PENGINAPAN PENGADIL DAN TEKNIKAL (20 Org x 2 Hari) 20 Orang x 2 Hari 60.00 2,400.00
8 ELAUN
ELAUN Ketua Pengadil (10 Org x 2 hari x RM60) 60.00 1,200.00
ELAUN Pembantu Pengadil (15 Org x 2 hari x RM40) 40.00 1,200.00
ELAUN Pegawai Teknikal (10 Org x 2 hari x RM60) 60.00 1,200.00
ELAUN Sukarelawan (10 Org x 2 hari x RM20) 20.00 400.00
ELAUN Petugas Keselamatan (5 Org x 2 hari x RM50) 5 Orang 50.00 500.00
Ambulans & Petugas Perubatan 2 Hari RM500 1,000.00
9 HADIAH
SIJIL 250 keping 100.00 100.00
MEDAL (43 Acara x 3 Medal) 43 Acara x 3 medal 8.00 1,032.00
10 PERUBATAN L/S 500 500.00
Jumlah RM 23,782.00

Anda mungkin juga menyukai